Skip to content

Awak percaya pada apa yang Anwar cakap?

May 10, 2013

10 Mei 2013 10:02 Awak percaya pada apa yang Anwar cakap?

Apakah scenario kepada soalan di atas?

Siapa yang bertanya?

Kepada siapa dilontarkan soalan itu?

Tunggukan jawapannya nanti…
(Jap)

SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT

10 Mei 2013 16:00  Dengan lebih seratus ribu rakyat yang lain, pada 8 Mei 2013, saya duduk bersila menghadap ke grand stand Stadium Kelana Jaya. Tempat yg paling baik dan strategik untuk melihat semua yang berlaku di ruang pentas utama dan merakamkan berbagai acara, pidato pemimpin dan insiden pilihan.   Hujan sederhana lebat membasahi  manusia dan semua yang ditimpanya sebaik tiba, namun ia tidak menghalang kebersamaan kami rakyat Malaysia untuk tetap mendokong “Suara Rakyat Suara Keramat” bersama Anwar Ibrahim hari itu.

Tidak disangka seawal 5.30pm stadium telah hampir setengah penuh dan berduyun-duyun lagi manusia masuk tiada henti.   Saya sengaja datang awal untuk mengelak kesesakan trafik (hari itu hari kerja) dan kesulitan meletakkan kereta di kawasan stadium.

Sesampai saya di lokasi, memang hujan telah turun, walaupun tidak lebat.   Saya mengenakan baju hujan yang baru dibeli di Guardian Shah Alam; anak saya ingatkan supaya bawa payung atau baju hujan sebelum pergi.   Saya juga bawa garam dan air.   Manalah tahu jika polis gila lagi.

Dan saya hairan tak habis melihat puluhan ribu anak-anak muda; bila saya memandang mereka, mereka senyum kepada saya.   Dan sebahagiannya menantikan agar saya mengucapkan sesuatu.   Dan bila saya berkata sesuatu, respon mereka begitu bersemangat dan seolah-olah tiada apa perbezaan antara saya dan mereka – bahawa kami telah disatukan oleh tujuan dan sebab kami berada di situ.

Saya melihat wajah-wajah yang belum disentuh oleh sebarang pencemaran politik durjana, yang hanya menginginkan pilihan raya yang bersih, adil dan telus.   Bahawa kehadiran mereka kerana memprotes keputusan pilihan raya yang fraudulen, penuh dengan penipuan dan sloppiness yang disengajakan.

Pondok panas diharamkan. Tapi umno-bn buka “pondok2” mereka ditempat yang strategik – rumah-rumah berhampiran tempat mengundi, menjadi tempat transit pengundi, yang boleh terus dirayu untuk mengundi umno-bn; suatu kesalahan di bawah Akta Pilihan Raya.   Pengutkuasaan yang lembab, tak bermaya dan tiada berguna.   Tetapi jika Pakatan Rakyat membuat hanya secebis kesilapan, hampir-hampir saja tak nampak kerana tidak disengajakan…akan dinampakkan jelas dan ia menjadi kesalahan yang besar, sehingga disensasikan cerita bahawa Pakatan Rakyat pakatan yang buruk.   Penguatkuasaan yang lembab, lemah  dan bacul pada satu pihak tetapi penguatkuasaan yang keras, sehabis teliti dan pantas untuk sepihak yang lain.   Adil ke namanya tu?

Warga Asing Tentukan Masa Depan Msia

                                         Gambar: Warga Asing selepas mengundi

Berbalik ke Stadium Kelana Jaya…

Tiupan dari nafas rakyat bergema sepajang masa sehingga acara bersama pemimpin bermula, kecuali ketika azan solat maghrib dan isya.

URL video klip azan:

Bagi saya, tiupan itu melambangkan isihati rakyat yang sudah bosan dengan umno-bn and gelagatnya.

Selepas solat isya’, saya tidak perasan bahawa di sebelah saya sudah bertukar orang.   Seorang Cina dari Kajang, pertengahan umur, rupanya sudah di belakang saya dan disebelah saya ialah seorang anak muda Cina juga; rasanya belum mencecah 30 umurnya atau lebih muda dari yang saya sangkakan.   Mungkin ketika kami menyanyi lagu Negaraku di awal acara, tempat duduk masing-masing telah berubah sedikit.

Pidato-pidato pemimpin dimulai.

Beberapa ucapan menarik perhatian khalayak…antaranya Rafizi, Jeneral, Nurul Izzah, Fuziah Salleh, Khalid Ibrahim, Saifuddin Nasution, Mat Sabu dan sudah tentu Anwar Ibrahim.

Ketika Anwar Ibrahim sedang berucap itulah soalan ini diajukan kepada saya secara mendadak,” Do you believe what he says?

Nanti sambung lagi.
(Jap)

11 Mei 2013 10:12

Saya menghalakan pandangan ke arah suara yang bertanya tadi.   Kelihatan seorang pemuda Cina yang berpakaian kemas, segak dan kelihatan educated; ketika itu saya merasakan bahawa beliau bertanyakan suatu soalan yang jujur dan menghendaki suatu jawapan yang jujur juga.

Saya sebenarnya masih memikirkan bagaimana untuk menjawab soalan itu.   Keadaan dan suasana yang sangat bising memberikan saya excuse untuk tidak menjawab dengan serta-merta untuk beberapa ketika dengan mengisyaratkan kepada pemuda tersebut untuk menunggu sehingga beliau dapat mendengar respon saya.

“Yes,” jawab saya.   Dan saya rasakan bahawa beliau mungkin sudah menjangkakan jawapan pendek saya itu, lalu saya menerangkan bahawa DSAI merupakan individu terbaik untuk memimpin Malaysia.   Dan apabila beliau berada di Putrajaya, adalah menjadi tanggungjawab kita rakyat Malaysia yang telah meletakkan beliau di situ untuk mengingatkan beliau akan tugasan, amanah dan tanggungjawab beliau serta segala yang beliau telah ungkapkan kepada rakyat.   Bahawa rakyat memainkan peranan yang amat besar menentukan kesejahteraan negara.   Rakyat perlu proaktif dalam bersama memastikan hak rakyat terpelihara.   Rakyat juga telah melakukan kesilapan lampau membiarkan ahli-ahli politik selama ini berbuat sesuka hati mereka.

Pemuda Cina itu bertanya lagi,” Where does he get the strength to continue? Is he a religious person?”   Hmmm…semenjak bergiat dalam arena politik sifat paranoid saya menebal, kadangkala tidak digemari oleh kebanyakan teman-teman dan kenalan, bahkan anggota keluarga saya.   Saya sudah biasa dengan elemen-elemen yang kelihatan baik dan jujur yang menyamar untuk memusnahkan kita.    Di hati saya memohon kepada Allah supaya saya dilindungiNya dan mohon dipandu untuk meneruskan perbualan itu.   Akhirnya saya memilih untuk mengikut gerak hati saya.

“Well, depends on what you mean by religious…spirituality and his belief, yes, I think a factor in his peserverance to continue the struggle.   That to put it simply…it matters to him not what the outcome is but to continue to fight for truth and justice and the interests of the people. “

“So you think religion, his belief makes him what he is and his tenacity to continue this road?” berterusan soalan darinya.

“Yes, I think so.   But he needs us, the people to make a lot of things happen for the good of the people.” Kata saya.

“The people here today has boosted his spirit?” inginkan kepastian dari saya.

“Definitely.   But its going to be a while away to Putrajaya.   We must cleanup the electoral system…oh dear I don’t know…with spr the 14th component of bn…how is that possible I really don’t know.”

Pemuda itu tersenyum dan kami kembali seterusnya mendengar pidato DSAI, yang sehingga habisnya menguja sekelian yang mendengarnya.

Pemuda itu dan semua yang hadir malam itu ada ratusan sahabat dan ahli-ahli keluarga yang mereka wakili.   Paling kurang ialah 52% pengundi yang telah memuktamadkan sokongan kepada Pakatan Rakyat pada Hari Mengundi 5 mei 2013 lalu.

Malam itu rakyat bertekad untuk bersama-sama DSAI dalam meneruskan perjuangan ini sehingga rakyat Malaysia mendapat segala yang behak dan kepentingan mereka 100% dipelihara; dan bertekad untuk Pakatan Rakyat berada di Putrajaya.   Ia sesuatu yang tidak boleh dihalang, hanya masa yang menentukan.

Aaaah…semalam bertemu Rodziah Ismail…katanya harga tong gas naik, begitu juga harga gula naik.

GST?

Itulah hadiah kemenangan bn.   Kenaikan harga & kos dan penurunan subsidi adalah hasil & trend corak pemerintahan umno-bn.

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: