Skip to content

REFORMASI YANG DIREALITIKAN

September 17, 2015

Reformasi yang direalitikan,
Walaupun seketika…dan hanya dalam salah satu sistem urus tadbir negara.

Saya telah berpeluang menonton sebuah filem yang memberi seribu satu harapan dan keyakinan baru bahawa reformasi boleh berlaku walau apapun yang mendatangi para pejuangnya.

Apa yang telah dipaparkan dari kisah benar itu boleh dikatakan sebagai terjemahan amali ayat-ayat al-Quran, yang dibaca acapkali oleh sebahagian kita, dalam kehidupan rakyat di sebuah negara yang penuh dengan kedurjanaan yang telah mengorbankan ratusan ribu rakyatnya kerana sentimen perkauman dan tindakan wenangan junta yang memerintahnya.

Terjemahan amali itu dilihat dalam konteks kesungguhan menegakkan kebenaran dan keadilan yang meliputi advokasi, penguatkuasaan undang-undang, pendakwaan yang kompeten dan keputusan-keputusan dalam mahkamah oleh hakim-hakim yang beramanah.   Seluruh jentera sistem keadilan negara dijuruskan dan dipimpin ke arah menegakkan keadilan dan kebenaran.

Sekitar dekad pertama abad ke 21, oleh kerana desakan dan tekanan pihak luar, Guatemala telah terpaksa tunduk kepada tuntutan untuk membersihkan sistem kehakimannya yang sarat korup dan telah menjadikan negara itu tempat bermaharajalelanya jenayah, pembunuhan, pemergadangan manusia, pengedaran dadah dan korupsi.   Dengan itu, berlaku keberhasilan berbagai lagi jenayah yang mengeksploitasi, menindas, menipu dan mengancam keamanan serta keselamatan rakyatnya.

Natijah daripada tekanan dan desakan untuk melaksanakan perubahan, proses pemilihan menerusi interbiu calon-calon Peguam Negara (Attorney General) di Guatemala berlangsung secara terbuka di hadapan khalayak, sesuatu yang tidak dijangkakan boleh berlaku di Malaysia dalam iklim politik semasa.

Calon-calon telah terlebih dahulu mengemukakan permohonan dan menerusi proses interbiu akan disenaraipendekkan sebelum Presiden Guatemala memuktamadkan pemilihan seorang calon yang sesuai sebagai Peguam Negara Guatemala.

Proses tersebut telah menyaksikan Claudia Paz y Paz dilantik sebagai Peguam Negara Guatemala yang baru pada 2010.   Jangkamasa pelantikan ialah selama empat tahun.   Ia sebenarnya suatu pelantikan yang berdasarkan kelayakan dan merit untuk jawatan tersebut.   Claudia Paz y Paz ketika merupakan seorang individu yang tidak berapa dikenali dan tidak terserlah kemampuan beliau dalam masyarakat dan negara Guatemala.

Beliau telah bersungguh-sungguh untk menempatkan keadilan yang hakiki untuk rakyat Guatemala yang berhak untuk menerimanya.

Berbagai cabaran dan risiko telah ditempuhi.   Di permulaan tugasan beliau untuk memulai reformasi pentadbiran di pejabat Peguam Negara Guatemala, salah seorang pendakwarayanya telah dibunuh dengan kejam – mayat mendiang dicampak ditempat yang terbuka dengan mesej dari penjenayah supaya menamatkan usaha-usaha beliau.

Beliau dikira sebagai elemen yang boleh menggugat beberapa pihak, terutamanya yang terbabit dengan pembunuhan beramai-ramai rakyat Guatemala di zaman kuku besi President General Efrain Rios Montt.

Di bawah kepimpinan beliau, reformasi sistem kehakiman telah mengembalikan harapan rakyat Guatemala untuk mendapatkan keadilan.

Claudia Paz y Paz – on criminal gangs that attack women
http://justiceleaders.org/leaders/claudia-paz-y-paz/

Spotlighting Claudia Paz y Paz, Guatemala
http://nobelwomensinitiative.org/2015/04/spotlighting-claudia-paz-y-paz-guatemala/

Quiet Guatemalan prosecutor takes on dictator, drug gangs
http://www.reuters.com/article/2012/05/29/us-guatemala-prosecutor-idUSBRE84S0UW20120529

CLAUDIA PAZ Y PAZ
Former Attorney General, Guatemala
http://justiceleaders.org/leaders/claudia-paz-y-paz/

After Fighting Crime, Ex-Guatemala Attorney General Moves To U.S.
http://www.npr.org/2014/11/20/365390898/after-fighting-crime-ex-guatemala-attorney-general-moves-to-u-s

In Pursuit of Peace: Claudia Paz y Paz Bailey
https://www.youtube.com/watch?v=n0cSQ4Xy6dQ#t=14

Finding Oscar: Massacre, Memory and Justice in Guatemala
http://www.propublica.org/article/finding-oscar-massacre-memory-and-justice-in-guatemala

465: What Happened At Dos Erres
http://www.thisamericanlife.org/radio-archives/episode/465/what-happened-at-dos-erres
The transcript: http://www.thisamericanlife.org/radio-archives/episode/465/transcript

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: