Skip to content

February 10, 2013

Kenyataan Media

Y.B. Rodziah Ismail

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan

Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi & Inovasi dan Kebudaydaan

Negeri Selangor

 

9 Februari 2013

Gong Xi Fa Cai, Xin Nian Kuai Le

Sepenggal Berbakti, Nikmat Dirasai

Setiap tahun yang baru disambut penuh meriah oleh setiap golongan manusia yang mempunyai kalendar tertentu mereka.

Tahun baru kebiasaannya mengundang berbagai azam dan hasrat yang murni ke arah kebaikan, kesejahteraan dan kemanusiaan.

Menurut kepercayaan kaum Tionghua, tahun ini merupakan tahun ular.   Mereka yang lahir pada tahun ular dipercayai memiliki sifat-sifat pemurah, bijaksana, pintar, mudah disukai dan hidup berjamaah.   Tentunya rakyat yang bersifat sedemikian adalah aset yang amat bernilai kepada sesebuah masyarakat dan negara.   Sifat-sifat yang mulia dan positif disebut bagi individu-individu yang lahir pada tahun-tahun yang lain, masing-masing mempunyai kelebihan dan boleh saling lengkap-melengkapi.

Pengurusan dan penggemblengan sumber-sumber tenaga manusia yang saling lengkap-melengkapi ini memerlukan segolongan pemimpin.   Dalam konteks sistem demokrasi, ia membentuk suatu hubungan antara rakyat jelata dan pemimpin yang dipilih oleh mereka.

Sepenggal Berbakti, Nikmat Dirasai di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat dihasratkan berpanjangan agar ekonomi negeri Selangor terus dilonjakkan bagi manafaat rakyat terbanyak untuk menjamin tercapainya visi Selangor Negeri Idaman, Maju, Sejahtera Dan Berkebajikan.   Visi yang berorientasikan rakyat itu seimbang amanahnya “berat sama dipikul, ringan sama dijinjing” jika dikalangan rakyat dan pemimpin saling mempercayai; pemimpin mengotakan kata, dan rakyat membantu mengotakan kata pemimpin.

Itulah nilai yang didokongi juga oleh pelbagai ras dan anutan agama di Negara ini.   Roh tahun-tahun baru yang disambut tentunya meraikan setiap elemen dan sifat yang boleh membawa diri, keluarga dan masyarakat ke ufuk yang lebih jauh dan berjaya.   Di atas semangat itulah rakyat Selangor bersama rakyat seluruh Malaysia diseru bergandingan merealitikan perubahan demi mengembalikan milik rakyat kepada rakyat, tanpa rasuah, pembaziran dan penyelewengan kuasa dan menjadikan Malaysia tempat berbondong-bondong rakyat yg pemurah, gemar hidup bersahabat, pintar, bijaksana, mulia dan positif – kesemuanya membangun Malaysia sebagai satu keluarga yang besar, “Wo Men Dou Shi Yi Jia Ren”.   Bersama Pakatan Rakyat menuju Putrajaya.

Gong Xi Fa Cai, Xin Nian Kuai Le

Rodziah Ismail

 

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: