Skip to content

Pelancaran Jom Shopping Ibu Tunggal 16 Februari 2013

February 17, 2013

Kenyataan Media


Jom Shopping 16 Feb1

 

 

 

 

 

Y.B. Pn Rodziah Ismail

Pengerusi

Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita Negeri Selangor

16 Februari 2013

Jom Shopping untuk Ibu Tunggal Yang Layak

Fasa awal “Jom Shopping” untuk warga emas berusia 60 tahun dan ke atas telah dilancarkan oleh Dato’ Menteri Besar Selangor, Tan Sri Dato’ Seri Khalid Ibrahim pada 15 Julai 2011.   Ia dikembangkan hari ini dengan “Jom Shopping” kepada Ibu Tunggal yang layak berusia di bawah 60 tahun.

Selain warganegara Malaysia, lain-lain syarat kelayakan utama ialah berdaftar di portal e-bu dan mempunyai alamat kediaman di Selangor.   Ibu Tunggal yang layak perlu mendaftar  online menerusi Pusat-Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor.

“Jom Shopping” Ibu Tunggal ini adalah di antara senarai program-program dan khidmat Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).   Sebanyak RM1.68 juta diperuntukkan untuk program tersebut.

Pelan Tindakan Wanita Negeri Selangor (2010-2025) telah merangka beberapa fasa program pemberdayaan wanita yang melibatkan dua belas golongan wanita yang di antaranya ialah ibu tunggal.

Jenis program melibatkan usaha reaktif, proaktif dan preventif dengan memperkemaskan penguatkuasaan peraturan, undang-undang dan akta yang tersedia ada.

Lebih 24 ribu ibu tunggal telah mendaftar di portal e-bu Selangor dan lebih 19 ribu daripada mereka yang layak telah mendapat bantuan pelbagai dari Kerajaan Selangor.

Jom Shopping akan terus dikembangkan kepada golongan-golongan wanita yang layak dan menurut fasa-fasa perlaksanaannya.   Tiada sebarang halangan untuk program-program merakyatkan ekonomi negeri Selangor diperluas dan dicipta untuk mengurangkan kos-kos kehidupan dan masa depan rakyat, lebih-lebih lagi jika rakyat memberi kepercayaan dan mandat berterusan untuk Pakatan Rakyat mentadbir Selangor.

Rodziah Ismail 

Untuk sebarang pertanyaan mengenai kenyataan di atas, sila hubungi :

Pusat Media Wanita Selangor: Telefon: 03-5521 2264,  emel: pusatmediawanitaselangor@gmail.com

——————————————————————————————————–

RM 1.68 Juta Untuk Jom Shopping Ibu Tunggal Dilancar

– FEBRUARY 17, 2013

MediaSelangorku

PETALING JAYA 16 FEB : Kerajaan Negeri terus mara memperkasa golongan wanita dengan pelancaran program kebajikan terbaru hari ini, Jom Shopping Ibu Tunggal.

Bertempat di Hypermarket Giant Kota Damansara petang tadi, seramai 150 peserta daripada sembilan DUN bertuah apabila menjadi kumpulan pertama ibu tunggal yang menikmati inisiatif tersebut dengan ditemani sendiri oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Abdul Khalid dalm ucapan perasmiannya berkata, program tersebut merupakan satu amanah dan tanggungjawab Kerajaan Negeri dalam mengembalikan hak rakyat kepada rakyat.

“Kita faham masalah utama rakyat ialah kurang perbezaan kurang pendapatan yang tinggi, maka Kerajaan Negeri perlu bijak menguruskan wang rakyat.

“Ini sudah dibuktikan sepanjang lima tahun pentadbiran Kerajaan Pakatan di Selangor dengan penganjuran pelbagai program kebajikan khusus untuk rakyat,” ucap beliau yang turut ditemani isterinya, Puan Sri Salbiah Tunut.

Hadir sama dalam pelancaran program tersebut ialah Exco Hal Ehwal Wanita, Rodziah Ismail, Adun Kota Anggerik, Dr. Yaakob Sapari, Adun Taman Medan, Haniza Talha, Adun Meru, Dr. Abdul Rani Othman dan Pengarah Komunikasi GCH Retail (Malaysia) Sdn Bhd, Ian Cruddas.

Peserta ibu tunggal yang terlibat hari ini adalah daripada DUN Batu Tiga, Dun Kota Anggerik, DUN Taman Medan, DUN Meru, DUN Seri Setia, DUN Paya Jaras, DUN Bukit Lanjan, DUN Gombak Setia dan DUN Kota Damansara.

Kerajaan Negeri memperuntukkan sejumlah RM 1.68 juta untuk menjayakan program sulung ini dengan dijangka dapat menarik penyertaan seramai 150, 000.

Mana-mana ibu tunggal berumur antara 19 hingga 59 tahun yang lahir dan bermastautin di Selangor boleh memohon untuk program itu dengan mendaftar di Pusat Khidmat DUN atau secara atas talian di E-bu.selangor.gov.my.

Sehingga kini seramai 25, 000 ibu tunggal sudah mendaftar di portal e-bu dengan 18,001 adalah berbangsa Melayu, 1574 berbangsa India, 792 orang berbangsa Cina dan selebihnya tergolong dalam lain-lain bangsa.

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: