Skip to content

SYABAS perlu menarik balik hasrat dan tindakannya mencatu air…

July 23, 2012

Kenyataan Media

Y.B. Rodziah Ismail

23 Julai 2012

Pengerusi Jawatankuasa Tetap

Kebajikan, Hal Ehwal Wanita,

Sains, Teknologi & Inovasi dan Kebudayaan Negeri Selangor

 

Kepentingan Air Kepada Masyarakat, Keluarga  Terutama Kaum Wanita

Setiap kerajaan  adalah diamanahkan untuk sentiasa mengembalikan apa yang menjadi hak rakyat kepada mereka dengan sebaik dan semaksimum mungkin.   Di antara keperluan rakyat adalah air yang menjadi bahan utama dalam kehidupan manusia di mana-mana jua.    Ia adalah bahan kelangsungan zuriat manusia dan menjadi keperluan dalam seribu satu kegunaan harian yang lain. Oleh yang demikian, air dan keperluannya oleh rakyat jelata merupakan kepentingan utama yang wajar diberi perhatian sangat serius oleh Kerajaan Selangor.

Dalam masa yang sama, air adalah antara anugerah dan rezeki melimpah-ruah dari Allah swt yang boleh diberi secara percuma jika di urus dengan baik dan telus.  Kos perantaraan yang boleh dihapuskan wajar dibuat sedemikian untuk memenuhi keperluan rakyat yang minima, iaitu 20m padu, secara percuma.   Kerajaan Selangor mampu melaksanakannya tanpa berlaku pembaziran, setiap bulan membayar RM11 juta kepada Syabas.

Justeru, catuan air yang dimulakan oleh SYABAS, satu entiti yang bukan di bawah kawalan Kerajaan Selangor amatlah dikesalkan.  SYABAS tidak pernah meminta pandangan kerajaan negeri, jauh sekali untuk berbincang mengenainya.
Di bulan Ramdhan al-Mubarak dan dengan kedatangan Syawal situasi itu amatlah menyulitkan para pengguna rakyat, khususnya wanita yang kebiasaannya menjadi nadi rumahtangga yang memerlukan bekalan air sempurna saban hari agar pengurusan rumahtangga juga sempurna dan tidak bermasalah.

Senario ini sekaligus memberi kebimbangan kepada kaum wanita khususnya, apabila air di catu di bulan Ramadhan.   Urusan rumahtangga terganggu. Anak-anak tidak terurus sehingga amalan ibadah juga turut terganggu.   Ia boleh melibatkan soal-soal kesihatan dan perkara-perkara lain yang akan timbul akibat penawaran air yang terganggu tanpa alasan yang benar.   Jika memberi air percuma itu telah mengurangkan keuntungan SYABAS yang selama ini begitu mewah (perlu diteliti semula gaji RM5.1 juta setahun pengerusi SYABAS dan kos operasi Syabas yang sangat tinggi), hasil dari mengambil kesempatan mencaj rakyat lebih dari sepatutnya di atas penggunaan air, bahan yang mesti ada untuk kehidupan mereka, maka situasi itu perlu diubah.

Suatu pendekatan memberi kebajikan dan keselesaan rakyat tanpa pembaziran dan kos yang berlebihan merupakan sesuatu yang dianggap terbaik untuk rakyat Selangor oleh pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor yang dipimpin oleh Dato’ Menteri Besar Tan Sri Dato’ Seri Khalid Ibrahim.

SYABAS perlu menarik balik hasrat dan tindakannya mencatu air dan menaikkan harga air menghampiri 40% di negeri Selangor kerana ia samasekali tidak memelihara kebajikan dan hak  rakyat jelata serta tiada sebarang ancaman kehabisan air untuk meneruskan bekalan air seperti biasa di negeri Selangor.

Jika SYABAS tiada idea untuk bagaimana mengurus air tanpa rakyat jelata dikenakan kos tinggi berterusan, maka berilah laulan kepada Kerajaan Negeri untuk menguruskannya.

Adalah dituntut agar pihak SYABAS, tidak menjadi dalang utama dengan cuba menyekat bekalan air di negeri Selangor  yang terus menghalang  umat Islam  mempertingkatkan ibadah mereka dalam bulan Ramadhan ini.

Rodziah Ismail

———————————————————————————————————————————————

Untuk sebarang pertanyaan mengenai kenyataan di atas, sila hubungi :

Pusat Media Wanita Selangor, Tel.03-55447622, emel: pusatmediwanitaselangor@gmail.com    

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: