Skip to content

Denggi? hahaha

June 4, 2014

Seumur hidup saya, tidak pernah masuk wad di hospital kecuali ketika melahirkan keempat-empat cahayamata.

Entah…mungkin beberapa sebab, kesihatan saya dalam sebulan ini terabai dan itulah balasannya…kena masuk wad kerana beberapa komplikasi…

Selang tiga hari berada di wad, doktor hairan kerana demam saya turun naik, tak berapa ada selera makan oleh kerana rasa loya dan sangant letih sentiasa…seluruh sendi terasa sakit.   Banyak ketika sakit kepala yang teramat sangat.   Dalam situasi sedemikian memang tak boleh tidur yang menambah derita.

Pagi ketiga itu doktor kata dia akan periksa darah untuk denggi.   Saya memang hairan…”Denggi, doktor?   Mustahil…Di mana pula saya mendapatinya?   Saya jarang dirumah dan sebahagian besar masa di pejabat.”

Doktor kata,” This is no laughing matter, you may get into a shock…people die of dengue.   I will have you tested for it.”   Saya ingat dah boleh keluarlah esoknya.   Nampak gayanya tambah beberapa hari lagi di hospital.

Keputusan pemeriksaan darah saya mendapati positif denggi.   Platlet saya telah menurun dari 239 menjunam ke 103, dan setiap hari terus menurun sehingga ke paras 60.   Saya memangnya tak bermaya selama seminggu di wad.   Semua pergerakan membebankan.   Dan saya baru terasa mungkin akan melalui fasa “shock” yang disebutnya itu dan mungkin juga maut.   Setiap hari saya rasa keadaan saya semakin teruk.   Saya diberi berbagai jenis ubat berdadah…dan drip.   Saban hari diambil darah empat kali sehari…banyak bekas-bekas jarum yang dicucuk tu sehingga hari ini belum hilang.   Allah telah menarikbalik anugerahNya…dan Dia boleh berbuat apa saja…perancanganNya untuk saya sakit tentu ada maksud-maksud yang tertentu.   Dan saya perlu menelitinya…kerana tiada jaminan dalam fasa saya sakit itu, akan terus berada dalam alam yang fana ini.

Tetapi manusia ini dididik untuk mencari ikhtiar bagi memperbaiki diri…saya mengambil keputusan untuk menggunakan rawatan alternatif  selain ubatan doktor (of courselah tanpa pengetahuan doktor).   Anak-anak saya telah membantu untuk mendapatkannya.   Allah itu Maha Pengasih dan Penyayang…anak-anak saya telah berjumpa secara kebetulan dengan individu yang paling arif tentang rawatan alternatif  itu dan saya telah diberi maklum dosage yang perlu untuk memulihkan diri dari penyakit denggi ini.   Saya perlu mengambilnya setiap tiga jam.   “Anak-anak saya akan mengingatkan saya…dah minum Myung ke ummi?”

Selepas 24 jam, saya rasa keadaan saya lebih bertenaga…selepas dua hari…platlet saya meningkat kepada 130 dan terus meningkat dan doktor berpuashati, tiada demam dan keputusan darah semuanya kembali normal dengan platlet terus meningkat…keadaan lemah saya masih terasa dan akan mengambil masa tiga minggu lagi untuk kembali pulih seperti sediakala, kata doktor.   Saya telah diberi MC untuk seminggu dan diminta berehat secukupnya di rumah (uhuh…bagaimana nak rehat, ya, dengan Pemilihan 2014 ini tak selesai-selesai).   Post denggi checkup selepas seminggu.

Ketika post denggi appointment, doktor menyarankan cuti rehat lagi selama seminggu…pemeriksaan darah mendapati semuanya normal…hanya masih rasa sedikit keletihan dan sakit kepala berkala.   Semoga saya beroleh kesihatan seperti biasa tidak lama lagi.

 

 

 

 

 

 

 

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: