Skip to content

Lulus sukuk RM580 juta kepada syarikat atas permohonan Tan Seri Syed Mokhtar

June 29, 2013

Kerajaan lulus sukuk RM580 juta kepada Syed Mokhtar

KUALA LUMPUR, 28 Jun : Kerajaan meluluskan sukuk berjumlah RM580 juta kepada syarikat milik ahli perniagaan Syed Mokhtar Al-Bukhary, dedah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Suruhanjaya Security (Security Council) mengambil langkah pertama, dua hari selepas pilihan raya iaitu meluluskkan sukuk RM580 juta kepada syarikat atas permohonan Tan Seri Syed Mokhtar,” kata Anwar.

Beliau berkata demikian ketika menyambung perbahasan menjunjung titah DYMM Yang Dipertuan Agong di Dewan Rakyat hari ini.

Namun, Anwar yang juga ahli parlimen Parmatang Pauh belum mendedahkan nama syarikat tersebut.

Tegas Anwar, tidak ada negara di dunia diberi kelulusan semudah itu kepada sebuah syarikat dan menguasai puluhan industri dan kepentingan strategik negara.

“Kalau ditegur, mereka (BN) bertanya, mengapa Permatang Pauh persoalkan anugerah kepada orang Melayu.

“Ini bukan isu orang Melayu, tetapi kerana ada unsur rasuah, penyelewengan dan penggondolan oleh syarikat kroni. Apakah ini sahaja Melayu yang dipelihara?, kata Anwar

Anwar turut mendedahkan kerajaan menganugerah lapangan minyak kepada tauke syarikat judi, Ananda Krishnan di Sarawak.

“Kelulusan kepada syarikat kroni ini diberi sejurus selepas pilihan raya umum ke-13,” kata Anwar merujuk laporan Sarawak Report.

Menurut Sarawak Report, syarikat milik Ananda Krishnan, iaitu Pexco, syarikat bahagian minyak dan gas telah memulakan penjelajahan mukabumi laut (seismic survey) mulai 4 Mei lalu dan akan diteruskan dalam tempoh 80 hari.

Eksplorasi lapangan minyak tersebut melibatkan kawasan seluas 25,000 kilometer persegi, menjadikan ia pemilikan terbesar lapangan miyak oleh sesebuah syarikat di Malaysia.

harakahdaily.my

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: