Skip to content

RODZIAH ISMAIL: Pencabulan hak asasi insan dan ketandusan total etika kewartawanan sebahagian media massa dan polis di Malaysia.

March 23, 2012

Kenyataan Media

Y.B. Rodziah Ismail

Pengerusi Jawatankuasa Tetap

Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi,

Inovasi dan Kebudayaan Negeri Selangor

20 Mac 2012

Pencabulan  hak asasi insan dan ketandusan total etika kewartawanan

                                                              sebahagian media massa dan polis di Malaysia

Kerajaan Selangor telah terlibat secara langsung dalam proses membawa pulang ke Malaysia seorang remaja yang dilaporkan diculik di Shah Alam Januari 2012 lalu.

Dalam kejadian tersebut, beliau diculik dan telah dibawa ke Bangkok, kemudian dengan usahanya sendiri dapat melarikan diri dari cengkaman penjenayahnya telah di dedahsensasikan tanpa sebarang zarah belas kasihan dan keinsanan terhadap mangsa oleh sebahagian media massa di Malaysia.

Kerajaan Selangor memandang amat serius kekontangan etika yang dipamerkan oleh media massa sedemikian yang tidak bertanggungjawab dan sewenang-wenangnya bertindak tanpa langsung memikirkan natijahnya yang boleh memusnahkan sama sekali masa depan remaja terbabit.            Sikap dan amalan sedemikian jelas suatu bentuk keganasan terhadap wanita dan menyanggahi konvensyen antarabangsa berkaitan penghapusan segala bentuk diskriminasi dan keganasan terhadap wanita yang telah berdekad ditandatangani oleh Kerajaan Persekutuan Malaysia.

Adalah difahami bahawa etika kewartawanan menghendaki para wartawan memelihara keselamatan mangsa dalam usaha mereka melaporkan sebarang kejadian seumpamanya.            Perlu difahami juga bahawa mangsa telah melarikan diri dari situasi pemerdagangan manusia.   Penjenayah-penjenayah sebenar masih belum dikenalpasti.   Polis (yang telah mempamerkan gambar dan nama mangsa) dan media dalam keghairahan mereka untuk mensensasikan kejadian telah meletakkan mangsa kanak-kanak dan anggota keluarganya dalam risiko yang sangat tinggi.   Ketandusan sensitiviti dan hebahan identiti mangsa sedemikian telah melampaui dan menyalahi Akta Kanak-Kanak 2001 dan Akta Antipemerdagangan Manusia 2007 (dgn pindaan 2010) serta Konvensyen Hak Kanak-Kanak Sedunia (CRC) yang telah juga ditandatangani oleh Kerajaan Persekutuan Malaysia..

Insiden pendedahan tanpa rasa bersalah oleh sebahagian media massa dan polis sedemikian amatlah memalukan dan telah meletakkan Malaysia dalam posisi dan imej yang amat rendah di mata masyarakat antarabangsa.

Walauapapun keadaan dan sejarah seseorang insan itu, tiada siapa, hatta oleh mereka yang berkuasa, boleh memperlakukan insan tersebut mengikut hawa nafsu dan memperlekehkan hak keinsanan beliau untuk dilindungi dan dijamin keselamatan dan masa depan yang lebih baik.   Kerosakan yang telah diterbitkan dan dilanjutkan oleh media massa yang tidak beretika dan tidak bertanggung wajar diboikot oleh rakyat, diambil dan dibawa ke pengadilan.

Kerajaan Selangor menuntut supaya dihentikan sensasi yang memalukan negara ini. Media massa dan  wartawan terbabit digesa memfokuskan skil, kemahiran dan kreativiti mereka kepada perkara-perkara yang membawa nilai tambah kepada usaha-usaha membasmi pemerdagangan manusia dan memberkas penjenayah sebenar.

Kerajaan Selangor akan menghulurkan sebarang bentuk bantuan yang diperlukan untuk memelihara keselamatan mangsa dan keluarganya, intervensi yang diperlukan dan membantu membina semula kehidupan , mangsa agar beliau mempunyai masa depan yang lebih baik, menangani kelemahan-kelemahan yang wujud dalam sistem kehidupan rakyat sehingga menatijahkan penculikan anak-anak perempuan dan wanita supaya akan wujud persekitaran dan suasana yang lebih selamat di negeri Selangor.

              

Untuk sebarang pertanyaan mengenai kenyataan di atas,  sila hubungi Pejabat Y.B.Rodziah Ismail,tel.: 03-55447622 email:rodziahismail@selangor.gov.my


No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: