Skip to content

Kepimpinan yang memerdekakan insan

February 16, 2015

Di antara kejayaan kepimpinan Rasullullah saw ialah berjaya melahirkan tindakan kewiraan yang aneh (rare courage) dari kalangan para sahabah dan sahabiah.   Dan mereka melaksanakannya bukan untuk diri baginda tetapi untuk Allah swt.   Rasulullah saw membina kekuatan yang diperlukan untuk kepentingan perjuangan meng-Esakan Allah swt, yang meliputi menegakkan kebenaran dan keadilan.   Perjuangan baginda jelas dan mudah difahami tanpa kompleksiti percaturan yang celaru lagi mencelarukan sehingga menghapuskan kepercayaan yang diperlukan oleh seorang pemimpin yang memperjuangkan idealisme sejagat yang begitu tinggi.

Beliau telah berjaya menghimpunkan kelompok besar para pejuang yang ikhlas dan menjadi sumber rahmah kepada sekelian alam.   Setiap insan, haiwan, tumbuhan dan segala yang melata di udara, laut dan bumi, bahkan segala alam semesta berasa selamat dengan baginda yang mempunyai kedudukan di sisi Allah swt yang Maha Berkuasa ke atas segala sesuatu.

Kedudukan istimewa insan adalah amanah untuk melahirkan insan-insan yang mampu bertindak sebagai wira aneh apabila situasi mengkehendakinya berbuat sedemikian.   Dan bersama mereka ada insan yang mendorongnya untuk berbuat perkara yang wajar, doing the right thing.   Kerana wira yang aneh memerlukan mereka yang memberi nasihat-nasihat yang setara dengan keanehan kewiraan yang diperlukan berlaku – bukan merencatkannya.

Semuanya berdasarkan keikhlasan dan nilai yang mengangkat integriti, maruah serta kemuliaan insan.   Keikhlasan bukanlah sesuatu yang selamanya tidak akan kelihatan di mata manusia.   Allah swt memberikan kejelasan itu kepada sesiapa yang ingin mengetahuinya dan ingin mengetahuinya dengan ikhlas.   Setiap insan yang celik akan merumuskan sesuatu dan membuat keputusan-keputusan bersandarkan keikhlasan dan sejauh mana pendedahannya terhadap sesuatu itu.   Selain itu adalah dimaafkan oleh Allah swt.   Ketaqlikan adalah dilarang dalam tindakan.   Semoga Allah swt sentiasa melindungi mereka yang ikhlas dan memelihara keikhlasan hatinya.   Semoga Allah swt mewujudkan teman-teman seperjuangan yang ikhlas dan celik mengelilingi mereka yang ikhlas dan celik jua.   Ia suatu persahabatan dalam perjuangan yang tidak memuja insan – the cult culture – seperti perjuangan Islam yang dicontohkan Rasulullah saw kepada para sahabah dan sahabiah.   Yang dipuja dan disembah hanyalah Allah swt.

Ia menjadikan insan merdeka, lagi menginginkan insan lain juga merdeka jiwa, mental dan hatinya – tidak mendominasi, tidak mendiskriminasi, tidak menzalimi, memperdaya dan memusnahkan kehidupan dan masa depan insan lain, keluarga dan kelompok yang tidak sekufu dengan pandangan dan pemikiran mereka.

Insan yang ikhlas akan menghendaki kebaikan yang dinikmatinya menjadi kebaikan yang berupaya juga dinikmati oleh orang lain.   Ia ingin mengakar-umbikan budaya bekerjasama, bukan persaingan yang merosakkan, untuk melahirkan masyarakat yang sejahtera.   Ia bukan suatu impian tetapi kenyataan sejarah yang boleh diulangi jika ada keazaman politik oleh insan-insan yang berkedudukan, yang beramanah untuk melaksanakan.   Alternatifnya ialah kebangsatan sosio-ekonomi dan politik yang berleluasa, yang memporak-porandakan seluruh ruang lingkup kehidupan manusia dan masa depan kemanusiaan.

Rozaini MR

16 Februari 2015

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: