Skip to content

Perutusan Hari Ibu 2013 Rodziah Ismail -Nasihat Ibu: Jujurlah pada diri sendiri

May 12, 2013

 

Perutusan Hari Ibu 2013

ADUN Batu Tiga

Rodziah Ismail, merangkap Timbalan Ketua Wanita

Parti Keadilan Rakyat

12 Mei 2013

Nasihat Ibu: Jujurlah pada diri sendiri

Hari ini kita menyambut Hari Ibu 2013. Selamat Hari Ibu!

Sambutan ini memberi ruang untuk kita sejenak meluangkan masa dalam kesibukan kita yang tidak berkesudahan ini untuk meraikan, menghargai ibu, insan yang sangat istimewa dihati kita. Beruntunglah sesetengah kita yang mempunyai lebih dari satu insan yang dipanggil ibu, seumpama Rasulullah saw yang mempunyai ibu kandung dan ibu susuan.

Terima kasih ibu kerana tidak jemu-jemu memberi nasihat dan peringatan sejak kita semua faham maksud percakapan, peringatan yang sering diulang sehingga kita menjangkau usia dewasa. ini semua agar kita tidak lupa dan sentiasa berpegang pada nilai- nilai yang baik.

Terima kasih ibu di atas segala usaha dan kesungguhan memberi yang terbaik untuk kita, anak-anak kesyangan mereka.

Bersama Ibu-Ibu

Bersama Ibu-Ibu

Semua ibu inginkan anak-anak mereka menjadi contoh dalam masyarakat; jujur pada diri sendiri, berpendirian dan berintegriti. Nilai-nilai ini akan terkesan dalam hidup bermasyarakat; tidak menyeleweng, tidak menipu dan berlaku adil pada semua. Nilai-nilai yang sama sekali tidak akan memalukan diri mereka sendiri dan negara, apatah lagi memalukan dan melukakan hati ibu-ibu yang melahirkan dan mendidik mereka.

Nasihat ibu agar sentiasa jujur kepada diri sendiri, jika diikuti, akan menjadikan lebih mudah untuk kita menjalankan tanggungjawab dengan lebih berkesan, amanah dan adil kepada semua, sama ada kepada individu, komuniti, masyarakat, negeri hatta negara.

Tentunya juga pilihan raya yang bersih, adil dan telus menjadi ciri-ciri tersohor pilihan-pilihan raya yang dikendalikan oleh SPR jika ianya didokongi oleh jentera pilihan raya umum SPR yang mengamalkan nasihat ibu ini.   Hasilnya tentu tiada penipuan, tiada rasuah, tiada penyelewengan. Tindakannya tentu telus, bebas dan adil kepada semua pihak.

Jika mereka yang diamanahkan berpegang pada nasihat ibu itu, tentunya SPR akan menjadi agensi yang diyakini, “bertaring” dan berintegriti serta akan menjuruskannya untuk bertindak  adil dan saksama pada semua yang bertanding dan terlibat dalam pilihan raya yang dikendalikannya.

 

Ayuh, mari amalkan nasihat ibu: Jujurlah pada diri sendiri.

Selamat menyambut Hari Ibu 2013.

Rodziah Ismail

 

 

Untuk sebarang pertanyaan mengenai perutusan di atas, sila hubungi:
Pejabat ADUN Batu Tiga, Tel.: 03-55423036, atau Emel: keadilanbt3@gmail.com

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: