Skip to content

BANGKIT WANITA MALAYSIA! WANITA MALAYSIA PENENTU TERLAKSANANYA REFORMASI YANG DITUNGGU-TUNGGU RAKYAT MALAYSIA!

March 18, 2013

Begitulah dasar umno-bn melayani wanita…apabila tersedak dan terhimpit, barulah wanita dibelai hati mereka, dipujuk untuk menerima umno-bn!

Apa yang ditawarkan oleh umno-bn semalam hanyalah selepas Kerajaan pimpinan Pakatan Rakyat berjaya melaksanakan yang terbaik terhadap wanita dengan segala keterbatasan dan halangan–halangan yang dihumbankan dihadapan negeri-negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat.

Semua yang diumumkan semalam oleh PM Malaysia, yang sudah tamat tempoh perkhidmatannya, tidak lain dan tidak bukan, adalah hasil pengamatan skim-skim, aktiviti, program, mekanisme dan agenda kesejahteraan wanita Pakatan Rakyat.

Wanita Malaysia jangan terpedaya dengan perlakuan zahir umno-bn itu!

Wanita Malaysia mampu menentukan perubahan di Malaysia berlaku!

Cukuplah dengan skandal berjela-jela umno-bn[1] ini, yang mengsonglap ratusan billion ringgit duit rakyat, termasuk oleh ketua wanita umno sendiri. Tiada nampak rasa bersalah sedikitpun dengan songlapan ratusan juta RM dalam kes lembu yang tersebar luas itu, beliau malah berarak bangga sebaris dengan isteri PM yang dianggap rakyat marhaen sebagai boros, seolah-olah tiada apapun yang telah berlaku.

Janganlah lupa, Wanita Malaysia!   Segala sogokan umno-bn untuk meraih undi wanita wajarlah ditolak sama sekali!

umno-bn telah diberi peluang lebih setengah abad untuk merakyatkan segala kekayaan dan khazanah rakyat kepada rakyat.Ada umno-bn buat???

Paling minima sebagai sebuah negara pengeluar minyak, perkara-perkara berikut sepatutnya telah dilaksanakan oleh umno-bn semasa lebih setengah abad memerintah:

1.     Pendidikan percuma dan Biasiswa untuk anak-anak kita melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, bahkan rakyat patut mendapat pendidikan percuma dari taska ke institusi pengajian tinggi

2.     Perubatan percuma terbaik untuk ayah dan ibu kita, yang sebahagian besar mereka telah berjasa kepada Negara sebahagian besar usia mereka.

3.     Rawatan dan perubatan terbaik untuk kita sekeluarga dengan kemampuan yang ada pada kita.

4.     Menjadikan kita taukeh-taukeh syarikat air, bukan memerah hasil titik peluh rakyat untuk mengkayakan pimpinan dan kroni umno.

5.     Menghapuskan kos-kos harian yang mencengkam kehidupan kita sekeluarga –  hapuskan tol, hapuskan bentuk-bentuk saman yang sengaja mengambil duit rakyat seperti AES.

6.     Menurunkan harga-harga makanan seharian agar semua rakyat boleh mendapat diet dan sumber makanan yang terbaik untuk kesihatan menyeluruh agar mereka menjadi anggota masyarakat yang produktif dan cemerlang.

7.     Menjamin keselamatan dan keamanan kita sekeluarga dan juga mereka yang kita sayangi. PDRM dan pihak-pihak berkuasa adalah mereka yang sepatutnya boleh kita harapkan membela kita,  jauh dari unsur menjadi alat kepada mereka yang lebih berkuasa atau mereka yang punya wang, membolehkan kesalahan mereka ini ditutup dan  rakyat dizalimi!

Bebaskan PDRM dan semua pihak berkuasa!

8.     Oh banyak lagi….

Benarkan kami wanita Malaysia, bukan hanya wanita umno-bn, bercakap dalam semua media-media arus perdana, tv, radio dan apa-apa lagi saluran yang selama ini berfungsi dan beroperasi di atas duit rakyat Malaysia!

umno-bn tiada hasrat untuk melaksanakan sedemikian. Justru, janganlah benarkan lagi umno-bn menguasai semua sumber-sumber kekayaan Negara yang menjadi nadi untuk memelihara kepentingan rakyat Malaysia, khususnya wanita dan keluarga serta anak-anak mereka.

Pakatan Rakyat mohon diberi peluang sepenggal mentadbir Malaysia, tanpa campurtangan dan usaha jahat mana-mana pihak, untuk membuktikan bahawa Wanita Malaysia akan mendapat LEBIH DARI APA YANG SELAMA INI mereka dapati dari umno-bn!

Cukuplah lebih 50 tahun umno-bn memerintah sesuka hati mereka…

WANITA MALAYSIA, JANGAN LUPA SEMUA ITU!

TOLAK SEHABIS-HABISNYA umno-bn dalam pilihan raya ke-13 nanti!!!

[1] Hanya sebahagian skandal berjela umno-bn, tak termasuk terkini, juga lembu Shahrizat dan skandal tanah Ropiaah – keduanya berjumlah lebih setengah billion duit rakyat:  http://wargamarhaen.blogspot.com/2012/01/pemimpin-umno-bn-sarat-dengan-skandal.html

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: