Skip to content

Rodziah Ismail dicuit oleh ADUN Bangi kerana tiada program lelaki

November 29, 2012

Image28  November 2012

Sidang Dewan Negeri Selangor:

Rodziah Ismail dicuit oleh ADUN Bangi kerana tiada program lelaki

Shah Alam, 28 November; Dalam sidang DUN Selangor baru-baru ini, beberapa pertanyaan mengenai Skim Kesihatan Wanita (SKW) telah diajukan oleh ADUN Hulu Kelang, Saari Sungib kepada Exco Hal Ehwal Wanita Negeri Selangor (ADUN Batu Tiga).

Menjawab pertanyaan ADUN Hulu Kelang, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita, Rodziah Ismail menyatakan bahawa perkhidmatan Skim Kesihatan Wanita(SKW) bukan diberhentikan tetapi sedang menjalani proses perjanjian semula yang perlu diteliti untuk penambahbaikan dan mengelak unsur-unsur monopoli dalam pengoperasian SKW.

Proses tender telah dimulakan dan entiti yang berjaya akan meneruskan operasinya tidak lama lagi.   Bilangan wanita yang telah menyertai program mammogram ini ialah seramai 17,582 orang, dengan 115 wanita dikenalpasti untuk mendapat rawatan lanjut.

Sebanyak RM5.2 juta telah diperuntukkan untuk jangkamasa lima tahun dari tahun 2010 dan sehingga kini sebanyak RM1,582,380 telah dibelanjakan untuk pelaksanaan program ini.Rodziah Ismail menyeru semua ADUN untuk memberi  perhatian terhadap SKW ini agar ia dapat dilebarluaskan di kawasan masing-masing.

Menjawab soalan tambahan dari ADUN Hulu Kelang lagi, di samping SKW, skim-skim penjagaan kesihatan wanita yang lain juga diceburi seperti refleksologi dan juga program-program mengurus emosi dan tekanan agar boleh menjalani kehidupan dengan tenang.   Usaha sama dengan Jabatan Kesihatan Selangor dalam pemeriksaan darah dan lain-lainnya adalah berterusan setiap bulan dalam memelihara kesihatan rakyat, khususnya wanita.

ADUN Bangi, Dr Shafie Abu Bakar  telah menimbulkan rasa sedih beliau kerana dianggap ADUN Batu Tiga merangkap Exco Kerajaan Negeri sebagai bias terhadap wanita kerana telah hanya  mengemukakan skim-skim kesihatan dan pemberdayaan untuk wanita sahaja dan  mendiskriminasi gender.

Sambil tersenyum lebar, Rodziah Ismail mengingatkan bahawa beliau menjawab sebagai Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita.   Jika portfolio beliau perlu mengurus selain wanita, maka wajarlah ia ditukarkan nama kepada Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita dan Lelaki atau Jawatankuasa Tetap Keluarga.   Dewan riuh seketika dengan gelak ketawa ahli-ahli Yang Berhormat.    Rodziah Ismail turut menjelaskan bahawa sudah ada Exco Kesihatan yang dikendalikan oleh Yang Berhormat Sri Andalas.

(Statistik berkaitan SKW dilampir)

 Tahun/Bulan Melayu Cina India Lain-Lain Jumlah
2010

Jun-Okt

144 471 123 0 738
Nov 383 467 18 0 868
Dec 608 356 118 0 1082
2011 Jan 636 195 92 1 924
Feb 558 87 62 0 707
Mar 648 491 187 1 1327
Apr 801 247 149 0 1197
Mei 726 466 185 3 1380
Jun 631 383 195 2 1211
Jul 696 496 120 1 1313
Ogos 120 255 173 0 548
Sep 87 102 57 0 246
Okt 182 389 44 0 615
Nov 453 320 65 0 838
Dis 546 379 86 0 1011
2012 Jan 550 131 89 1 771
Feb 413 98 110 0 621
Mar 302 265 156 2 725
Apr 318 182 21 0 521
Mei 235 247 109 0 591
Jun 191 132 24 1 348
Total 9228 6159 2183 12 17582

 

Untuk sebarang pertanyaan mengenai kenyataan di atas, sila hubungi :

Pusat Media Wanita Selangor, Tel.03-55447622, emel: pusatmediawanitaselangor@gmail.com            

 

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: