Skip to content

Bayangan-bayangan di E’dulfitr 1436M/2015M

July 16, 2015

“Kegembiraan di E’dulfitr ini akan kerap disulami dgn bayangan krisis-skandal kewangan dan ekonomi negara dlm sejarah, kini dan akan datang. Ditambah pula dengan keberadaan ahli-ahli politik yg kelihatan di dalam pemikiran mereka tiada tumpuan mensejahterakan rakyat dan masa depan mereka – mereka hanya gemar dan menumpukan setiap strategi, usaha dan pengoperasian-pengoperasian yg bertujuan hanya untuk mengekalkan kuasa demi terus memperlakukan sesuka mereka terhadap sistem-sistem yg mereka kuasai, yg dituntut untuk mengurus dengan terbaik kehidupan rakyat marhaen. Tidak ada penghujungnya pelanggaran terhadap amanah itu.
Dan sebahagian ahli-ahli politik yg lainnya pula gemar untuk meneruskan pecaturan-percaturan yg bertekad mengalihkan tumpuan daripada menjaguhi kepentingan rakyat semata-mata kepada isu-isu yg pengakhirannya tidak ada yang berupaya mengembalikan kepada rakyat apa-apa yg telah diambil-rampas oleh penguasa yg rakus. Sama saja gelagat mereka – memperbodohkan rakyat, merugikan dan melacurkan masa depan dan kepentingan mereka. Tidak ada sempadan yang menghadkan pemikiran dan perbuatan mereka. Semuanya halal belaka.
Jika ditanya, kesemua mereka tidak akan ada jawapan, kesungguhan, visi dan gerakan khusus untuk ke mana sebenarnya halatuju rakyat dan negara untuk mencapai kedudukan terbaik sebagai pemimpin umat manusia dalam semua bidang keaktifan manusia selain daripada apa yg dicanang-canangkan – yang kelihatan seperti dusta yg nista, pencanangan-pencanangan politik yg tidak perlu lagi didengari dan diambil peduli.”

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: