Skip to content

Wanita Berdaya, Membina Negara

March 8, 2012

Kenyataan Media

8 Mac 2011

Pengerusi Jawatankuasa Tetap

Hal Ehwal Wanita Negeri Selangor,

Y.B. Rodziah Ismail

 

Menghubungjalin Wanita, Mensinergi Tindakan, Membina Negara

Segala sesuatu itu akan berubah wajah dengan sentuhan wanita berdaya, wanita berwawasaan. Kebersamaan wanita berwawasan dalam segala sesuatu akan menatijahkan kesan dan pengaruh yang mendalam ke atas individu, masyarakat dan negara.   Gabungan wanita berwawasan akan menjamin kemajuan dan kemakmuran, memelihara hak dan keselamatan, kehidupan yang berkualiti serta menentang segala yang buruk dan menzalimi insan.

Wanita Berdaya, Membina Negara.

Justru dari setiap penjuru dan perspektif, status wanita akan menjadi kayu ukur atau KPI kepada perancangan dan perlaksanaan pelan-pelan tindakan dalam berbagai bidang, di berbagai peringkat.

Untuk mencapai ke tahap yang dikehendaki, wanita perlu komited berkongsi wawasan dan misi agar gabungan dan suara wanita itu menjadi suatu fenomena dan pengaruh yang tidak boleh tidak diambilkira oleh mana-mana pihak sekalipun.

Gambaran itu diungkapkan dalam tema Hari Wanita Sedunia 2012 peringkat negeri Selangor kali ini, Menghubungjalin Wanita, Mensinergi Tindakan, Membina Negara.

Jaringan wanita boleh merapatkan jurang kefahaman – di antara para aktivis dan rakyat jelata – menerusi proses sosialisasi mengenai dasar dan isu-isu yang mengesani kehidupan wanita secara langsung atau tidak langsung.   Lebih hebat lagi ialah apabila hubungjalin wanita itu akan  menghasilkan penerokaan ke ufuk-ufuk baru yang mencipta inovasi dan sekaligus membina keyakinan dan jatidiri wanita.

Wanita proaktif  menjadi aset negara  dan golongan yang mampu membawa sebarang perubahan ke arah penambahbaikan yang sedia baik dan penghapusan sebarang bentuk kelemahan dan penyelewengan.   Lanskap, warna-warni  sosio-ekonomi dan politik negara boleh menjadi berbeza dengan sentuhan wanita berdaya, proaktif dan berwawasan.

Kini, wanita perlu mengoptimumkan langkah seiring dan berperanan dengan lebih sepakat dan tersusun bagi merealitikan keadilan dan kesaksamaan itu dinikmati oleh seluruh  rakyat jelata, khusunya di negeri Selangor ini.

Selamat menyambut Hari Wanita Sedunia 2012

 

Menghubungjalin Wanita, Mensinergi Tindakan, Membina Negara

Wanita Berdaya, Membina Negara.

 

YB Puan Rodziah Ismail

Pengerusi Jawatankuasa Tetap

Hal Ehwal Wanita Negeri Selangor.

Merangkap ADUN BATU TIGA & Timbalan Ketua Wanita Keadilan.

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: