Skip to content

40 khemah didirikan di Padang Merbok

June 23, 2013

Khemah Blackout 505

 

 

40 khemah didirikan di Padang Merbok

Padang Merbok yang menjadi tempat himpunan Blackout 505 hari ini mula dibanjiri kira-kira 40 khemah yang didirikan peserta sebaik himpunan selesai kira-kira jam 6 petang tadi.

Ia adalah inisiatif NGO Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) yang merupakan sebahagian daripada penganjur himpunan petang tadi.

SAMM sebelum ini bercadang memanjangkan protes terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) selama dua hari lagi sehingga ke hari anggota parlimen mengangkat sumpah Isnin depan.

kl black505 event camping 220613Pengarah Propaganda SAMM, Edy Nor Redzuan berkata mereka berusaha untuk menyediakan tandas kepada peserta perkhemahan tersebut.

Katanya, kemudahan tandas berdekatan tapak perkhemahan tersebut didapati dikunci kemas oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Di sekeliling tapak khemah juga sudah mula kelihatan bendera-bendera SAMM dipacak membentuk satu perimeter.
Pada masa sama, pengusaha gerai yang mula berniaga sejak awal pagi tadi di kawasan tempat letak kereta Padang Merbok masih meneruskan perniagaan mereka menjadikan tempat ini seperti tapak pesta.

Menurut Edy, rancangan asal untuk berkhemah sehingga ke hari parlimen mengangkat sumpah akan ditukar kepada berkhemah sehingga tujuh pimpinan tertinggi SPR meletak jawatan.

“Namun, kalau kita boleh bertahan sehingga esok tanpa gangguan pihak luar, itu sudah merupakan satu kejayaan besar,” kata Edy.

Tambahnya, mereka mempunyai simpanan khemah tambahan sebagai ganti, sekiranya khemas sedia ada dirampas pihak berkuasa.

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: