Skip to content

Rodziah Ismail: Ulasan Chow Kit Road, Chow Kit Road

May 21, 2013

Chow Kit Road, Chow Kit RoadIMG_6219

Saya berkesempatan menonton pementasan  “Chow Kit Road, Chow Kit Road” di Istana Budaya, Kuala Lumpur.

Ia suatu pementasan yang menarik, dengan adegan-adegan sedih, menghibur hati dan adakala membuat penonton berfikir dengan lontaran-lontaran persoalan yang terbit dalam babak-bakak kehidupan warga Chow Kit Road.

Ia menggambarkan realiti keadaan sebahagian rakyat yang hidup kais pagi-makan pagi, belum tentu dapat mengais apa-apa di petang hari.

Keadaan sedemikian menghasilkan corak kehidupan dan budaya hidup “survival” yang dominan mengatasi nilai kehidupan yang lain.

Sebahagian rakyat gugur di persimpangan kehidupan dan terjebak dalam gejala sosial yang merosakkan masa depan diri, anak-isteri dan keluarganya.

Bagi saya, gambaran “Chow Kit Road, Chow Kit Road” bukan khusus kepada kehidupan warga Chow Kit Road, bahkan adalah gambaran apa yang dilalui oleh masyarakat berbagai tempat di Malaysia.   Ia menjadi suatu muhasabah dan refresher penting untuk wakil-wakil rakyat seperti saya…apakah wajar rakyat bersendiri menyelesaikan permasalahan mereka?

Apakah lagi yang perlu dilaksanakan bagi merubah, islah atau mereformasikan keadaan hidup rakyat jelata…dari perspektif spiritual, kesejahteraan jiwa, emosi dan mental selain keperluan fizikal mereka?

Kerana unsur-unsur dalaman itu menjadi pendorong yang amat kuat dan berkesan ke arah menjadikan insan itu bermotivasi tinggi menjalani kehidupan mereka dengan lebih baik dan komited dalam kerja-kerja yang diamanahkan  untuk dihalakan ke arah kecemerlangan; sekaligus mengatasi segala cabaran yang dihadapi.

Kesejahteraan masyarakat itu bukan hanya dipenuhi menerusi keperluan fizikal, ekonomi dan kewangan mereka, tetapi menjangkau segala elemen yang menjadikan manusia itu sempurna.

Saya percaya, reformasi yang dianjurkan oleh Chow Kit Road, Chow Kit Road boleh berlaku dengan  berkesan jika segala permasalahan rakyat itu dimiliki bukan saja rakyat yang prihatin tetapi sekelian stakeholers, iaitu sekelian mereka yang berkepentingan, dalam masyarkat dan negara.

Kerana reformasi yang berkesan adalah terlebih dahulu diiringi oleh  advokasi, kesedaran, kewujudan mekanisme perlindungan dan penguatkuasaan yang adil dan saksama serta kerajaan yang humane, berperikemanusiaan.

Jika tiada itu, rakyat prihatin akan penat sepanjang masa fire-fighting, tanpa merawat punca-punca dan meletakkan sistem mengurus punca-punca permasalahan itu agar ia dapat dikawal, tidak merebak, bahkan agar tidak berulang dan akhirnya menghapuskan sama sekali keburukan-keburukan dalam sesebuah masyarakat itu.

Seringkali, keazaman dan kesungguhan politik tercicir dalam bicara penyelesaian permasalahan masyarakat.

Rodziah Ismail.

 

Rodziah Ismail ialah ADUN Batu Tiga, Selangor dan mantan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan, Hal Ehwal Wanita,Sains Teknologi & Inovasi dan Kebudyaan.

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: