Skip to content

Hak, Keselamatan dan Undang-Undang Syarie Terhadap Wanita

December 2, 2012

Edaran  Media

2 Disember  2012

Hak, Keselamatan dan Undang-Undang Syarie Terhadap Wanita

Kuala Selangor, Disember 2; Seminar Hak, Keselamatan dan Undang-Undang Syarie Terhadap Wanita telah diadakan di Kuala Selangor semalam.   Ia adalah anjuran Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita Negeri Selangor dengan kerjasama Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Majlis Daerah Kuala Selangor dan Pusat Wanita Berdaya.

Seminar itu bertujuan memberi pendedahan kepada golongan penguatkuasa undang-undang, oraganisasi sivil, aktivis wanita dan kakitangan kerajaan negeri Selangor.

Seminar telah dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita Negeri Selangor, Rodziah Ismail.   Seminar tersebut adalah di antara usaha bidang fokus dari Pelan Tindakan Wanita Selangor.   Beliau menegaskan bahawa keadilan hanya boleh berlaku jika tiada wujud sebarang bentuk diskriminasi, kecurangan, rasuah dan tidak wujud isu kompentensi mereka yg diamanahkan untuk melaksanakan keadilan, khususnya apabila keadilan itu dituntut, khususnya oleh wanita kerana lebih 80% pelanggan mahkamah syariah adalah dari golongan wanita.

Beberapa tokoh undang-undang syarie telah membentangkan kertas kerja di seminar tersebut, Hakim Syarie Negeri Selangor, Tuan Fouzi bin Mokhtar, Hakim Tinggi Pengadilan Tinggi Agama Sumatera Utara, Hajah Rosmawardani Muhammad dan Dr Najibah Mohd Zin, ahli akademik dan pakar undang undang-undang syarie.

Menurut Tuan Fouzi Mohktar, lebih 20000 kes mahkamah syarie masih tertunggak.   Nisbah hakim dan keperluan mengadili kes-kes mahkamah syarie belum mencapai tahap yang memuaskan.

Sila klik: Faktor2 Penangguhan Kes Mahkamah Syariah

Hakim Hajah Rosmawardani Muhammad pula mengesyorkan bahawa perlunya ada hakim perempuan yang dirasakan boleh lebih memberdayakan para hakim lelaki dalam memahami perspektif gender, umpamanya dalam memberi hak kepada wanita walaupun ia tidak dituntut, seperti nafkah dalam iddah.

Beliau juga telah menerangkan satu keputusan yang telah dibuat mahkamah syarie di Acheh ekoran dari memahami realiti hidup sebahagian mangsa Tsunami Acheh, di mana harta warisan yang dituntut oleh pihak suami yang telah meninggalkan dunia akibat musibah Tsunami diberi kepada keluarga isteri yang memelihara anak si mati.   Dalam realiti itu, anak dipelihara oleh neneknya kerana ibunya turut menjadi mangsa Tsunami.   Pihak pentadbiran harta sedemikian, bank-bank, dan institusi pelaburan dan kewangan terbabit diberi kesedaran agar keluarga, yang kebiasaannya dari kalangan sebelah ibu, yang memelihara anak-anak mangsa Tsunami diberi keutamaan dalam pengurusan harta pusaka mangsa Tsunami dan diserahkan sepenuhnya kepada pihak atau keluarga allahyarham ibu mereka dan bukan kepada pihak yang menuntut tanpa apa-apa tanggungjawab dan tanggungan terhadap anak-anak itu.

Sesi interaksi dengan peserta seminar bersama anggota panel dari ketiga-tiga tokoh itu dan Rodziah Ismail turut disempurnakan.

Beberapa rumusan telah dicapai dalam seminar itu, antaranya:

  • Melaksanakan sosialisasi (advokasi) hak, keselamatan dan undang-undang syarie dengan lebih intensif dan berkesan ke akar umbi sehingga ia akhirnya menjadi budaya masyarakat.
  • Menubuhkan/memperkemaskan pusat hubungan keluarga sedia ada bagi memberi kaunseling profesional kepada pasangan dan anggota keluarga yang memerlukan
  • Menangani proses birokrasi yang menyulitkan wanita mendapat keadilan di mahkamah syariah
  • Memastikan pendekatan hak keinsanan diamalkan dalam sistem mahkamah syariah
  • Mengetengahkan interprestasi hukum secara praktikal untuk kemaslahatan masyarakat, khususnya wanita
  • Mewujudkan Jawatankuasa  Bertindak Hak, Keselamatan dan Undang-undang Syarie Terhadap Wanita bagi meneliti isu-isu berkaitan

Untuk sebarang pertanyaan mengenai kenyataan di atas,

sila hubungi Pusat Media Wanita Selangor, tel.: 03-55447622 email:pusatmediawanitaselangor@gmail.com

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s