Skip to content

Rodziah Ismail: Perutusan Ramadhan al-Mubarak 1434H/2013M

July 9, 2013

Perutusan Ramadhan al-Mubarak 1434H/2013MRodziah Ismail

Pengerusi

Jawatankuasa Tetap Kebajikan & Hal Ehwal Wanita Negeri Selangor

EXCO Kerajaan Negeri Selangor,

Yang Berhormat Puan Hajah Rodziah binti Ismail

 30 Sya’ban 1434H/9 Julai 2013

Ramadhan yang dipenuhi dengan keberkatan Ilahi

Tahun ini 1434H/2013M akan bermula Ramadhan yang ditunggu-tunggu pada 10hb Julai.   Selari dengan itu, adalah ingatan dan sumbangan kita terhadap saudara-saudara seIslam kita di dalam dan di luar negara yang sedang menghadapai berbagai kekurangan, ujian dan tekanan, amat jauh dari situasi kehidupan kebanyakan kita yang masih dilalui dengan urusan hidup yang rutin.

Begitu juga dalam pemikiran kita terkandung gambaran segala kepincangan yang sedang berlaku, daripada penyelewengan dan songlapan kekayaan milik rakyat, wang haram dari pemerdagangan manusia, hingga ke permainan politik yang menjijikkan dan kekejaman fizikal yang dilakukan oleh tangan-tangan manusia yang berkuasa, yang menyangka mereka berkuasa ke atas segalanya dan boleh berbuat sesuka hati mereka terhadap siapa saja.

Sandaran kita kepada kekuasaan Allah swt yang kita ulangi pentarbiyahannya saban tahun dalam Ramadhan akan memenuhi kembali ruangan hati dan pemikiran agar tetap istiqamah dan diperkukuhkan bagi menghadapi berbagai cabaran yang mendatang.

Ia merupakan suatu latihan yang memungkinkan kita sentiasa bersikap penuh pengharapan masa depan yang lebih baik, bersikap positif, berlapang dada dan meneruskan perjuangan di mana saja kita berada dan melaksanakan dengan terbaik segala amanah yang dipikul.

Ia juga menghasilkan sikap melawan kemungkaran dengan terbaik juga kerana ia adalah tabiat Muslim – sentiasa membela yang lemah, yang memerlukan dan dizalimi, tetapi menjauhi dendam kesumat.

Ramadhan adalah waktu untuk menginsafi diri, menghitung sisa waktu kita di dunia tanpa melunturkan sezarah semangat untuk mara bersungguh-sungguh dalam keadaan disekat makan dan minum menjadi selari dengan amalan pada bulan-bulan yang lain atau lebih daripada itu.

Kepada semua rakyat Malaysia, khususnya di Selangor, selamat menunaikan ibadah puasa pada bulan Ramadhan al-Mubarak ini, semoga diredhai Allah swt.

Rodziah Ismail

Untuk sebarang pertanyaan mengenai kenyataan di atas, sila hubungi:
Media Rodziah Ismail, Tel.03-55447622, emel: media.rodziahismail@gmail.com

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: