Skip to content

Women paint PJ purple demanding clean governance

March 18, 2012
Gelombang unggu tuntut kerajaan bebas rasuah
Zulaikha Zulkifli
4:19PM Mac 18, 2012 Malaysiakini.com

Jalan-jalan sekitar Petaling Jaya, Selangor hari ini menyaksikan gelombang ungu apabila kira-kira 4,000 sebahagian besar mereka wanita berarak dari dua lokasi berbeza dalam usaha  menuntut untuk kerajaan bebas rasuah dan bersih tadbir urus yang bersih.

women's day rally 180312Sambil berpakaian ungu dan sarung tangan putih, mereka berkumpul di dua tempat berasingan – tasik Taman Jaya dan Masjid Tun Abdul Aziz di Seksyen 14 pada jam 2 petang tadi, meskipun hujan gerimis.

Dengan melaungkan slogan seperti “Hidup, Hidup, Hidup wanita” dan “Tolak, tolak, tolak rasuah” mereka juga membawa sepanduk, kain rentang dan poster yang bertemakan anti rasuah dan anti diskriminasi terhadap wanita.

Mereka kemudiannya membanjiri Padang Astaka, Petaling Jaya bagi menghadiri Himpunan Wanita Suara Perubahan.

Himpunan yang bermula pada pukul 3.15 itu dihadiri oleh pimpinan Pakatan Rakyat. Antara mereka, exco kanan kerajaan negeri Selangor, Teresa Kok, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dan Ketua Muslimat PAS, Siti Zailah Yusuf.

superwomen rally 180312 15Selain pimpinan Pakatan, turut mencuri tumpuan pada perhimpunan itu ialah 20 orang wakil Jaringan Kampung Orang Asli Semenanjung.

Ketika berarak, peserta melaungkan ‘Wanita mahukan perubahan’, ‘Hentikan rasuah’ sambil membawa sepanduk seperti ‘Keganasan terhadap wanita siapa peduli’ dan ‘Negara maju kami miskin’.

Himpunan anjuran gabungan 15 NGO ini juga turut diserikan lagi dengan acara tarian oleh jawatankuasa Wanita Suara Perubahan dan paluan gendang daripada kumpulan KL Street Drummers.

Selain itu, exco kebajikan, hal ehwal wanita, sains teknologi dan inovasi, Rodziah Ismail ketika berucap menyeru agar perubahan pentadbiran dilakukan bukan sahaja di Selangor malah di seluruh Malaysia.

Tukar kerajaan

Sambil mendapat sokongan gemuruh, Rodziah juga berkata, semua wanita perlu bekerja kuat dan turun padang bagi memastikan kerajaan akan datang adalah sebuah kerajaan yang bersih.

superwomen rally 180312 nurul“Kita perlu lakukan perubahan dengan memastikan kerajaan yang bersih. Kita juga perlu bersihkan BN.

“Sebagai wanita bukan sahaja perlu pastikan perubahan ini boleh dilakukan tetapi berjanji akan pastikan kerajaan juga ditukar,” katanya yang juga merupakan ADUN Batu Tiga.

Bagi wakil masyarakat kaum Orang Asli, Fatimah Bahsin pula  berkata, beliau mahu kerajaan memberi jaminan akan melindung hak tanah adat mereka dan tidak menindas wanita Orang Asli.

Fatimah berkata, penindasan terhadap wanita Orang Asli perlu dihentikan kerana jelasnya, golongan itu juga mampu melaksanakan kerja mereka dengan bagus.

womans day rally“Jangan singkirkan Orang Asli. Wanita Orang Asli sebelum ini dibuli kerana tidak berpendidikan. Kita juga mampu buat kerja bagus dan kami minta beri gaji berpatutan kepada kami.

“Kerajaan juga perlu bagi tanah kepada kami kerana itulah mata pencarian Orang Asli,” katanya sambil mendapat tepukan daripada peserta himpunan.

Sementara itu, Jawatankuasa Wanita Suara Perubahan, Adriene Leong berkata, himpunan hari ini berjaya mencapai sasaran, Malah, katanya, beliau tidak menyangka peserta yang hadir akan mencecah ribuan orang.

Keluar mengundi

Menurut Adriene yang juga merupakan ahli Empower, matlamat utama himpunan ini adalah bagi menuntut kerajaan yang bersih tidak kira dari parti mana yang bakal memimpin negara.

superwomen rally 180312 13“Kita juga sebenarnya menjemput semua ADUN dan ahli parlimen untuk hadir pada himpunan hari ini. Sesiapa pun sebenarnya boleh hadir tidak hanya sebelah pihak sahaja.

“Dan kita bukan mahu ubah kerajaan tetapi tidak kira siapa yang menjadi kerajaan, mereka perlu bersih,” katanya.

Menurut Adriene lagi, himpunan ini juga merupakan antara cara bagi menggesa wanita supaya keluar mengundi pada pilihan raya umum serta menjadikan isu wanita sebagai isu negara.

“Tidak kira dari parti mana, isu wanita perlu diletakkan sebagai isu negara dan kemungkinan juga, pada Hari Wanita tahun hadapan, kita akan buat lagi himpunan seperti ini,” ujarnya.

Leven Woon
3:48PM Mar 18, 2012 Malaysiakini.com

The streets of Petaling Jaya, Selangor today was hit by a wave of purple as an estimated 4,000 mostly women marched from two locations to demand for clean governance.

women's day rally 180312Wearing purple shirts and white gloves, the crowd gathered at two separate meeting points – Taman Jaya lake and Section 14’s Masjid Tun Abdul Aziz at around 2pm amidst a light drizzle.

They shouted slogans like “Hidup, hidup, hidup wanita; tolak, tolak, tolak, tolak rasuah” (Long live women, reject corruption), and held placards against corruption and women discrimination.

The rally was organised by Wanita Suara Perubahan (Wanitasupermy), a coalition of 15 NGOs, to voice their six-point demand and also to celebrate the recent International Women Day on Mar 8.

superwomen rally 180312 15At about a quarter to 3pm, the protesters began their march to Padang Astaka from the two locations, to the curious gaze of oncoming motorists while the traffic police stood idly by.

The police estimated the crowd size to be 1,800.

The protestors arrived at the destination, which was decorated with purple balloons, to the loud beat of drums and the organiser on the stage greeting them, “Welcome, ladies!”

In her address, Empower Malaysia’s programme officer Janna Arumugam urged the women to make a change in the upcoming general election.

“We have already gotten too bored with the (political rhetoric), we want (the politicians) to listen to us immediately.

“We want a better standard of living and we don’t want taxpayers’ money to be wasted on cows, corruptions and (diamond) rings!” she sneered, poking fun at a series of recent scandals afflicting BN leaders and their kin.

Stop calling us ‘lain-lain’

superwomen rally 180312 13Also joining the rally were some 20 members of Peninsular Aborigines Villages Network, whose representative Fatimah Bahsin told the protesters in her speech how Malaysian Orang Asli women are being marginalised.

“We are marginalised because many of the Orang Asli women are not well educated.

“But we can do a better job if compared with many educated women,” she told a cheering crowd.

Fatimah also urged the government to endorse the Orang Asli’s native customary land so that they can earn a living, and to officially recognise their ethnicity as ‘Orang Asli’.

“We don’t want to be called ‘lain-lain’ (others) any more!” she said.

superwomen rally 180312 teoh lee lanIn a press conference later, Wanitasupermy spokesperson Adrienne Leong said women will bear the brunt of widespread corruption as they are already in a disadvantaged position in areas such as education, job prospects and healthcare.

“If (government officers) abuse their power, the funds cannot be channelled to the right places. Women will then suffer the most.

“Take a vivid example: today many women fear to walk out in the streets because the crime rate is high. If the government allocations could be used properly, public safety could be ensured and street crime would go down,” she said.

‘Selangor gov’t facilitated rally’

Meanwhile, a number of Pakatan representatives, such as Seputeh MP Teresa Kok, Batu MP Tian Chua, Lembah Pantai MP Nurul Izzah Anwar, Puchong MP Gobind Singh Deo, Pandamaran assemblyperson Ronnie Liu and Batu Tiga rep Rodziah Ismail also attended the rally.

women's day rally 180312Rodziah, when delivering her speech on stage on behalf of the Pakatan leaders, told the protesters that the rally in Padang Astaka was made possible only because of the Selangor government.

The Selangor exco said the government has made positive changes so desired by the people.

“In the next general election we also need to change, but only to change the BN regime,” she said in a politically-charged speech.

The organisers concluded the rally by engaging the protesters to dance to the popular Bollywood song, Jai Ho, which they said represents hopes and dreams.

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: