Skip to content

Rodziah Ismail: Sesi jawab lisan di Dewan Negeri Selangor sebentar tadi

March 20, 2012

Kenyataan Media

Y.B. Rodziah Ismail

 

20  Mac 2011

Pengerusi Jawatankuasa Tetap

Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi,

Inovasi dan Kebudayaan Negeri Selangor,

Jawapan-jawapan oleh Y.B. Rodziah Ismail

di Dewan Negeri Selangor

20 Mac 2012

mengenai soalan-soalan berikut:

PERTANYAAN-PERTANYAAN MULUT DARIPADA

Y.B, PUAN HANNAH YEOH TSEOW SUAN

(SUBANG JAYA)

TAJUK : WI-Fl PERCUMA

a)    Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk melaksanakan kemudahan wi-fi percuma di Selangor?

b)    Sila nyatakan rasional untuk jawapan (a) di atas dan langkah yang telah diambil untuk mengatasi sebarang kesulitan dalam perlaksanaannya,

c)   Berapakah anggaran kos untuk melaksanakannya?

 

JAWAPAN OLEH Y.B RODZIAH ISMAIL

a)    Ya, Kerajaan Negeri telah merangka perlaksanaan kemudahan Wifi Percuma memandangkan kini Internet merupakan salah satu keperluan asas sepertimana air, dan oleh kerana itu Kerajaan Negeri merasakan adalah wajar kemudahan wifi diberikan secara percuma pada kadar minimal seperti mana pemberian 20 meter padu air secara percuma. Sebagai permulaan, Kerajaan Negeri telah memperkenalkan dasar Ubiquitous Wireless Selangor (U-WiSEL) pada tahun 2009. Agenda U-WiSEL adalah merupakan satu pernyataan dasar dimana semua perkhidmatan internet jalur lebar tanpa wayar (wireless/wifi) di Negeri Selangor perlu menjamin:

i.        LIPUTAN (COVERAGE) menyeluruh tanpa diskriminasi di dalam penyediaan tempat samada di bandar atau pun di luar bandar. –sosial

ii.        CAPAIAN (ACCESSIBILITY) yang memenuhi Kualiti Perkhidmatan (QoS) (kelajuan, uptime dan integriti). – teknologi

iii.        KELESTARIAN (SUSTAINABILITY)  alam sekitar termasuk pengawalan pencemaran dan kerosakan (pemandangan, radiasi dll.) – alam sekitar

iv.        IMPAK EKONOMI (ECONOMICAL IMPACT) pengagihan peluang yang samarata dan mampu milik(affordability) – ekonomi

Pada April 2010, Kerajaan Negeri Selangor telah melancarkan fasa pertama Wifi percuma. Perancangan Kerajaan Negeri adalah untuk melancarkan lebih banyak lagi projek Wifi dalam tiga (3) bentuk iaitu:

i.        Inisiatif Kerajaan Negeri, Projek penyediaan perkhidmatan Wifi telah bermula pada April 2010. Kebanyakan lokasi Wifi adalah di Hulu Selangor dan di kawasan di bawah kelolaan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). Lokasi Wifi tersebut adalah:

i.        Dataran Shah Alam

ii.        Kompleks PKNS Shah Alam

iii.        Seksyen 2 Shah Alam

iv.        Seksyen 3 Shah Alam

v.        Seksyen 9 Shah Alam

vi.        Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor

vii.        Batang Kali, Hulu Selangor

viii.        Seksyen 7 Shan Alam,

ix.        SUK(luaran)

Kerajaan Negeri juga telah merancang untuk menyediakan lebih kurang 18 lokasi Wifi percuma yang telah dikenal pasti. 18 lokasi terbabit melibatkan:

i.        Sekinchan

ii.        Bestari Jaya

iii.        Kuala Selangor

iv.        Hulu Kelang

v.        Seksyen 17 Shah Alam

vi.        Seksyen 20 Shah Alam

vii.        Seksyen 24 Shah Alam

viii.        Kajang

ix.        Kg Kuantan, Klang

x.        Meru

xi.        Sabak Bernam

xii.        Sungai Burong

xiii.        Permatang

xiv.        Sungai Panjang

xv.        Klang Sentral

                                    ii.        Insiatif anak Syarikat Kerajaan Negeri seperti projek PKNS – Fiber to the home (FTTH). Projek ini adalah inisiatif PKNS menyediakan internet fiber bagi projek perumahan yang dibangunkan.

iii.        Inisiatif daripada pihak swasta melalui pelaburan pihak swasta (PFI) seperti projek Hybrid Wireless Network (Hywin), dan Selangor Public Integrated Services (SPINS). Perancangan untuk melaksanakan wifi dengan pihak swasta telah diadakan melalui kerjasama dengan Syarikat Telekom Malaysia serta beberapa syarikat yang lain.

b)    Antara cabaran dalam melaksanakan projek Wifi di Selangor ini ialah:

i.        Mekanisme perlaksanaan di peringkat PBT dalam melaksanakan projek Wifi Selangor ini.

ii.        Selain itu, keupayaan PBT untuk mengoperasi dan menjalankan projek ini juga

iii.        Faktor keselamatan seperti radiasi dan sebagainya juga diperhalusi.

iv.        Kerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia (SKMM) bagi menyempurnakan pelbagai projek Wifi di Selangor.

v.        Rekabentuk yang estetik dan moden.

c)    Kerajaan Negeri menerapkan konsep saling melengkapi dan tidak menggalakkan konsep monopoli daripada satu syarikat. Ini menggalakkan pelbagai teknologi yang terdapat di pasaran dapat ditawarkan dan digunapakai di Selangor. Syarikat yang dipilih untuk melaksanakan sistem Wifi percuma di Selangor dipilih berdasarkan kemampuan untuk melaksanakan perkhidmatan seperti yang diinginkan Kerajaan Negeri serta mengambil kira jua operasi dan pelan yang ditawarkan selama 3 tahun oleh syarikat penyedia Wifi. Anggaran kos yang terlibat bagi tempoh setahun yang perlu ditanggung oleh Kerajaan Negeri Selangor bagi menyediakan kemudahan WiFi secara percuma adalah bergantung pada beberapa faktor seperti :

  1. Bilangan lokasi,
  2. Kadar radius atau jarak liputan Wifi,
  3. Minima kadar kelajuan yang dapat diakses bagi setiap pengguna Wifi atau kadar kelajuan yang dapat dikecapi bagi 100 pengguna pada satu-satu masa
  4. Kemudahan yang boleh ditawarkan oleh Kerajaan Negeri serta
  5. Pelan perniagaan kreatif yang boleh diberikan oleh ISP kepada kerajaan negeri dalam mewujudkan situasi menang-menang kepada semua pihak.

Walau bagaimanapun Kerajaan Negeri menganggarkan kos pemasangan Wifi adalah sebanyak RM 10,000.00 hingga RM 18,000.00 bagi satu lokasi kawasan perkhidmatan WiFi dengan kapasiti talian utama (backhaul) sebanyak 4Mbps.

PERTANYAAN-PERTANYAAN MULUT

DARIPADA Y.B. TUAN MOHAMED AZMIN BIN ALI

(BUKIT ANTARABANGSA)

TAJUK; PENYEDIAAN PERKHIDMATAN WIFI

a)    Apakah status penyediaan perkhidmatan (WIFI) di Negeri Selangor dan adakah perkhidmatan ini akan turut meliputi kawasan luar bandar?

JAWAPAN OLEH Y.B RODZIAH ISMAIL

a)    Status penyediaan perkhidmatan WiFi di Negeri Selangor adalah seperti berikut :

–           Projek penyediaan perkhidmatan Wifi telah bermula pada April 2010. Kebanyakan lokasi Wifi adalah di Hulu Selangor dan di kawasan di bawah kelolaan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). Lokasi Wifi tersebut adalah:

x.        Dataran Shah Alam

xi.        Kompleks PKNS Shah Alam

xii.        Seksyen 2 Shah Alam

xiii.        Seksyen 3 Shah Alam

xiv.        Seksyen 9 Shah Alam

xv.        Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor

xvi.        Batang Kali, Hulu Selangor

xvii.        Seksyen 7 Shan Alam,

xviii.        SUK(luaran)

–          Projek Selangor Public Integrated Services (SPINS) telah dan sedang dilaksanakan dan sasarannya adalah untuk memberikan perkhidmatan Wifi percuma di 4000 lokasi di seluruh Negeri Selangor dengan projek permulaan di Petaling Jaya. Dijangkakakn 200 lokasi Wifi SPINS akan dipasang di sekitar Petaling Jaya sahaja. Pada Februari yang lalu, projek ini telah dilancarkan oleh Tan Sri Abdul Khalid bin Ibrahim dan beroperasi di dua (2) lokasi iaitu di Dataran Anak Muda Taman Medan dan Dewan Serbaguna Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Taman Medan.

–          Projek Hybrid Wireless Infastructure Network (HyWIN) pula pada awalnya mempunyai kekangan daripada Suruhanjaya Komunikasi Multimedia (SKMM) untuk membawa masuk teknologi Hybrid ini. Namun kekangan ini berjaya diatasi dan projek Hybrid Wireless Infastructure Network (HyWIN) ini akan bekerjasama dengan syarikat Telekom Malaysia Berhad untuk menyedia dan memberikan perkhidmatan Wifi percuma (pada kadar kelajuan tertentu) dan berbayar kepada pelanggan di lebih 340 lokasi di seluruh Negeri Selangor.

–          Kerajaan Negeri juga telah merancang untuk menyediakan lebih kurang 18 lokasi Wifi percuma yang telah dikenal pasti. 18 lokasi terbabit melibatkan:

i.        Sekinchan

ii.        Bestari Jaya

iii.        Kuala Selangor

iv.        Hulu Kelang

v.        Seksyen 17 Shah Alam

vi.        Seksyen 20 Shah Alam

vii.        Seksyen 24 Shah Alam

viii.        Kajang

ix.        Kg Kuantan, Klang

x.        Meru

xi.        Sabak Bernam

xii.        Sungai Burong

xiii.        Permatang

xiv.        Sungai Panjang

xv.        Klang Sentral

–          Anak Syarikat Kerajaan Negeri (GLC) seperti PKNS juga telah mula mengusahakan pembangunan Wifi di dalam projek-projek mereka seperti projek Fiber to the home (FTTH).

Kesemua unjuran lokasi yang dinyatakan di atas adalah meliputi kawasan luar Bandar yang mana kriteria utamanya adalah tempat tumpuan umum untuk memberikan impak positif penawaran perkhidmatan WiFi tersebut. Kesemua projek Wifi ini dijangka akan siap sepenuhnya pada tahun 2015.

Untuk sebarang pertanyaan mengenai kenyataan di atas,

 sila hubungi Pejabat Y.B.Rodziah Ismail,tel.: 03-55447622 email:rodziahismail@selangor.gov.my


PERTANYAAN-PERTANYAAN MULUT DARIPADA

Y.B. TUAN BADRUL HISHAM BIN ABDULLAH

(PELABUHAN KLANG)

TAJUK: INTERNET PERCUMA

Terdapat cadangan agar Kerajaan Negeri menyediakan kemudahan WiFi dan

broadband percuma untuk seluruh Negeri Selangor, di Bandar dan luar Bandar.

Bertanya Kepada Y.A.B. Dato’ Menteri Besar :-

a) Apakah status cadangan ini dan sejauh manakah kemudahan percuma ini

telah disediakan di Selangor?

b) Berapakah kos yang perlu dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri untuk

menyediakan kemudahan ini?

c) Apakah Kerajaan Negeri mempunyai kemampuan kewangan yang

mencukupi?

JAWAPAN OLEH Y.B RODZIAH ISMAIL

a)    Terdapat tujuh lokasi yang telah dilengkapi dengan kemudahan capaian WIFI secara PERCUMA oleh Kerajaan Negeri Selangor iaitu seperti berikut:

  1. Dataran Shah Alam
  2. Kompleks PKNS Shah Alam
  3. Seksyen 2 Shah Alam
  4. Seksyen 3 Shah Alam
  5. Seksyen 9 Shah Alam
  6. Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor
  7. Batang Kali, Hulu Selangor
  8. Seksyen 7 Shan Alam,
  9. SUK(luaran)

b)    Unjuran kos adalah sebanyak RM 5 juta.

c)    Kerajaan Negeri menyediakan peruntukan kewangan melalui Geran Selangorku dan sebahagian peruntukan pembangunan negeri serta galakan kepada PBT untuk menyediakan peruntukan sampingan.

PERTANYAAN-PERTANYAAN BERTULIS DARIPADA

YB PUAN HANIZA BIN MOHAMED TALHA

(TAMAN MEDAN)

TAJUK: PERKHIDMATAN WIFI PERCUMA

a)    Apakah dasar kerajaan Negeri terhadap Perkhidmatan WIFI untuk seluruh  Selangor?

b)    Berapakah peruntukkan yang akan dibelanjakan serta bilakah Perkhidmatan WIFI akan diberikan secara percuma bagi seluruh Negeri?

JAWAPAN OLEH Y.B RODZIAH ISMAIL

 

a)    Kerajaan Negeri telah memperkenalkan dasar Ubiquitous Wireless Selangor (U-WiSEL) pada tahun 2009 iaitu untuk mewujudkan capaian internet secara tanpa wayar yang bersifat sejagat dan merata capaiannya diseluruh Negeri Selangor yang mana ianya adalah selaras dengan dasar Merakyatkan Eknonomi Selangor (MES).

Agenda U-WiSEL adalah merupakan satu pernyataan dasar dimana semua perkhidmatan internet jalur lebar tanpa wayar (wireless/wifi) di Negeri Selangor perlu menjamin:

v.        LIPUTAN (COVERAGE) menyeluruh tanpa diskriminasi di dalam penyediaan tempat samada di bandar atau pun di luar bandar. –sosial

vi.        CAPAIAN (ACCESSIBILITY) yang memenuhi Kualiti Perkhidmatan (QoS) (kelajuan, uptime dan integriti). – teknologi

vii.        KELESTARIAN (SUSTAINABILITY)  alam sekitar termasuk pengawalan pencemaran dan kerosakan (pemandangan, radiasi dll.) – alam sekitar

viii.        IMPAK EKONOMI (ECONOMICAL IMPACT) pengagihan peluang yang samarata dan mampu milik(affordability) – ekonomi

b)    Cadangan peruntukan untuk membiayai kos perkhidmatan wifi percuma bagi seluruh Negeri Selangor adalah sebanyak RM 5 juta setahun Walaubagaimanapun ianya tertakluk kepada penawaran yang boleh diberikan oleh pihak swasta yang mempunyai kerjasama strategik dengan Kerajaan Negeri seperti yang telah di laksanakan dalam projek Selangor Public Intergrated Services (SPINS) dan Hybrid Wireless Infrastructure Network (HyWIN).


PERTANYAAN-PERTANYAAN BERTULIS DARIPADA

Y.S. TUAN DR. ABD RANI BIN OSMAN

(MERU)

TAJUK WIFI

a) Bilakah perkhidmatan WIFI kerajaan Selangor dijalankan?

b) Berapakah kawasan yang dipilih untuk tujuan tersebut?

JAWAPAN OLEH Y.B RODZIAH ISMAIL

 

 

a)    Perkhidmatan wifi Kerajaan Selangor sedang berjalan dan akan terus berjalan sehingga visi “ you are connected in Selangor” direalisasikan. Penawaran capaian wifi samada percuma atau berbayar terus giat dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri samada melalui pembiayaan kerajaan atau kerjasama strategik dengan pihak swasta melalui pelbagai program seperti Hywin, SPINS dan Selangor Wifi.

b)    Kawasan yang terpilih di dalam cadangan awal adalah sebanyak 2460 lokasi dan ianya akan dinilai dari masa ke semasa untuk memberikan impak yang maksima kepada rakyat Selangor keseluruhannya.

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: