Skip to content

Bajet tiada justifikasi, bajet yang merugikan rakyat

October 4, 2012

Kenyataan Media

Y.B. Rodziah Ismail

 

3 Oktober 2012

Pengerusi Jawatankuasa Tetap

Hal Ehwal Wanita

 

MANFAAT PERLU SETIMPAL DENGAN PERUNTUKAN!

Kerajaan negeri Selangor menyambut baik  bajet RM25 juta untuk skim mamogram bagi 100,000 wanita. Langkah awal mengesan melalui mamogram adalah jalan terbaik mengurangkan statistik pengidap penyakit yang boleh membawa maut ini.   Menyedari pentingnya ‘pengesananawal’ [early detection] demi kesejahteraan wanita, kerajaan negeri Selangor telah melancarkan Skim Mamogram Selangor (Mamosel) sejak 2010.

Kami ingin menarik perhatian tentang pelaksanaan Mamosel yang telah dilaksanakan

1. Kerajaan Selangor telah memperuntukan RM5.2 juta untuk skim Mamosel merangkumi 60,000 wanita.   Sasaran kami adalah untuk memberikan perkhidmatan mamogram kepada 1 juta wanita dengan peruntukan tambahan.

2. Dalam skim Mamosel, ROI atau kos untuk setiap seorang adalah RM90 sahaj a .   Dalam unjuran perbelanjaan skim ini oleh kerajaan persekutuan, ROI adalah RM250 seorang tanpa menjelaskan apakah jenis perkhidmatannya selainperkhidmatan mamogram

3. Lihat perbandingan antara perkhidmatan Mamosel yang telah dilaksanakan dan cadangan pelaksanaan oleh kerajaan persekutuan:

  PERKHIDMATAN YANG DIBERI

KERAJAAN SELANGOR

MAMOSEL CADANGAN KERAJAAN  PERSEKUTUAN
1 Kos pemeriksaan payu dara – mammogram PERCUMA

ROI RM90

PERCUMA

ROI RM250

2 Kos pengangkutan peserta ke pusat pemeriksaan DISEDIAKAN TIDAK DISEDIAKAN
3 Prosedur pendaftaran MUDAH.

Boleh daftar di pusat-pusat DUN & pejabat-pejabat  kerajaan serta tempat-tempat di mana ada permintaan dari wanita

Hanya di LPPKN
4 KPI Masa dari daftar hingga terima keputusan 3 BULAN TIDAK JELAS. Ada yang terpaksa menunggu sehingga satu setengah tahun
5 Keutamaan umur wanita 35 tahun ke atas atau bawah 35 tahun yang berisiko 40 tahun keatas sahaja
6 Rekod Merekod & menyimpan pengkalan data (data base) Tidak jelas kewujudannya

 

 

 

 

 

Kesimpulannya, dengan bajet RM25juta yang diwarwarkan, jika pelaksanaannya mengikuti cara Selangor (Mamosel), ianya akan dapat memberi menafaat kepada bukan 100,000 wanita , tetapi menjangkau bilangan 277,778 wanita.   Ini kerana jika mengikut mekanisma pengurusan Selangor, 100,000 wanita hanya memerlukan RM9juta sahaja, bukannya RM25juta.

Kerajaan Persekutuan Malaysia perlu memberi perincian kegunaan ROI yang mencecah RM 250 seorang.   Apakah kegunaan lebihan RM160 seorang itu?   Apakah penggunaan ini satu keperluan?   Penelitian mikro sedemikian menimbulkan persoalan apakah pengolahan keseluruhan bajet negara oleh kerajaan persekutuan sentiasa berhemah dan mengambilkira justifikasi setiap cadangan perbelanjaan yang dikemukakan?   Jelas, perbelanjaan skim mamogram kerajaan persekutuan ini adalah suatu pembaziran dan perbelanjaan yang tiada telus serta membebankan rakyat, khususnya di kala Malaysia akan sarat dengan hutang yang tinggi – RM456.1 bilion – sehingga melebihi 53% dari Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP).

 

 

 

 

 

RODZIAH ISMAIL

 

Untuk sebarang pertanyaan mengenai kenyataan di atas, sila hubungi :

Pusat Media Wanita Selangor, Tel.03-55447622, emel: pusatmediawanitaselangor@gmail.com       

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: