Skip to content

Khalid Ibrahim : Rakyat Sudah Percaya Pentadbiran PR

July 21, 2013

Khalid Ibrahim : Rakyat Sudah Percaya Pentadbiran PR

rakyatnews.my
KUALA BESUT 21 Julai – Rakyat Malaysia sudah mula mempercayai akan pertadbiran yang telus oleh barisan parti Pakatan Rakyat setelah melihat negeri Selangor telah berjaya membangunkan kerajaan berkebajikan kepada rakyat.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, rakyat di Selangor telah mempercayai kerajaan PR yang berkonsepkan kerajaan berkebajikan setelah pemberian air percuma 20 liter bagi sekiap rumah di Selangor telah dilaksanakan selama 5 tahun.


“Rakyat mula percaya kepada PR setelah berkerja keras untuk menentukan hasil negeri itu sampai kepada rakyat.

“Di Selangor kita banyak program merakyatkan ekonomi Selangor. Antara program yang kita lakukan ialah pemberian air percuma yang sudah kita laksanakan lebih daripada 5 tahun,” Katanya ketika berucap di Karnival Jom Bersama Che Long di Kg. Baharu disini, hari ini.

Beliau turut menyatakan bahawa kepercayaan yang diberikan oleh rakyat Selangor terhadap PR semakin meningkat selepas keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu memihak kepada PR.

“Kepercayaan rakyat kepada PR jelas di Selangor. Oleh sebab itu, pada PRK ini telah memberi peluang kepada rakyat Kuala Besut untuk memberikan kepercayaan kepada Pas untuk mewakili (PR).

“Terdapat banyak kebaikan kepada rakyat jika kita tukar (kerajaan).. 5 tahun yang lepas kita telah menunjukkan bahawa hasil negeri itu kita berikan semula kepada rakyat dan dengan cara itu kita lihat negeri Selangor membangun dengan besar dan rakyat juga menyertai pembangunan tersebut,” katanya.

Dalam pada masa yang sama, beliau turut merayu kepada hadirin yang hadir pada masa tersebut untuk memberikan undi kepada Calon Pas bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Azlan@Endut Yusof atau lebih dikenali sebagai Che long supaya rakyat Terengganu mendapat kelebihan seperti di negeri Selangor.

“Saya percaya, wakil kita yang mewakili dari Pas akan melihat bagaimana usaha yang dilakukan di negeri Selangor boleh dipanjangkan dan dipertingkatkan di Terengganu.

“Oleh sebab itulah, saya rasa ini sangat penting bagi saya,” katanya.

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: