Skip to content

Fuziah Salleh membahas isu berkaitan Lynas di Parlimen 14 November 2011

December 4, 2011

FUZIAH SALLEH BAHAS di PARLIMEN 14 NOV 2011 berkaitan Lynas

Fuziah Salleh

Ahli Parlimen Kuantan,Fuziah Salleh, yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat

(Kira-Kira Jam 7.45 malam 14 November 2011 – Rozaini)

Perbahasan di peringkat Jawatankuasa Parlimen mengenai Bajet 2012
YB Fuziah Salleh telah berjaya memohon ruang untuk membahaskan isu berkaitan Lynas.

Ia sesuatu yang menarik dan suatu pencapaian yang baik, kerana lazimnya segala permintaan seumpama itu dari pihak pembangkang akan di tolak oleh Pengerusi (Speaker/Timbalan Speaker Dewan Rakyat). Rakan-rakan beliau dari Pakatan Rakyat telah turut membantu dalam menjayakannya.   Syabas juga kepada Pengerusi kerana telah membenarkan suara rakyat Kuantan, dan juga sebahagian rakayat Malaysia yang lain didengari dan diutarakan di Parlimen Malaysia menerusi wakil mereka, YB Fuziah Salleh.

Perbahasan telah berlangsung selama hampir 2 jam.

 

http://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-14112011.pdf

Maksud B.30 [Jadual] –

Maksud P.30 [Anggaran Pembangunan 2012] –

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar]: Kepala Bekalan B.30 dan

Kepala Pembangunan P.30 di bawah Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi terbuka untuk

dibahas.

Puan Fuziah Salleh [Kuantan]: Peraturan Mesyuarat 66(9) Tuan Pengerusi. Saya telah

menghantar usul 66(9) untuk memotong gaji dua hari sebelum, mengikut Peraturan Mesyuarat

66(9). Akan tetapi Tuan Pengerusi telah menolak usul tersebut di atas alasan bahawa saya telah

pun membawa isu ini sebelum ini. Tuan Pengerusi, sebenarnya usul potong gaji tidak pernah saya

bawa. Mungkin isu ini pernah dibahaskan tetapi usul potong gaji tidak pernah dibawa. Saya with

due respect Tuan Pengerusi, saya memohon penjelasan berkenaan dengan perkara ini. Ini kerana

mungkin Tuan Pengerusi pada saya ini adalah satu keputusan yang silap kerana saya tidak pernah

membawa usul potong gaji. Tuan Pengerusi, saya juga pohon penjelasan di bawah peraturan

mesyuarat mana yang digunakan untuk menolak usul 66(9) ini. Terima kasih.

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa]

DR 14.11.2011

142

Tuan M. Kulasegaran [Ipoh Barat]: Untuk menyokong pandangan Yang Berhormat

Kuantan.

Tuan Pengerusi: Terima kasih.

Tuan M. Kulasegaran [Ipoh Barat]: Yang Berhormat, adakah Tuan pengerusi hendak

dengar apa yang hendak dikata atau saya memberitahu pandangan saya selepas Tuan Pengerusi

menjawab kepada…

Tuan Pengerusi: Yang Berhormat menyokong kepada usul supaya saya mengubah

fikiran bukan begitu? Jadi kalau begitu lebih baik saya dengar Yang Berhormat kerana Yang

Berhormat berdiri atas point of order. Kalau benda yang atas point of order, point of order mana?

Highlight.

Tuan M. Kulasegaran [Ipoh Barat]: Peraturan Mesyuarat 66(9).

Tuan Pengerusi: Okey. Sila.

Tuan M. Kulasegaran [Ipoh Barat]: Tuan Pengerusi, pada pengetahuan saya Tuan

Pengerusi, saya telah membawa pemotongan gaji bukan sekali tetapi banyak kali dan dalam

konvensi Parlimen dan juga dari Erskine May dan sebagainya. Pada pengetahuan saya, pada

asasnya kita hanya perlu memberi notis kepada Tuan Pengerusi mengatakan bahawa satu proses

pemotongan gaji dibuat. Itu sahaja diperlukan. Ia tidak perlu apa-apa asas, tidak perlu apa-apa

faktor dan fakta-fakta tidak perlu disenaraikan ataupun diberitahu sebab-sebab kenapa

pemotongan gaji. The element to surprise pada hari itu adalah ia dinotis perlu diberi 48 jam

sebelum permulaan perbahasan dan pihak yang membawa ini dibenarkan membawa hujah-hujah

yang kukuh dan membawa sokongan untuk memotong gaji tersebut. Akan tetapi saya hairan saya

telah membaca surat dari Tuan Pengerusi dan saya harap ini adalah satu precedent yang sangat

menghairankan dan membawa satu konvensi against all known traditions, membawa satu

pendirian saya rasa yang tidak proper. Saya harap Tuan Pengerusi akan fikirkan perkara

tersebut…

Tuan Pengerusi: Terima kasih.

Tuan M. Kulasegaran [Ipoh Barat]: …Dan membuat satu keputusan yang bijaksana.

Tuan Pengerusi: Terima kasih. Terima kasih Yang Berhormat Kuantan dan Yang

Berhormat Ipoh Barat. Seperti mana yang Ahli-ahli Yang Berhormat sedia maklum bahawa

sebelum saya mengambil sebarang keputusan berhubung dengan peraturan mesyuarat, saya

mengambil kira semua fakta-fakta, membaca semua authority yang terdapat di luar sana untuk

membantu saya membuat keputusan. Ini kerana ialah sebarang keputusan yang saya buat saya

tahu, akan juga diketahui oleh orang ramai. Saya tahu bahawa keputusan yang saya buat di

bawah Peraturan Mesyuarat 43 apa pun yang diminta untuk Ahli Yang Berhormat supaya saya kaji

balik tidak boleh saya buat. Sebab itu apabila saya buat, fatwa dalam sebarang apa peraturan

mesyuarat saya timbang terlebih dahulu.

DR 14.11.2011

143

Ahli Yang Berhormat, saya tahu bahawa sebelum ini pada kebiasaannya apabila ada usul

66(9) yang dibawa oleh Ahli-ahli Yang Berhormat memotong gaji Menteri cuma memerlukan dua

hari. Akan tetapi apabila saya menimbang kembali dan menyorot kepada precedent-precedent

yang lalu dan membaca authority-authority dalam mana-mana Parlimen termasuk menyuruh

pegawai saya untuk membuat penyelidikan. Beritahu saya mana authority dalam mana Parlimen

dalam negara Komanwel atau pun Parlimen-Parlimen yang mengamalkan sistem demokrasi atau

pun bukan demokrasi seperti Malaysia yang membawa usul di bawah peraturan mesyuarat mereka

ataupun mirip-mirip kepada peraturan mesyuarat mereka bahawa gaji Menteri dipotong. Selepas

itu alasan yang diberi adalah alasan-alasan yang telah juga dihujahkan sewaktu peringkat dasar.

Tidak ada.

Ahli Yang Berhormat Ipoh Barat telah mengatakan bahawa telah terserempak dalam

Erskine May. Ahli Yang Berhormat, kalau ada authority-authority yang jelas bawa kepada saya

esok kah, lusa kah, mana-mana saya akan baca dan saya boleh ubah fikiran. Sementara itu Ahli

Yang Berhormat, saya merujuk kepada authority yang saya dapat. Simple one, How Parliament

works: House of Commons. Latest edition, sixth edition. Di sini terpapar dan tertulis bahawa

walaupun perbezaan ada di antara Malaysian Parliament dan House of Commons iaitu apabila

menimbang budget financial bill yang rumit-rumit dihantar kepada standing committee dan yang

tidak didiscuss dalam Committee of the House seperti sekarang dan usul-usul menurut peraturan

mesyuarat mereka ialah banyak yang masuk tetapi ada process of weighing, usul-usul yang

bertentangan dengan apa yang dibahaskan bertentangan dan spirit to peraturan mesyuarat

disingkirkan.

Antara lain yang saya terbaca Yang Berhormat, itu lebih out of order kalau umpamanya

ada usul yang dibawa yang contribute dengan decision yang telah dibuat oleh Ahli-ahli Yang

Berhormat pada second reading. Bermakna dalam soal ini kita sekarang dalam Jawatankuasa.

Apa yang saya sebut kepada Ahli Yang Berhormat Kuantan bahawa saya kata isu ini telah

dibangkitkan.

Saya tidak bermaksud bahawa beliau, Ahli Yang Berhormat berkenaan ada membawa

usul untuk potong gaji kerana Yang Berhormat tadi ada menulis memo kepada saya dia minta

penjelasan. Jadi saya orang yang paling receptive, responsive. Jadi saya jawablah dalam dua

lembar. Akan tetapi saya tidak sebut di situ bahawa perkara ini dibangkitkan dalam usul. Tiada.

Apa yang saya cuma katakan bahawa perkara ini pernah dibangkitkan berulang kali dan satu

daripadanya saya yang mempengerusikan dan yang menjawab adalah Yang Berhormat Timbalan

Menteri MOSTI.

_1950

Jadi apabila saya tulis kepada Yang Berhormat, beri saya alasan-alasan untuk saya

menimbangkan sama ada saya membenarkan atau tidak, alasan yang diberi kepada saya adalah

DR 14.11.2011

144

seperti alasan yang telah di hujah dan saya percaya akan juga dibalas dengan jawapan yang

sama.

Jadi Ahli Yang Berhormat, bagi saya, berbalik kepada soal tadi, satu lagi yang dia kata

perlu ditolak ialah if the usul tendered is in the spirit of mockery, now you tell me what is this spirit

of mockery? Spirit of mockery dalam pengertian saya ialah if you ask usul, potong gaji Menteri

dengan alasan yang sama yang telah hujah sewaktu peringkat dasar.

Selepas itu Yang Berhormat saya menarik perhatian Ahli Yang Berhormat di bawah

Peraturan Mesyuarat 57(4)(b), now you turn to English version. English version kata bahawa Yang

di-Pertua boleh menolak atau Yang di-Pertua boleh tidak menyampaikan kepada Majlis kalau

sekiranya Yang di-Pertua memikirkan bahawa perkara yang dibawa itu adalah frivolous, dalam

translasi dalam bahasa Melayu dia kata sia-sia.

Jadi apabila saya menimbang ini, adalah mensia-siakan masa, membangkitkan satu isu

yang telah dijawab beberapa kali, dalam peringkat dasar dan dijawab balik dalam peringkat

Jawatankuasa. Bagi saya, apabila Yang Berhormat Kuantan membawa isu ini beberapa kali, saya

berpendirian bahawa Ahli Yang Berhormat berkenaan telah menjalankan tugas yang seboleh

mungkin yang dibenarkan peraturan mesyuarat, kerana semua itu akan termasuk dalam Hansard.

Kalau jawapan-jawapan daripada kementerian yang berkenaan tidak memenuhi selera, bukankah

itu menjadi tatapan dan bahan bacaan rakyat di luar sana. Mereka boleh menilai daripada itu.

Satu lagi Yang Berhormat Kuantan dan Yang Berhormat Ipoh Barat, isu ini tidak selesai

lagi kerana ada lagi langkah-langkah politik yang dibuat di luar Dewan seperti picketing, membawa

sepanduk dan sebagainya. Kerajaan juga boleh memikirkan ini, segala isu juga mereka fikirkan,

jadi tugas saya ialah sebagai Yang di-Pertua, walaupun dalam keadaan tersepit kadang-kadang,

terpaksa juga membuat keputusan dan keputusan saya sememangnya tidak diterima oleh semua.

Akan tetapi pada mula saya memegang jawatan ini, saya ikhlas, saya serius, saya tidak boleh

digertak, saya letak semua jawatan dalam mana-mana parti politik, itu yang sudah saya tunjukkan

keikhlasan saya.

Akan tetapi apabila Ahli-ahli Yang Berhormat sendiri mahu membuat reformasi dan

reformasi itu tidak berkenan dengan selera masing-masing, di situlah saya dan Timbalan-timbalan

saya terkena. Itu sebab saya kenapa saya tolak. Walaupun demikian apabila saya jawab nota

daripada Yang Berhormat Kuantan, saya kata walau bagaimanapun kalau Yang Berhormat juga

tidak berpuas hati dengan penjelasan saya dalam memo, Yang Berhormat boleh berdiri dan tanya

kepada Menteri berkenaan, apa persoalan-persoalan yang perlu dibangkitkan.

Saya percaya Menteri akan menjawab dan membuat reaksi kerana dia Menteri yang

bertanggungjawab selain daripada apa yang dijawab oleh Timbalan Menteri. Apabila itu sudah

dijawab, saya yakin dan percaya Yang Berhormat Kuantan tidak lagi puas hati kerana kepuasan

Yang Berhormat Kuantan adalah untuk kerajaan memberi jaminan seperti Yang Berhormat buat

tadi, minta Menteri yang berkenaan memberi jaminan kalau sekiranya banjir mahu juga letak

DR 14.11.2011

145

jawatan. Jadi kalau itu yang memuaskan hati Yang Berhormat Kuantan, saya memikirkan bahawa

Menteri mesti beri jaminan bahawa projek ini tidak boleh dibuat kerana ianya mendaruratkan, ianya

membinasakan, ianya tidak boleh. Saya rasa Menteri tidak akan buat begitu. Jadi semua ini saya

ambil kira, maka Peraturan Mesyuarat 57(4)(b) dalam fikiran saya berkenaan, frivolous, sia-sia and

apabila itu dikemukakan, ia mempunyai ciri-ciri it was tendered in the spirit of mockery.

Ahli Yang Berhormat, bukan sahaja dari Menteri, seorang Ahli Yang Berhormat daripada

Kuching mengemukakan usul di bawah ini untuk mengurangkan gaji OCPD di dalam satu

kawasan, dengan alasan traffic jammed. Jadi saya mempertahankan imej Parlimen, kalau boleh

segalah hujah dihujahkan itu adalah bernas. Biarlah Speaker ini tidak bernas hujahnya, kadangkadang

pakai loghat Sabah, tidak apalah. Akan tetapi Ahli-ahli Yang Berhormat apabila berhujah

dengan penuh hemah, apabila orang mendengar daripada luar, benar begitu. Budaya Parlimen ini

setiap berhujah melempar kasut, maki hamun, mana-mana Parlimen pun tidak juga buat begini

hanya satu, dua. Kalau begitu cara, bagus lagi mesyuarat JKKK di kampung.

Jadi itu respons saya kepada Yang Berhormat, pun demikian saya tidak menutup ruang

untuk Peraturan Mesyuarat 66(9) sama sekali tidak membenarkan esok ataupun selepas itu

kerana Ahli-ahli Yang Berhormat, sedia maklum bahawa usul di bawah Peraturan Mesyuarat 66(9)

juga dibuat menolak gaji Yang Berhormat Pekan, saya benarkan kerana kementerian yang

berkenaan mahu jawab dan isu yang dibangkitkan itu juga walaupun pada pendapat saya

terlampau luas dan lebar, saya benarkan. Kenapa? Kenapa bila saya tidak membenarkan itu, saya

akan dituduh bahawa “Oh, ditolak sewenang-wenang kerana ini adalah Perdana Menteri, itu

Speaker takut kepada Eksekutif”. Itu tuduhan tidak lain daripada itu, tetapi sebelum saya berhenti,

satu persoalan yang sekarang ini sedang berputar, bermain-main di dalam kepala saya, apa

kiranya kalau seorang backbenchers daripada pihak kerajaan, buat usul di bawah Peraturan

Mesyuarat 66(9), minta supaya ada di antara Ahli Yang Berhormat ini elaunnya diturunkan.

Haruskah saya terima? Kalau umpamanya, this is a ‘hard pass rule’ bahawa setiap usul di

bawah Peraturan Mesyuarat 66(9) terima, maka saya terima. Maka apabila dibahas nanti, kalau

pihak kerajaan juga berkeras mengundi, maka jadilah ia satu kenyataan bahawa Peraturan

Mesyuarat 66(9) it is not peraturan mesyuarat yang boleh digalakkan untuk digunakan sewenangwenangnya.

Walaupun ada yang mengatakan kepada saya “Tan Sri Speaker, kerajaan tidak akan

buat itu because itu democracy but deligate”, this is what I want to stop if the spirit this tendency of

mockery out of the procedure, I want to stop it. My decision is final kerana Peraturan Mesyuarat 43

mengatakan bahawa, apa pun keputusan Speaker adalah muktamad. Terima kasih.

Puan Fuziah Salleh [Kuantan]: Tuan Yang di-Pertua, saya bukan berniat untuk tidak

menerima, tetapi Tuan Yang di-Pertua saya tidak ada niat langsung untuk mockery dalam isu ini

dan itu membaca niat yang salah di sudut hati. Sebenarnya ada lagi pointpoint dari dalam kepala,

heading yang saya beri kepada Tuan Yang di-Pertua, ada point yang saya belum cakap dalam

Dewan.

DR 14.11.2011

146

Tuan Pengerusi: Ahli Yang Berhormat…

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron [Tangga Batu]: Yang Berhormat Kuantan ini,

dia tidak faham.

Tuan Pengerusi: Saya faham Yang Berhormat, Ahli Yang Berhormat yang lain duduk

dahulu, saya faham. Itu sebab Yang Berhormat, saya katakan walau bagaimanapun, saya

benarkan Yang Berhormat untuk berdiri minta penjelasan daripada Menteri yang berkenaan kalau

ada lagi point-point sebelum ini dapat dihujah. Itu sebab saya kata saya buka. Saya tidak ada

hak... tetapi kalau dalam Peraturan Mesyuarat 66(9), then we go to bahas, mesti disokong, lepas

itu ada pula belah bahagi atau tiada so that is what I want because at the end of the day, we will go

to that, sama jawapan, sama hujah, lebih kurang serupa, itu sebabnya.

Jadi Yang Berhormat Kuantan, saya benarkan kalau nanti ada perkara-perkara yang rasa

diperlukan, yang belum di hujah sebelum ini. Menteri saya rasa akan menjawab.

Puan Fong Po Kuan [Batu Gajah] Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Batu Gajah sini,

Peraturan Mesyuarat 66(9), penjelasan Yang Berhormat Tuan Pengerusi, maaf ya Tuan

Pengerusi, we respect Tuan Pengerusi atas penjelasan yang diberi, tetapi saya rasa dalam

Peraturan Mesyuarat 66(9) ini, tiada ruangan budi bicara yang diberi kepada Tuan Pengerusi untuk

menentukan sama ada usul itu diterima tidak diterima sebab sangat jelas Peraturan Mesyuarat

66(9) adalah notis dua hari, dengan izinnya Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi telah menggunakan Peraturan Mesyuarat 57(4), saya rasa itu Peraturan

Mesyuarat 57 adalah untuk rang undang-undang biasa, yang Peraturan Mesyuarat 66(9) adalah

untuk Rang Undang-undang Perbekalan Tuan Pengerusi, dengan izinnya.

_2000

Selepas itu, selagi peraturan mesyuarat ini tidak dipinda 66(9), selagi itulah yang dipakai

Tuan Pengerusi. Saya pohonlah Tuan Pengerusi, saya sangat risau apabila kalau ada kementerian

yang telah gagal menjalankan tugasnya kita tidak boleh menggunakan peraturan ini…

Tuan Pengerusi: Yang Berhormat, terima kasih. Saya faham.

Puan Fong Po Kuan [Batu Gajah]: …Dan harus bergantung kepada sama ada

kementerian…

Tuan Pengerusi: Saya faham. Saya faham Yang Berhormat.

Puan Fong Po Kuan [Batu Gajah]: …Mahu jawab atau tidak mahu jawab Tuan

Pengerusi.

Tuan Pengerusi: Saya faham.

Puan Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi: Saya faham. Saya faham. Saya amat faham. Akan tetapi, respond saya

kepada hujah Yang Berhormat ialah saya mengakui awal-awal bahawa walaupun Peraturan

Mesyuarat 57(4)(b) itu tidak secara direct, saya kata semangat dia ada, spirit is the same. Begitu

juga apa yang dalam buku ini nanti reference saya beri. Kalau ada umpamanya usul yang tendered

DR 14.11.2011

147

in the spirit of mockery, we don’t allow. Jadi, saya setuju apa yang dihujah tetapi kalau saya tanya

kepada Yang Berhormat, adakah dengan tidak membenarkan 66(9) ini, Ahli Yang Berhormat tidak

boleh menimbulkan apa yang Ahli Yang Berhormat harus timbulkan di bawah 66(9) kerana hujah

Yang Berhormat Batu pada ketika saya membenarkan usul beliau untuk memotong gaji Yang

Berhormat Pekan, semua dalam butiran itu telah pun dirujuk. APCO, Altantuya semua ada.

Jadi, bermakna dalam soal demokrasi Ahli Yang Berhormat, kalau umpamanya saya tidak

membenarkan 66(9) dan akibatnya ialah menutup semua ruang untuk menghujah apa yang perlu

dihujah, barangkali ada asas alasan-alasan Yang Berhormat. Akan tetapi, saya katakan bahawa

saya tidak ada ‘hard pass rules’ kerana saya timbang. Dalam peraturan mesyuarat ini pun ia

mengatakan bahawa dia cuma kata 66(9) seseorang Ahli Yang Berhormat boleh minta buat

pindaan dan kepada satu kepala di bawah usul. Dia tidak sebut bahawa gaji Menteri. Saya

sekarang masih menunggu lagi Yang Berhormat Ipoh Barat. Mana tahu research officer saya tidak

begitu bijaksana ataupun I have not found it, I did it already, bring me an authority to that respect

dan I’m still open kerana saya sudah bawa authority. Jadi, Yang Berhormat itu penjelasan saya di

bawah Peraturan Mesyuarat 43, saya tidak boleh tarik balik jadi jangan lagi berbahas dengan saya

Ahli-ahli Yang Berhormat kerana kita akan menghabiskan masa. Tolong.

Dr. Mohd Hatta Md. Ramli [Kuala Krai]: Minta penjelasan Tuan Pengerusi.

Tuan M. Kulasegaran [Ipoh Barat]: Sebenarnya saya telah pergi ke perpustakaan tetapi

sayangnya dia tutup pukul enam. I went there to do research. I don’t know why the library is close.

We can be here until 10.30. Sebenarnya…

Tuan Pengerusi: I’m still open. Tomorrow. Day after tomorrow.

Tuan M. Kulasegaran [Ipoh Barat]: Tuan Pengerusi, Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi: Bring me.

Tuan M. Kulasegaran [Ipoh Barat]: Tuan Pengerusi is open. Tuan Pengerusi heart is

open but the library is not open. It should be there open at 10.30 seperti biasa.

Seorang Ahli: [Ketawa]

Tuan Pengerusi: Okey.

Dr. Mohd Hatta Md. Ramli [Kuala Krai]: Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi: Yang Berhormat .

Dr. Mohd Hatta Md. Ramli [Kuala Krai]: Bagi pandangan.

Tuan Pengerusi: Beri perhatian kepada apa yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat, pasal

Yang Berhormat mereka ini pun seperti yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Kinabatangan.

Pegawai-pegawai yang lain mereka bertugas dengan ada masa. Kita sahaja yang bertugas lebih

masa.

Tuan M. Kulasegaran [Ipoh Barat]: Tuan Pengerusi. All these years Tuan Pengerusi, all

these years in the last how many years library dibuka sehingga habis Parlimen bersidang kerana

DR 14.11.2011

148

kita perlu pergi. Saya pergi. Selepas saya hendak pergi baca Erskin May so that I can take out on

the issue.

Tuan Pengerusi: Sila.

Dr. Mohd Hatta Md. Ramli [Kuala Krai]: Tuan Pengerusi. Tuan Pengerusi menggunakan

pandangan dalam buku yang terkini the spirit of mockery tadi. Saya rasa dengan izin it is a bit

harsh kalau kita hendak mengklasifikasikan usul daripada Yang Berhormat Kuantan itu dengan

mempunyai spirit of mockery, suatu yang agaknya mendahului daripada hajat yang hendak

dibentangkan. Saya rasa kalau kita membentangkan dan berbahas jadi tidaklah kita boleh

mengatakan ianya mockery kemungkinannya kerana mockery ini satu perkara yang mempermainmainkan,

rasanya suatu yang berat untuk kita terima. Lagipun Dewan ini sentiasa menerima usulusul

potong gaji ini ya dan kita bahaskan dalam Dewan. Kalau Tuan Pengerusi kata kalau pihak

sebelah sana pula mengusulkan potong gaji di pihak-pihak sebelah sini… [Dewan riuh] Saya rasa

bukan setakat potong gaji Tuan Pengerusi. Gantung tidak bergaji pun pernah berlaku. Bukan

setakat potong gaji, gantung tidak bergaji.

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron [Tangga Batu]: Tuan Pengerusi.

Dr. Mohd Hatta Md. Ramli [Kuala Krai]: Yang Berhormat Maran belum kena lagi. Kalau

Yang Berhormat Maran kena, baru tahu.

Tuan Pengerusi: Terima kasih, terima kasih. Ya, Yang Berhormat Tangga Batu.

Penghabisan Yang Berhormat Tangga Batu selepas itu saya akan jemput seorang untuk

memulakan perbahasan. Sila.

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron [Tangga Batu]: Saya juga hendak memulakan

perbahasan Tuan Pengerusi. Apa yang disebut oleh Tuan Pengerusi tadi saya merasakan ia

merupakan satu cabaran yang besar. Saya rasa pelik apabila Yang Berhormat Kuala Krai tidak

bersetuju dengan pendapat Tuan Pengerusi sebab saya dengar ucapan Presiden PAS pun yang

mengatakan kalau hendak tahu pasal kelapa sawit, jangan tanya pakar penoreh getah, pakar

getah. Jadi, di sana sebenarnya telah dapat satu ketidaksetujuan di kalangan mereka. Pakar

tentang isu ini pun telah menyebut tentang perkara ini sebenarnya diperbesar-besarkan atas

sebab-sebab politik. Berasaskan kepada emosi. Tuan Pengerusi telah membuat satu keputusan

yang tepat. Cuma pihak ini dia sengaja tidak menerima untuk menunjukkan kepada Dewan ini

kononnya mereka mempunyai asas tentang perkara ini. Dewan ini mana boleh bergerak…

Tuan Pengerusi: Terima kasih, terima kasih.

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron [Tangga Batu]: Mana boleh berhujah…

Tuan Pengerusi: Yang Berhormat, Yang Berhormat.

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron [Tangga Batu]: …Sahaja Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi: Sekarang ini. Sekarang ini.

Dr. Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor]: Ada jawab balasnya begitu.

Tuan Pengerusi: Terima kasih. Sekarang ini kita berbahas Yang Berhormat.

DR 14.11.2011

149

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron [Tangga Batu]: Tuan Pengerusi, bila saya

bercakap dia tidak hendak dengar kerana saya bercakap berasaskan kepada fakta ini saya sebut

ini. Saya ulanglah Presiden PAS kata “Saya hendak menarik perhatian tentang isu Lynas yang

dibangkitkan oleh perwakilan ketika muktamar PAS. Saya minta isu ini dirujuk kepada pakar. Kita

ada pakar nuklear, Dr. Rosli Che Mat, Ahli Parlimen Hulu Langat. Dia mempunyai PhD dalam

bidang nuklear. Dr. Dzulkefly Ahmad, bahagian keracunan. Jangan rujuk pada orang lain. Hendak

tahu pasal kelapa sawit, jangan tanya pakar getah. Sebelum buat keputusan, rujuk pakar.

Tuan Pengerusi: Terima kasih.

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron [Tangga Batu]: Saya tidak mahu mengulas

panjang, saya minta supaya dengar taklimat Dr. Rosli tentang…

Tuan Pengerusi: Terima kasih Yang Berhormat Tangga Batu.

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron [Tangga Batu]: Ya. Betul. Akan tetapi perkara ini

dibawa seolah-olah untuk menakutkan…

Tuan Pengerusi: Yang Berhormat Tangga Batu, terima kasih.

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron [Tangga Batu]: …Rakyat di Kuantan. Yang

kerajaan mempunyai niat yang tidak baik. Ini yang saya katakan…

Tuan Pengerusi: Terima kasih Yang Berhormat Tangga Batu. Yang Berhormat Tangga

Batu, terima kasih.

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron [Tangga Batu]: …Akan tetapi telah membuat

keputusan yang betul.

Tuan Pengerusi: Terima kasih. Yang Berhormat Tangga Batu, terima kasih. Yang

Berhormat, Yang Berhormat Tangga Batu, terima kasih. Duduk Yang Berhormat .

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron [Tangga Batu]: Kena ajar sedikit Yang

Berhormat Kuantan.

Tuan Pengerusi: Yang Berhormat, Yang Berhormat. Itulah tadi mukadimah saya awalawal

saya katakan. Sebelum saya buat keputusan, saya telah mengambil kira fakta-fakta yang

harus saya ambil kira. Tolonglah Ahli-ahli Yang Berhormat. Jangan pandang rendah kepada saya.

Bermakna sebelum saya buat keputusan pun, perkara-perkara sebegitu saya ambil kira dan

semua hujah daripada pihak yang berwajib termasuk Ahli Yang Berhormat yang membuat usul.

Sekarang ini demi untuk demokrasi, berbahas, saya jemput Yang Berhormat Kuantan untuk

mulakan perbahasan. Sila Yang Berhormat tetapi kepada masa yang telah saya tetapkan. Sila.

Yang Berhormat Menteri buka telinga besar-besar supaya jawablah respond supaya Tuan

Pengerusi ini berbahagialah selalu hendaknya. Sila. [Ketawa]

Puan Fuziah Salleh [Kuantan]: Terima kasih. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Dr. Mohd Hatta Md. Ramli [Kuala Krai]: Yang Berhormat Kuantan minta penjelasan.

Puan Fuziah Salleh [Kuantan]: Saya akan berbahas di bawah Perbekalan 30, Kepala 30,

Butiran 040100 iaitu Lembaga Perlesenan Tenaga Atom. Saya ingin membawa perhatian Tuan

DR 14.11.2011

150

Pengerusi berkenaan dengan dua perkara yang utama. Saya bertanya kepada kementerian sama

ada kementerian Menteri sedar atau tidak bahawa Lynas cuba menggunakan piawaian negara

China. Dengan cara itu Lynas cuba mendapat laluan untuk mengatakan bahawa sisa buangan

mereka tidak berbentuk radioaktif, Tuan Pengerusi.

Jawapan daripada pihak kementerian memang merupakan jawapan yang tertera dalam

segala butiran yang ditawarkan oleh Lynas sendiri. Saya ingin membawa perhatian Tuan

Pengerusi kepada satu kertas kerja Lynas yang diserahkan kepada UPEN Terengganu pada tahun

2007. Saya bacakan di sini. Dalam kertas kerja ini, di bawah tajuk Deportment of Radio Activity,

dengan izin Tuan Pengerusi. Di sini dikatakan “The concentrate typically contains 29 part per

million U3O3 and 1,600 part per million Torium Oxide (THo2) which equates to a total radio activity

of 61 becquerel per gram for the two decay change.

_2010

In the cracking separation process the radionuclide mostly report to the leach purification

residue which has a similar mas and radioactivity to the rare earth concentrate. Maksudnya, WLP

solid itu sama mas dan radio aktiviti dengan concentrate tadi iaitu 61 becquerel per gram.

Kemudian dalam kertas kerja ini juga dikatakan for Chinese industry The classification of

radioactive waste is defined in the Chinese standard. Ini kertas kerja daripada Lynas kepada UPEN

Terengganu sebelum dia dibawa ke Pahang – is defined in a Chinese standard GB9133-88 which

specifies that a solid waste with a specific activity of less than 74 Becquerel per gram is classified

as non-radio active solid waste and can therefore be stored in a standard waste solid facility with

impermeable lining. Maksudnya di sini, dengan menggunakan piawaian negara China, Lynas cuba

mengatakan bahawa WLP solid residue mereka tidak berbentuk radioaktif. Oleh sebab itu jawapan

daripada pihak kementerian menyatakan bahawa sisa buangan daripada lamb ialah merupakan

sisa buangan industri yang mengandungi normal occurring radioactive material (NORM) bukan

diklasifikasikan sebagai radioaktif material.

Kemudian saya ingin membawa perhatian Tuan Pengerusi kepada apa yang dikatakan

oleh Ketua Pengarah AELB di mana Ketua Pengarah AELB kata waste ini daripada lamb adalah

selamat. Ini daripada bulan April 2011, dikatakan waste atau sisa daripada lamb adalah selamat

dan boleh ditabur merata-rata. Ketua Pengarah AELB juga mengatakan bahawa standard yang

digunakan oleh Malaysia ialah satu Becquerel per gram sebagai aras maksimum sebelum sisa

buangan itu diklasifikasikan sebagai sisa buangan radioaktif. Kita lihat dalam kertas kerja ini, ia

mengatakan bahawa sisa buangan ini radio aktivitinya ialah 61 Becquerel per gram. Ketua

Pengarah AELB kata one becquerel per gram ialah the limit. Atas daripada itu ialah sisa buangan

radioaktif tetapi Lynas cuba hendak mengelak dan mengatakan mengikut piawaian negara China.

Ketua Pengarah AELB mengatakan bahawa kita guna standard yang ketat. Standard

antarabangsa IEA mengatakan satu becquerel per gram is the limit.

DR 14.11.2011

151

Jadi Tuan Pengerusi, saya hendak tahu apa statusnya dan setiap kali saya bertanya

Menteri atau Timbalan Menteri tidak mahu hendak bercakap atau berkomunikasi dua hala dengan

alasan seksyen 41 daripada Akta 304, Timbalan Menteri di dalam menggulung mengatakan ini

business secret. Saya kata ini bukan business secret sebab ini menyebabkan keselamatan awam

dan recommendation daripada IEA kata mesti berkomunikasi, mesti bagi tahu kepada

stakeholders.

Jadi Tuan Pengerusi, isu ini tidak berjawab. Setiap kali soalan dipersoalkan, jawapanjawapan

yang diberikan oleh pihak kementerian sama ada jawapan bertulis ataupun lisan sentiasa

reproduce dengan izin, apa yang Lynas berikan kepada mereka. Saya cukup kecewa dengan sikap

ini. Kalau saya kata Menteri pun seolah-olah jurucakap Lynas, jangan kecil hati. Sebelum ini

Menteri MITI sudah kecil hati bila saya kata seolah-olah jurucakap Lynas. Akan tetapi kenapa

mesti direproduce apa yang Lynas cakap. Kenapa tidak buat kajian?

Tuan Pengerusi, pihak AELB dan pihak MITI kata Lynas dapat lesen daripada Australia.

Betul Lynas dapat lesen daripada Australia. Lynas mengambil alih Ashton Rare Earth. Australia

ada Freedom of Information Act. Saya ada salinan semua lesen daripada tahun 1992 sehingga

sekarang dan di dalam setiap salinan lesen yang diperbaharui ditambah syarat-syarat yang begitu

ketat. Tuan Pengerusi, sekiranya Lynas mengadakan atau membina loji ini di Australia, ada 41

komitmen yang perlu dipatuhi, yang begitu ketat sekali. Pertama, ianya tidak boleh dibuat di dalam

kawasan yang ada air di bawah tanah, mesti dibuat di padang pasir. Tidak boleh dibina di kawasan

perumahan, dekat dengan orang. Sisa buangan – ini dalam lesen 1992 ya, selepas daripada itu

sentiasa diperketatkan lagi. The regulator di Australia ialah Environmental Protection Agency

(EPA) yang ada kuasa untuk monitor semua. Bukan setakat radiasi luaran sahaja. Jadi Tuan

Pengerusi..

Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron [Tangga Batu]: Minta penjelasan Yang Berhormat.

Puan Fuziah Salleh [Kuantan]: Di dalam lesen ini – saya tidak ada masa.

Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron [Tangga Batu]: Yang Berhormat, boleh saya minta

penjelasan.

Tuan Pengerusi, ini very technical. Saya hendak minta penjelasan. Yang Berhormat

menyebut tentang nadir kawalan bumi dan sebagainya. Saya hendak tanya Australia punya

kawalan berapa? Berapa Becquerel per gram?

Puan Fuziah Salleh [Kuantan]: Yang Berhormat Tangga Batu tidak perlu hendak trap

saya dengan soalan-soalan teknikal begini.

Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron [Tangga Batu]: Saya tanya berapa Becquerel per

gram?

Puan Fuziah Salleh [Kuantan]: Kalau mengikut Australia..

Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron [Tangga Batu]: Bukan hendak trap. Tuan Pengerusi

tengok macam mana pemikiran dia. Saya tanya perkara yang sihat, dia kata saya hendak trap dia.

DR 14.11.2011

152

Puan Fuziah Salleh [Kuantan]: Tuan Pengerusi, saya tahu bahawa Australia – saya ada

semua di sini.

Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron [Tangga Batu]: Ada semua. Berapa? Saya tanya

berapa becquerel per gram?

Puan Fuziah Salleh [Kuantan]: Saya ada semua. Memang satu becquerel per gram

sama seperti IAEA standard.

Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron [Tangga Batu]: Dia tidak sama dengan IAEA

standard. Saya tanya berapa becquerel per gram. Yang Berhormat tidak jawab. Yang Berhormat

tidak tahu!

Puan Fuziah Salleh [Kuantan]: Jepun… Tuan Pengerusi, apa pun..

Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron [Tangga Batu]: Berbahas tanpa asas. Hendak tanya

Menteri. Saya tanya berapa becquerel per gram di Australia.

Puan Fuziah Salleh [Kuantan]: Australia mengatakan bahawa mereka menggunakan

juga IAEA standard.

Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron [Tangga Batu]: Berapa? Tidak payah jawab panjangpanjang.

Berapa becquerelnya. Jawab sahaja. 0, 1, 2, 3, saya duduk. Hendak tengok berapa per

gram.

Dr. Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor]: [Menyampuk]

Puan Fuziah Salleh [Kuantan]: Tuan Pengerusi. Saya..

Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron [Tangga Batu]: Hendak tengok berapa becquerel per

gram. Hendak tengok Yang Berhormat tahu ataupun tidak.

Tuan Pengerusi: Ahli-ahli Yang Berhormat.

Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron [Tangga Batu]: Tentang apa Yang Berhormat

katakan.

Puan Fuziah Salleh [Kuantan]: Tuan Pengerusi, ini berniat jahat.

Tuan Pengerusi: Yang Berhormat Tangga Batu.

Puan Fuziah Salleh [Kuantan]: Ini berniat jahat Tuan Pengerusi.

Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron [Tangga Batu]: Berapa becquerel per gram saya

tanya.

Tuan Pengerusi: Ahli-ahli Yang Berhormat.

Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron [Tangga Batu]: Okey. Satu? Satu becquerel per

gram? Saya minta Parlimen rekodkan jawapan Yang Berhormat. Yang Berhormat yang faham

tentang aktiviti ini yang mengatakan Australia membenarkan satu becquerel per gram. Okey. Ini

Yang Berhormat pembangkang kata satu becquerel per gram. Okey, mark that. Biar nanti Menteri

yang jawab. Biar Menteri yang jawab berapa becquerel per gram? Terima kasih Tuan Pengerusi.

Puan Fuziah Salleh [Kuantan]: Saya kira Yang Berhormat Tangga Batu jangan hendak

menyelewengkan daripada isu yang sebenar.

DR 14.11.2011

153

Tuan Pengerusi: Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat. Itu sebab Yang Berhormat saya

jemput Yang Berhormat Kuantan untuk berhujah. Jangan ganggu dia. Selepas itu biar Menteri

menjawab. Sila, teruskan.

Puan Fuziah Salleh [Kuantan]: Tuan Pengerusi, saya hendak cerita bahawa di sini..

Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron [Tangga Batu]: Tuan Pengerusi, saya hendak minta

nanti Menteri tolong jawab berapa becquerel per kilogram atau berapa becquerel per gram untuk

Australia. Terima kasih Tuan Pengerusi

Puan Fuziah Salleh [Kuantan]: …Di dalam lesen yang dikeluarkan pada tahun 1992. Di

sini dikatakan bahawa sisa buangan itu perlu dihantar balik ke Mount Weld di mana ianya

dilombong. Saya hendak tanya sama ada pihak kementerian tahu ataupun tidak apa yang ada di

dalam lesen. Kenapa kita hendak terima bulat-bulat. Kenapa kalau dekat Australia kena hantar

balik ke Mount Weld tempat ianya dilombong? Kenapa bila sampai ke Malaysia kita biarkan ianya

di Gebeng. Kenapa kita kata boleh tabur merata-rata? Ini persoalan saya Tuan Pengerusi. Kenapa

kita orang Kuantan mesti terima bahan sisa buangan radioaktif. Ini sebab dalam laporan IAEA

yang baru-baru ini mengatakan specific radioactivity of the thorium, ia sebut specific radioactivity of

the thorium dalam laporan muka surat 13. Dalam laporan IAEA mengatakan specific radioactivity of

the thorium dalam WLP – tadi total 61, about six becquerel per gram.

Tuan Pengerusi, enam becquerel per gram pun lebih tinggi dari satu tetapi pihak

kementerian terus menerus mengatakan bahawa ini sisa buangan industri, ini mengandungi

NORM, tidak ada masalah. Lynas kata hendak buat bahan binaan kita diamkan. Lynas kata

hendak buat gipsum kita biarkan dan kita pula hendak defense lagi yang mengatakan ianya

selamat. Sedangkan dalam Laporan IEA pun kata enam becquerel per gram specific thorium

sahaja dalam WLP.

Saya juga hendak membawa Tuan Pengerusi dalam point yang terakhir ini berkenaan

dengan Unocal yang sekarang ini diambil alih oleh Molycorp.Inc. di Mountain Park California,

mereka ada satu rare earth refinery pada tahun 1980, dipaksa tutup pada tahun 1998. Kerana

apa? Kerana ada 60 insiden leakage yang melibatkan radioactive waste.

_2020

Akan tetapi ianya tidak melibatkan manusia sebab kilang tersebut ataupun loji pemprosesan

tersebut di Mountain Park di tengah padang pasir. Jadi apabila ada leakage di tengah padang

pasir tetapi kalau ada leakage di Gebeng Kuantan kita dalam keadaan di mana kilang tersebut

dibina di atas tanah gambut, sebelah itu ada sungai. Kalau masuk ke laut kita Kuantan ialah satu

fishing port. Kita dependent on the fishing industry. Kita dependent on the tourism industry

dengan izin Tuan Pengerusi. Tempatnya itu silap. Mereka hendak buat, buatlah. Saya tidak

halang tetapi tempat land itu tidak harus berada di Gebeng.

Ini yang sentiasa katakan yang saya tidak faham kenapa Ahli-ahli Yang Berhormat daripada

pihak sebelah sana hendak defend sangat. Cuba fahami keadaan yang berada di Gebeng. Cuba

DR 14.11.2011

154

faham ya, apa isu dia, ya sebelum hendak dipolitikkan isu ini. Saya bercakap Tuan Pengerusi

daripada tahun 2008, ya. Akan tetapi setiap kali kementerian sentiasa defend Lynas. Ini yang

saya tidak puas hati Tuan Pengerusi. Saya tidak berniat mockery.

Memang saya dengan penuh keyakinan mereka patut dipotong gaji. Kalau ikut hati saya

mereka dipotong gaji daripada pertama mereka diluluskan dulu sehinggalah pada hari ini. Bukan

satu bulan sahaja kerana mereka tidak bersifat bertanggungjawab di dalam melaksanakan tugas

mereka. Jadi Tuan Pengerusi, terima kasih kerana beri saya izin.

Tuan Pengerusi: Yang Berhormat Tangga Batu.

8.21 mlm.

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron [Tangga Batu]: Tuan Pengerusi, terima kasih

Tuan Pengerusi kerana memberi saya keizinan untuk berucap di peringkat Jawatankuasa ini.

Saya kira Tuan Pengerusi dalam aspek sains, teknologi dan inovasi ini kita perlu bercakap

berasaskan ilmu, fakta dan angka. Kita tidak boleh meletakkan emosi di atas segala-galanya.

Saya ingin mengambil peluang ini untuk menyebut tentang aktiviti kementerian di bawah

beberapa kepala yang membawa kepada penggalakan program-program sains, inovasi dan

teknologi di peringkat akar umbi umpamanya Jejak Inovasi yang saya kira ini adalah satu kaedah

bekerja secara bijak. It is a smart style of working, way of working dengan izin Tuan Pengerusi.

Apabila pihak kementerian menghantar wakil-wakil termasuk Yang Berhormat Timbalan Menteri

sekali datang ke Parlimen Tangga Batu untuk menjejaki inovasi-inovasi yang telah dilakukan oleh

penduduk-penduduk secara homegrown. Mereka melakukannya secara pengalaman Tuan

Pengerusi, bila mereka menghadapi masalah di tapak-tapak kerja mereka, di ladang-ladang, di

kolam-kolam air dan sebagainya dan mereka melihat masalah ini dan menukarnya kepada

peluang. Kita diajar apabila menukar masalah kepada peluang, turning problem to opportunity

adalah sebahagian daripada elemen kreativiti, menukar masalah kepada peluang. Ini berlaku.

Masalahnya Tuan Pengerusi mereka melakukan dengan tidak secara akademik tidak ada

proses akademik di dalamnya. Jadi apabila kementerian melakukan program jejak inovasi ini turun

ke bawah melihat perkara-perkara kreatif yang dilakukan oleh penduduk-penduduk di luar bandar

terutamanya. Salah satu daripada perkara yang menarik minat saya benar-benar ialah sebuah

kolam air, kolam ikan yang tidak dibina dengan simen tetapi hanya menggunakan tanah liat.

Bagaimana caranya dengan hanya menggunakan lumpur-lumpur dan ikan-ikan itu boleh hidup di

dalam kolam itu tanpa penukaran air dalam tempoh masa dua minggu ke empat minggu.

Jadi ini satu kaedah yang amat kreatif yang perlu diketengahkan oleh kementerian dan

sokongan daripada pihak-pihak kementerian ialah bagaimana proses ini boleh dijadikan dalam

bentuk yang lebih terurus. Ada manualnya, ada standard operating procedure, ada SOP nya

supaya boleh dipraktikkan di seluruh negara dengan tujuan yang pertama menambah produktiviti,

yang kedua, mengurangkan pembaziran.

DR 14.11.2011

155

Jadi saya lihat kalau kementerian dapat tab, dapat tumpang di dalam kegiatan masyarakat di

luar bandar ini ia akan dapat banyak membantu kementerian terutama di dalam aspek bukan

sahaja research and develop tetapi juga dalam aspek memperdagangkannya, commercialization.

Di sana sebenarnya kita perlukan sokongan daripada pihak kementerian yang saya yakin dan

percaya setiap sen yang dibelanjakan oleh kementerian dalam bentuk geran tadi itu akan dapat

kita rasai pulangan kepada pelaburannya, the return on investment, akan dapat rasai.

Tuan Pengerusi saya dapat melihat juga program ini bila kementerian datang with lock,

stock and barrel semua turun melihat dan kumpulan sasaran di bawah sana itu merasakan ada

satu tekanan pula, seolah-olah ingin menguji sama ada hasil ciptaan mereka tadi itu melepasi

sesuatu bar, standard atau tidak. Budaya itu harus dikurangkan Tuan Pengerusi kerana saya

mahu lihat budaya turun ke bawah, ke padang ini ialah menggalak beri mereka satu suntikan

motivasi supaya tidak menghalang kreativiti mereka supaya berterusan.

Jadi saya harapkan bila datang beramai-ramai dengan profesor, doktor dan insinyur semua

datang duduk tengok dan menggunakan perkataan-perkataan yang bombastik tetapi tidak tahu

apa yang dimaksudkan. Kadang-kadang bila kita tanya balik dia tidak tahu macam lebih kurang

kawan kita tadi lah. Bila kita tanya berapa becquerel, berapa gram per becquerel, becquerel, per

gram dia tidak tahu.

Jadi Tuan Pengerusi pada saya biar turun dalam nada yang harmoni. Turun. [Disampuk]

Saya tidak sebut nama. Siapa yang rasa tersinggung. Tuan Pengerusi saya tidak sebut nama

pun. Peraturan pun jelas menunjukkan jika menyinggung mana-mana ahli. Saya tidak sebut pun

nama, dia terasa. Siapa makan cili rasa pedas Tuan Pengerusi. Tidak apa.

Okey, Tuan Pengerusi. Apa yang saya maksudkan ialah datang dengan keadaan yang,

kalau orang kampung lah. Kalau ‘goni high reba, goni si tangait’. Turun bawa gaya orang

kampung, kalau boleh guna bahasa orang kampung dan mereka akan lebih terbuka untuk

berkongsi pengalaman mereka macam mana mereka datang dengan inovasi-inovasi yang banyak

ketikanya memberikan satu gambaran bahawa orang-orang kampung ini sebenarnya lebih kreatif

daripada mereka rakan-rakan kita yang berada dalam universiti yang mungkin being so

compartmentalize with the procedure, system dan sebagainya sampai mengekang mereka

daripada menjadi kreatif.

Jadi Tuan Pengerusi ini satu perkara yang kedua ialah perkongsian hasil-hasil inovasi tadi

itu dengan kumpulan-kumpulan pakar, kumpulan-kumpulan yang mempunyai ilmu berkaitan

dengannya. Sebagai contoh di Melaka, di kawasan Tangga Batu, kawasan saya Tuan pengerusi.

Ada seorang ini mencipta kenderaan, saya tengok hari itu tiga kenderaan dicipta. Ya, mungkin

sesuai untuk mainan ataupun untuk pertunjukan tetapi saya yakin ia boleh diangkat dari aspek

keselamatan dan kesihatan. Memberikan perhatian kepada contohnya, absorber yang digunakan

daripada kereta-kereta terpakai dan sebagainya. Mungkin diangkat perkara ini ke universiti yang

berdekatan.

DR 14.11.2011

156

Di Melaka kita ada satu Universiti Teknikal Kebangsaan Malaysia (UTeM). Di mana

universiti ini sebenarnya antara hasratnya adalah untuk melahirkan pelajar-pelajar, graduangraduan

yang hands on yang faham tentang kaedah-kaedah pengeluaran pemotoran dan

sebagainya. Jadi kalau pakcik di kampung ini yang menghasilkan, mencipta kereta-kereta kreatif

tadi ini boleh dalam bahasanya diterjemahkan kepada bahasa ilmiah di Universiti Teknikal

Kebangsaan Malaysia umpamanya.

Jadi saya yakin dan percaya kita akan memperoleh satu suasana menang-menang di sana

dan kementerian pun dengan mudah memberikan arahan prosesnya dimiliki oleh universiti,

ideanya dimiliki oleh orang kampung secara tidak langsung kita dapat dua burung dengan satu

batu. Di mana pertama orang kampung akan memperoleh hasil daripada produk yang mereka

keluarkan dan universiti pula memiliki hak reka cipta untuk menambah baik hasil kreativiti orang

kampung itu tadi Tuan Pengerusi.

Jadi ini adalah perkara yang elok kementerian berikan perhatian kerana dalam kaedah ini

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi ini perlu lebih melihat apa yang telah ada dalam sistem

masyarakat kita untuk digalakkan lagi. Saya sudah nampak signal Tuan pengerusi. Akan tetapi

apa-apa pun hari ini kita mempunyai chemistry yang sama fasal tali leher kita sama warna Tuan

Pengerusi.

_2030

Satu perkara lagi Tuan Pengerusi, sebenarnya perkara yang berkaitan dengan nuklear

radio aktiviti ini amat dekat dengan saya dan saya benar-benar menelaah perkara ini dan

memahaminya. Sekali lagi saya ingin ingatkan kepada pihak kementerian, ilmu tentang perkara ini

perlu kita ketengahkan sebelum kumpulan-kumpulan yang tidak bertanggungjawab memberikan

satu gambaran yang amat negatif tentang perkara ini.

Jadi kementerian perlu menggunakan pelbagai kaedah umpamanya jika kita tidak mahu

langsung menolak terus program-program nuclear power generator di negara kita, penjanaan

tenaga nuklear. Bagaimana jika ada negara-negara jiran kita yang membina loji tenaga nuklear

mereka berhampiran dengan kita? Indonesia umpamanya jika loji nuklear dibina di Acheh, jika

berlaku mala petaka nuklear, Pulau Pinang akan menjadi sasaran utama. Yang kedua..

Puan Fuziah Salleh: Pohon, pohon, pohon mencelah.

Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron [Tangga Batu]: Nantilah sekejap. Orang tengah flow

of thought ini Yang Berhormat Kuantan betul tidak nampaklah.

Puan Fuziah Salleh [Kuantan]: Yang Berhormat Tangga Batu, nuklear bukan dalam

Kementerian MOSTI. Nuklear kementerian lain.

Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron [Tangga Batu]: Nantilah. Dengar, dengar dahulu.

[Dewan riuh]

Puan Fuziah Salleh [Kuantan]: Nuklear kementerian lain. Itu bukan di bawah MOSTI, itu

kementerian lain.

DR 14.11.2011

157

Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron [Tangga Batu]: Yang Berhormat tidak faham, Yang

Berhormat ini tengah flow of thought.

Ir. Haji Hamim bin Samuri [Ledang]: Agensi Nuklear Kebangsaan di bawah MOSTI.

Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron [Tangga Batu]: Yang Berhormat kena dengar. Saya

tahu ia di bawah kementerian lain tetapi saya hendak bercakap tentang kesedaran. Programprogram

kesedaran. Program-program ilmu. Alamak, Yang Berhormat Kuantan. [Dewan riuh]

Orang cakap fasal benda lain Yang Berhormat cakap benda lain. Hendak tahu fasal getah jangan

tanya pakar kelapa sawit. Tanya Yang Berhormat Kuala Selangor ini.

Jadi Tuan Pengerusi saya mengharapkan kementerian menyediakan program-program

kesedaran. Program awareness programme tentang kebaikan, bahaya, keburukan, kekuatan,

kelemahan, peluang dan ancaman kepada apa juga yang ada dalam sistem nuklear ini. Tuan

Pengerusi, dunia, dunia telah menyaksikan perkara ini lebih 50 tahun. Kita masih lagi berada di

dalam ketakutan. Ketakutan kerana tidak mempunyai ilmu yang cukup. Kalau kita ada ilmu yang

cukup kita khuatir dan takut tidak ada masalah kerana orang yang ada ilmu ini sebenarnya tidak

takut. Dia berani. Jadi saya minta kementerian supaya menyediakan program-program kerana

Indonesia umpamanya. Sekarang ini mereka telah berada di tahap kesedaran kumpulan-kumpulan

NGO.

Puan Teresa Kok Suh Sim[Seputeh]: Minta penjelasan. Terima kasih. Yang Berhormat.

Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron [Tangga Batu]: Yang Berhormat, tahu atau tidak Yang

Berhormat ini cakap sahaja. Kadang-kadang dia tidak tahu apa yang dia cakap.

Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: Apa Yang Berhormat Kuantan kata itu ialah Lynas

plant bukan nuclear plant. You campur dua sekali mana boleh.

Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron [Tangga Batu]: Bukan cakap tentang kesedaranlah.

Apalah! Kita cakap tentang program kesedaran. Apalah.. Dia pun sama. Dia pun tidak tahu apa dia

cakap.

Yang Berhormat Menteri senyum sahaja. Saya cakap tentang program kesedaran,

memberi pendidikan. Bukankah ini di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi. Jadi Yang

Berhormat boleh bercerita tentang program kesedaran. Saya yakin dan percaya ia akan menjadi

lebih berkesan dan lebih cekap penyampaiannya dan akan lebih diterima oleh rakyat untuk

menghasilkan sebuah rakyat yang mempunyai pemikiran sains, teknologi dan sentiasa dalam

kaedah berinovasi. Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya menyokong.

Tuan Pengerusi: Yang di belakang sana. Yang Berhormat Bagan Serai.

8.33 mlm.

Tuan Mohsin Fadzil Samuri [Bagan Serai]: Terima kasih kepada Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi: Jarang saya dengar suara Yang Berhormat.

Tuan Mohsin Fadzil Samuri [Bagan Serai]: Saya rasa inilah sebagai satu daripada

peluang untuk menyatakan mengenai dengan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi. Apa

DR 14.11.2011

158

yang saya cuba bangkitkan iaitu masalah dengan Butiran 00604 – Pusat Sains Negara. Kita dapati

bahawa Pusat Sains Negara cawangan wilayah utara iaitu Alor Setar yang telah dibina pada 1

Julai 2009 dan dirasmikan pada 1 Mac 2010. Dalam tempoh tersebut didapati terdapat kesankesan

pemendapan tanah di sekitar kawasan iaitu kawasannya ialah kawasan padi menyebabkan

berlakunya kerosakan pada paip-paip air, paip-paip bomba dan juga saluran kumbahan.

Pemendapan ini telah menyebabkan paip-paip ini telah patah dan pihak PSN cawangan

wilayah utara telah beberapa kali menjalankan kerja-kerja penyambungan dan pembaikan paippaip

tersebut. Namun masih tidak memuaskan. Pihak JKR telah memberikan laporan pada 26

Julai, 2010 namun tindakan tidak dibuat. Oleh yang demikian, saya mengharapkan supaya

pembaikan perlu disegerakan dan janganlah kita tunggu sampai meragut nyawa manusia.

Satu lagi aspek yang akan saya cuba masukkan mengenai dengan Butiran 00800 –

Program Penyelidikan dan Pembangunan. Sebagaimana yang telah diucapkan oleh Yang

Berhormat Tangga Batu tadi, kita akan dapati bahawa peruntukan yang diberikan kepada program

iaitu Butiran 00800 begitu sedikit sekali. Kita akan dapati bahawa peruntukan perlulah ditambah

untuk dimanfaatkan dan kesejahteraan terhadap masyarakat terutamanya di luar bandar. Program

penyelidikan perlu diperbanyakkan lagi peruntukannya. Sebagai contoh di mana kita tahu iaitu di

Bagan Serai, kawasan saya, begitu banyak sumber asli dan kemudahan semula jadi yang tidak

digunakan seperti terusan ataupun parit. Maklumlah itu kawasan bendang. Macam-macam boleh

dibuat seperti menternak ikan keli, ikan puyu, ikan sepat ataupun ikan patin dalam sangkar. Saya

pernah mengajukan perkara ini kepada pihak JPS dan amat mendukacitakan kebenaran tidak

diberi dengan alasan pencemaran. Apa kata kalaulah pihak MOSTI dapat menjalankan kajian

untuk mengatasi pencemaran tersebut.

Selain itu banyak juga natural resources atau sumber asli yang tidak digunakan seperti

jerami padi dan juga hampas kelapa sawit. Untuk makluman, kawasan Bagan Serai ini terdapat

bendang, padi, ladang dan juga pengusaha-pengusaha kecil kelapa sawit. Apa kata MOSTI

mengadakan penyelidikan untuk menggunakan bahan-bahan tadi. Bukankah ini akan dapat

meningkatkan pendapatan dan dengan sendirinya kesejahteraan masyarakat lebih baik dan

dengan sendirinya akan menjana pertumbuhan ekonomi baru dari pewujudan berasas teknologi

perindustrian yang kukuh melalui R&D dalam bidang bioteknologi dan lain-lain teknologi yang ada.

Selain itu juga dengan adanya R&D tersebut moga dapat meningkatkan pengkomersialan

produk-produk R&D untuk menambahkan kemakmuran negara dan kesejahteraan rakyat. Sekian,

terima kasih.

Tuan Pengerusi: Yang Berhormat Ledang.

8.38 mlm.

Ir. Haji Hamim bin Samuri [Ledang]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hanya ada satu

perkara untuk pihak kementerian. Mungkin memerlukan satu langkah untuk memberikan

DR 14.11.2011

159

kesedaran sepenuhnya kepada rakyat Malaysia tentang satu perkara di bawah Perkara 3000 –

Penyelidikan dan Pembangunan Sains dan Teknologi iaitu di bawah Agensi Nuklear Malaysia dan

lain-lain yang berkaitan.

Tuan Pengerusi, saya hendak ambil satu contoh iaitu laluan di bawah kabel TNB yang

saya difahamkan berlaku juga radiasi. Begitu juga kalau kabel elektrik dalam bangunan ini ada

menerbitkan radiasi di mana adakah ia tertutup. Ertinya Tuan Pengerusi, semua kabel elektrik

yang ada dalam negara kita atau dalam bumi, begitu juga kabel ataupun laluan gelombang, cellular

dan lain-lain ada radiasinya. Justeru Tuan Pengerusi, saya meminta pihak Agensi Nuklear

Malaysia ataupun lain-lain agensi yang berkaitan di bawah MOSTI dapat membuat satu

penyelidikan tentang kadar radiasi tersebut, tahap-tahapnya. Ini kerana saya mendapat maklumat

bahawa kadar radiasi yang diterbitkan oleh kabel TNB atau kabel elektrik jauh lebih tinggi daripada

kadar radiasi yang bakal diterbitkan oleh janakuasa nuklear bagi tujuan menjana elektrik. Bukan

menjana bom, [Ketawa] atau menjana atom, tidak.

_2040

Begitu juga radiasi yang diterbitkan oleh peralatan-peralatan lain. Malahan, peralatan x-ray

sekalipun ada kadar tertentu. Jadi Tuan Pengerusi, saya berpendapat bahawa mungkin sudah

sampai masanya supaya kadar-kadar tersebut, mengikut bidang-bidang tertentu, diukur,

diperhalusi dan dihebahkan kepada orang ramai supaya orang ramai sedia maklum tentang apa

makna radiasi sebenarnya. Tahap mana atau tahap apa yang berbahaya kepada kesihatan. Dari

segi kumulatif, dari segi kadar statik pada tahap tertentu dan sebagainya. Ini kerana Tuan

Pengerusi, jika tidak difahami dan tidak dihebahkan kepada orang ramai, akhirnya akan menjadi

satu persoalan dan disalahgunakan oleh satu-satu pihak yang suka untuk menjadikan itu sebagai

isu politik. Sedangkan Tuan Pengerusi, kita bergerak ke hadapan untuk menggunakan segala

kemudahan yang ada dalam bumi kita bagi tujuan atau bagi manfaat kesejahteraan manusia.

Pada saya Tuan Pengerusi, semua yang ada dalam dunia ini baik untuk kita. Akan tetapi

jika salah guna atau salah proses atau melebihi proses tertentu, ia akan mendatangkan bahaya.

Contohnya uranium Tuan Pengerusi. Uranium kalau hendak ditukar ataupun hendak ditransform

kepada bentuk tenaga, ia hanya perlu diproses ke tahap 20%. Akan tetapi kalau hendak diproses

ke tahap atom, bom atom, 80%. Maknanya jauh jaraknya, bezanya antara proses uranium bagi

tahap tenaga kepada tahap bom atom. Juga maklumat-maklumat yang lain Tuan Pengerusi yang

berkaitan dengan nuklear, yang berkaitan dengan radiasi dan lain-lain. Begitu juga tahap reka

bentuk loji nuklear, ada generasi pertama, generasi kedua.

Sekarang ini Tuan Pengerusi, sudah pun berada pada tahap keempat dan mungkin lebih.

Apa yang meletup, yang bocor di Fukusima itu adalah reka bentuk generasi pertama dan itu tidak

boleh dijadikan ukuran kepada satu perancangan untuk kita menilai atau untuk kita membuat satu

keputusan bahawa kita berhenti di sini, tidak boleh lagi kita meneruskan…

Puan Hajah Fuziah Salleh [Kuantan]: Yang Berhormat Ledang, mohon mencelah.

DR 14.11.2011

160

Ir. Haji Hamim bin Samuri [Ledang]: Tidak boleh meneruskan…

Puan Hajah Fuziah Salleh [Kuantan]: Yang Berhormat Ledang, berilah laluan Yang

Berhormat Ledang.

Ir. Haji Hamim bin Samuri [Ledang]: Program atau kerja yang lain.

Puan Hajah Fuziah Salleh [Kuantan]: Yang Berhormat Ledang, saya hendak tanya.

Adakah Yang Berhormat Ledang tahu beza di antara radiasi dan radioactivity?

Ir. Haji Hamim bin Samuri [Ledang]: Ia yang berkaitan. Saya kata tadi yang berkaitan,

sama ada radioaktif, radiasi dan sebagainya. Kalau nuklear okeylah radioaktif, yang berkaitan

dengannya. Saya hanya mengambil beberapa contoh. Akan tetapi yang paling penting Tuan

Pengerusi ialah soal kefahaman sama ada radiasikah, radioaktifkah dan lain-lain. Sama ada kalau

perbandingan kadar yang dibenarkan untuk pengecualian thorium. Kalau di Australia, sudah

tentulah 4 juta becqueral per kilogram. Kalau di China, 20,000 bq/gm. Kalau di Malaysia, 1,000

bq/gm dan IAEA, 1,000 bq/gm. Perkara-perkara ini Tuan Pengerusi, yang perlu diberikan

kefahaman kepada seluruh rakyat Malaysia supaya tidak menjadi satu persoalan ataupun satu

perkara yang boleh mencetuskan polemik, politik tidak keruan. Akhirnya, kerana politik, maka kita

tidak boleh melangkah jauh ke hadapan. Itu sahaja Tuan Pengerusi. Sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi: Yang Berhormat Ipoh Barat.

8.46 mlm.

Tuan M. Kulasegaran [Ipoh Barat]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Tuan Pengerusi, ini

Butiran 040100 – Lembaga Perlesenan Tenaga Atom. Tuan Pengerusi, saya hendak tanya kepada

kementerian, apakah yang terkini mengenai 80,000 200-liter drums yang sedang disimpan di

Kledang Range, di Papan, Batu Gajah, yang telah mula pada tahun 1983 di mana Mitsubishi

Chemical telah dibenarkan untuk mendirikan satu Asian Rare Earth di sana di mana 80,000 200-

liter drums disimpan di sana. Saya difahamkan baru-baru ini ada beberapa kebocoran yang telah

berlaku. Dalam proses ini juga, beratusan orang dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini yang

tidak pernah di kawasan tersebut mendapat radioaktif dari drums-drums ini, yang telah

menghadapi leukemia dan cancer sickness berkaitan dengan ini.

Beberapa study yang telah dijalankan menunjukkan ini adalah benar. Apakah kawal selia

yang dibuat oleh kementerian? Adakah kementerian sedar bahawa ada desakan-desakan oleh

orang ramai dan pakar-pakar dalam radioaktif ini yang memberitahu bahawa sepatutnya 80,000

200-liter drums ini adalah satu yang sangat serius dan perlu diubah ke satu tempat di mana jauh

dari orang ramai. Pada tahun dahulu Tuan Pengerusi, Tun Mahathir pada 12 Jun telah beri satu

shocking news kepada seluruh negara dengan mengatakan bahawa ada nuclear waste semasa

beliau menjadi Perdana Menteri di mana dia telah mengarahkan dan telah memberitahu ia perlu

disimpan Kledang Range.

DR 14.11.2011

161

Adakah perkara ini benar? Apakah yang sedang dibuat supaya perkara ini tidak merebak

kepada pihak-pihak yang tinggal di serantau tempat tersebut? Apakah tindakan dan apakah

pampasan yang kerajaan ingin beri kepada pihak-pihak yang sedang menghadapi penyakit cancer

stricken situasi? Ini kerana kami fikir dari beberapa studies telah dijalankan, ini adalah sangatsangat

menakutkan. Berkaitan dengan ini, 80,000 drums ini yang setiap drums ini adalah 200 liter

adalah drums-drums yang sangat lama dan tidak mengikut spesifikasi-spesifikasi yang ditentukan.

Saya difahamkan baru-baru ini Mitsubishi Chemical telah dalam proses perundingan untuk

membelanjakan lebih kurang RM303 juta untuk membuat satu clean up operation dalam

radioactive waste ini yang sedang ada di Batu Gajah ini.

Saya juga hendak tahu, di serantau tempat tersebut adalah tempat agro-based industry

yang telah dijalankan, adakah ini satu proses business yang boleh dibenarkan? Memandangkan

ini adalah kemungkinan besar terlibat dengan cancer stricken aktiviti. Berkaitan dengan ini, saya

juga ingin tahu apakah kawal selia yang sedia yang telah ada? Dalam proses ini, adakah kerajaan

akan mengambil tindakan supaya perkara ini mendapat pandangan dari expert-expert dalam hal ini

supaya mengatasi masalah yang kemungkinan besar ada – saya lebih kurang tiga bulan dahulu

bila berada di sana dengan Yang Berhormat Batu Gajah, kami difahamkan ada kebocoran tetapi

saya tidak dapat pergi ke dalam tempat tersebut. Walau bagaimanapun, adakah ini benar?

Apakah tindakan yang telah diambil supaya perkara ini tidak merebak?

Satu lagi perkara Tuan Pengerusi, adalah mengenai Jabatan Kimia. Saya hendak tanya,

dalam research-research yang dibuat oleh Jabatan Kimia dengan mineral-mineral yang sedia ada

di negara ini, apakah yang terkini mengenai bijih timah?

_2050

Adakah ia ada satu hasil, ada satu mineral value yang besar di negara ini dan juga dalam

sistem ia tidak akan environmental damage dalam ini. Itu sahaja Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi: Terima kasih. Ahli Yang Berhormat Sekijang. Selepas Ahli Yang

Berhormat Sekijang, saya jemput Yang Berhormat Menteri untuk menjawab. [Dewan riuh] Yang

Berhormat, sudah kita putuskan tadi bahawa enam orang. jadi tidak akan mungkin saya tarik balik

keputusan saya. Minta maaf Yang Berhormat. sila, sila Ahli Yang Berhormat Sekijang.

8.50 mlm.

Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed [Sekijang]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya

sedikit sahaja. Saya hendak merujuk kepada Butiran 040100 iaitu saya ingin bertanya kepada

kementerian. Tadi kita berbincang tentang radiasi, tentang tenaga nuklear. Akan tetapi di sini

saya ingin merujuk tentang sebenarnya di mana sahaja kita berada, kita akan berjumpa dengan

radiasi ini. Saya hendak bertanya di sini tentang radiasi yang keluarkan oleh telefon selular kita. Ini

kerana kita bercakap tentang Lynas yang radiasinya rendah, kita bangkitkan. Sebenarnya radiasi

daripada telefon selular ini adalah lebih tinggi daripada yang dikeluarkan oleh kilang Lynas ini.

DR 14.11.2011

162

Jadi saya ingin tahu daripada kementerian, berapa agaknya tahap radiasi yang dibenarkan

dan adakah patut agaknya kita meletakkan sebagaimana kita meletakkan pada rokok itu bahaya

merokok dan sebagainya. Berapakah tiap-tiap satu jenama telefon itu yang katakanlah Nokia…

Dr. Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor]: Boleh mencelah sekejap?

Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed [Sekijang]: Berapa radiasi pada telefon itu?

Kalaulah model yang kedua…

Dr. Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor]: Boleh? Tak bagi.

Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed [Sekijang]: Berapa agaknya radiasi yang

dikeluarkan oleh itu. Jadi dengan cara itu maknanya rakyat kita tahu dan berapakah kadar yang

dibenarkan untuk kita sebab telefon ini kita simpan di dalam poket, kita simpan di dalam beg, kita

bawa ke mana-mana. Jadi apabila kita menyebut tentang radiasi ini, kita lupa dekat sini. Jadi kita

bangkitkan benda yang tidak sepatutnya kita bangkitkan tetapi yang ini mungkin. Saya minta

dengan kementerian agaknya boleh memberitahu kita tentang kadar radiasi yang sebenar yang

dibenarkan tentang telefon selular ini. Sekian terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi: Yang Berhormat Menteri.

8.53 mlm.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi [Datuk Seri Dr. Maximus Johnity Ongkili]:

Terima kasih Tuan Pengerusi. Bagi pihak Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI),

saya mengalu-alukan Ahli-ahli Yang Berhormat sejumlah enam orang semuanya yang telah pun

mengambil bahagian untuk membahaskan bajet kementerian di peringkat Jawatankuasa mengikut

kepala-kepala yang telah pun dibangkitkan. Banyak perkara yang telah pun dibangkitkan,

berbeza-beza walaupun banyak terfokus kepada perihal tanggungjawab di bawah Butiran Jabatan

ELB, Lembaga dan juga sedikit di bawah Agensi Nuklear. Lain-lain itu di bawah kepala Programprogram

R&D pihak jabatan.

Saya ingin memulakan, nanti perihal yang luas dan saya akan kembali kepada pihak Yang

Berhormat Kuantan yang begitu panjang berhujah walaupun apa yang dihujahkan itu seperti Tuan

Pengerusi katakan bukan juga yang baru dan pernah pun kita telah jawab termasuk dalam

perbahasan belanjawan tahun lalu. Saya pernah berinteraksi dengan Ahli Yang Berhormat

Kuantan mengenai dengan perkara-perkara yang dibangkitkan tetapi nampaknya masih lagi

berterusan.

Saya mulakan dahulu dengan perihal yang dibangkitkan oleh pihak Ahli Yang Berhormat

Tangga Batu mengenai dengan program sains dan teknologi dan khususnya mengenai perihal

mengenai dengan Jejak Inovasi. Penekanan beliau bahawa perlu ada satu standard reporting

procedure

Puan Fuziah Salleh [Kuantan]: Yang Berhormat Menteri, mohon mencelah. Yang

Berhormat Menteri tidak menjawab. Saya tanya…

DR 14.11.2011

163

Datuk Seri Dr. Maximus Johnity Ongkili: Belum lagi. Saya akan balik nanti, saya mahu

jawab panjang lebar.

Puan Fuziah Salleh [Kuantan]: Okey, okey.

Datuk Seri Dr. Maximus Johnity Ongkili: Jadi, saya mahu selesaikan dahulu. [Dewan

riuh] Oh, tak sabar ini. Saya sudah katakan saya mahu jawab penghabisan. Okey, jawab

penghabisan supaya akan ada dua atau tiga yang lain juga yang telah menyentuh perkara

tersebut.

So, mengenai dengan Jejak Inovasi ini, sememangnya itulah tujuan kita iaitu untuk

mengenal pasti tahap kreativiti dan inovasi di peringkat akar umbi. Tujuan Jejak Inovasi itu ialah

bagi pegawai-pegawai MOSTI serta juga para penyelidik yang bertugas sebagai sambilan

termasuklah mereka daripada institusi pengajian tinggi dan guru-guru turun padang untuk

peringkat-peringkat desa, tinggal di situ ataupun berinteraksi dengan program mengenal pasti

melalui prosedur yang telah pun ditetapkan. Apakah inovasi-inovasi yang kreatif, yang masyarakat

di luar bandar telah cipta di kawasan tersebut dan sekali gus menilainya dan dengan tujuan

membawa inovasi itu ke peringkat tahap lebih tinggi dengan melalui proses pengkomersialan dan

barangkali menemukan pihak-pihak swasta yang boleh sekali gus bekerja dengan pihak mereka.

Setakat ini, sudah pun tiga kawasan yang telah kita mulakan ini iaitu di Melaka, di negeri

Sabah dan di negeri Sarawak dan kita akan bentuk seperti mana yang dicadangkan tadi dan

sebenarnya ini pun sudah pun dibuat iaitu SOP sebagai satu proses pengumpulan data yang mulai

digunakan oleh banyak pihak. Kami bercadang supaya pada masa cuti sekolah penghujung tahun

ini dijalankan secara meluas di semua yang mana boleh, semua negeri dan dalam tempoh tiga

tahun kita boleh memperoleh innovation map, peta inovasi akar umbi negara kita Malaysia.

Biasanya ini kita berinteraksi dengan Ahli-ahli Yang Berhormat di peringkat kawasan untuk

membantu untuk memperluaskan program ini.

Setakat ini seperti mana yang telah pun di dalam tiga wilayah kita pergi pun, ada sudah

beberapa teknologi yang telah dikenal pasti sebagai mempunyai mutu tinggi dan boleh

dikomersialkan dengan pelaburan pihak swasta. So, kita melalui agensi MOSTI mahupun SIRIM

atau pihak Technology Park Malaysia menggunakan teknologi yang sedia ada dalam jabatanjabatan

tertentu untuk lebih lagi mengemas kini idea-idea dan inovasi akar umbi itu dengan tujuan

mengkomersialkan. Jadi kuasa dan hak paten masih lagi di pihak pencipta dan nanti pihak

universiti seperti yang dicadangkan atau institusi penyelidikan…

Datuk Ismail Kasim [Arau]: Tuan Pengerusi, laluan sedikit.

Datuk Seri Dr. Maximus Johnity Ongkili: Boleh joint paten sebagai pembentuk

prosesnya dan pembawa kepada peringkat komersial. Ya Yang Berhormat Arau.

Datuk Ismail Kasim [Arau]: Ya, terima kasih Tuan Pengerusi dan Yang Berhormat

Menteri. Saya ingin bertanya Yang Berhormat, apabila program ini saya rasa satu program yang

baik. Apabila kita mencungkil di peringkat bawahan, dari segi kebolehpercayaan kepada

DR 14.11.2011

164

penduduk-penduduk kampung dan penduduk luar bandar, penduduk desa di mana mereka dapat

mereka cipta hasil daripada turun padang yang dibuat oleh pihak kementerian. Tahniah

diucapkan.

Cuma dari segi pengiktirafan sebelum di paten dan dikomersialkan, saya ingin bertanya

Yang Berhormat Menteri, tidakkah ada perancangan di pihak kementerian iaitu untuk kita

mengadakan Anugerah Inovasi Diraja untuk kategori yang seumpama ini yang tidak melibatkan RA

ataupun RO daripada IPTA ataupun IPTS kerana mereka ini daripada kumpulan yang agak

berlainan. Seperti mana yang diamalkan oleh negara ASEAN dan negara di dunia ini, mereka

memberi pengiktirafan diraja yang begitu besar yang membolehkan hadiah yang begitu tinggi.

Di kalangan mereka, penyelidik-penyelidik di luar bandar ini mereka akan berlumba-lumba

menghasilkan ciptaan yang boleh di paten dan dikomersialkan di kalangan mereka iaitu satu sikap

perlumbaan yang positif dan agak baik untuk kita dapat melahirkan banyak barangan yang dapat

digunakan dalam pasaran sama ada di peringkat domestik ataupun di peringkat antarabangsa.

Datuk Seri Dr. Maximus Johnity Ongkili: Terima kasih Yang Berhormat Arau.

Sebenarnya pihak kementerian telah memulakan pada tahun yang lalu, Tahun Inovasi Negara.

Beberapa pertandingan di peringkat akar umbi dan wilayah itu telah diperakui dan mereka telah

pun dibawa pemenang-pemenang di Kuala Lumpur untuk terus bertanding di peringkat nasional

dan memperoleh hadiah-hadiah yang telah ditetapkan.

_2100

Juga pada minggu depan nanti adalah NICE ataupun National Inovation Conference and

Exhibition sekali lagi ini memanglah dalam kebanyakan thru SME dan SMI akan tetapi ada juga

seksyen-seksyen tertentu untuk pihak inovasi akar umbi. Saya perakui bahawa perlu kita untuk

barangkali dengan izin, glorify some of this own dan barangkali lebih meluas dengan pemberian

hadiah yang lebih menarik supaya lebih minat masyarakat di akar umbi untuk memaparkan

kreativiti dan untuk bertanding di peringkat kawasan negeri dan akhirnya di peringkat kebangsaan.

Jadi barangkali sebab anugerah diraja ini, saat ini satu sahaja anugerah inovasi yang

paling tertinggi iaitu Merdeka Awards, setengah juta dia punya bayaran. Barangkali tidaklah tahap

tersebut, akan tetapi saya perakui ada ruang untuk memperbaiki hadiah-hadiah dan anugerahanugerah

yang diberikan oleh kementerian dengan kerjasama barangkali dengan kementerian

yang lain.

Yang Berhormat seterusnya ada beberapa Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah pun

menyentuh perkara berkaitan dengan radiasi di bawah tiang-tiang elektrik ataupun high-tension

wire dengan izin, dan untuk meminta pihak MOSTI mengkaji perkara-perkara ini. Ada juga ya. Satu

lagi perkara yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sekijang tadi ialah mengenai dengan

radiasi yang dikeluarkan daripada cellular hand phone kita. So, perkara-perkara ini di luar bidang

kita. Dia – akan tetapi kita juga pernah membiayai kajian-kajian untuk tujuan tersebut.

DR 14.11.2011

165

Akan tetapi perihal radiasi misalnya di bawah penggunaan telefon itu di bawah kawalan

MCMC ataupun KPKK di bawah tanggungjawab Yang Berhormat Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim.

Di mana setiap telefon misalnya yang diperakui di negeri kita, di negara kita ini dia hendaklah diuji

dan lulus dari segi ‘limited reserve’ radiation daripadanya.

Pada keseluruhannya radiation yang permissible ini hendaklah bagi satu orang manusia

ialah 1 miliservert per year. Semua apa juga alat-alat pendengar termasuk alat komunikasi ini

hendaklah di bawah maksimum level, ataupun tolerance level ini. Perkara yang lebih detail ini

terpaksa kita perolehi daripada kementerian yang bertanggungjawab kerana mereka mempunyai

maklumat-maklumat yang terperinci yang mengawasi perlesenan serta penglulusan jenis-jenis

mobile yang dipasarkan.

Begitu juga dengan perihal radiasi di bawah TNB yang dibangkitkan selepas beberapa ahli

Yang Berhormat dan saya hanya mengatakan bahawa di dalam perkara ini sebenarnya dibawa

oleh Yang Berhormat Ledang ialah di bawah tanggungjawab juga kementerian KeTTHA iaitu

elektrik berkaitan dengan power dan kuasa.

Namun saya tidak boleh membekal serta merta apa kajian yang telah dijalankan akan

tetapi ini pernah dibangkitkan dalam perbahasan di sini sebelum ini, beberapa tahun yang lalu dan

jaminan diberi oleh pihak kementerian sentiasa ialah bahawa kadar yang dikeluarkan itu adalah

dalam keadaan selamat. Akan tetapi yang lebih detail daripada itu saya rasa kita perlu menelitikan

memandangkan pada saat ini walaupun high-tension wire pengeluaran itu harusnya bebas

daripada usaha pertanian, akan tetapi banyak juga petani-petani yang bercucuk tanam ataupun

menanam sayur-sayuran di bawah kawasan-kawasan yang dikatakan kawasan larangan. Akan

tetapi sebenarnya banyak juga para petani saya katakan tadi bercucuk tanam di bawahnya. Jadi

maklumat terperinci nanti saya perolehi untuk Ahli-ahli Yang Berhormat kerana ini di luar daripada

bidang pihak MOSTI.

Seterusnya mengenai dengan perihal yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Ipoh Barat

mengenai dengan dua perkara. Satu adalah 80,000 “….” yang dikatakan tadi. Pihak kementerian di

bawah kita punya ‘Jabatan Nuklear Agensi Malaysia’ sememangnya terlibat dari segi pemantauan

dan dari segi pemantauan tempat simpanan semuanya itu. Akan tetapi setakat apa yang saya

dimaklumkan bahawa tidak ada laporan-laporan terkini mengenai dengan leakage dan seterusnya.

Namun demikian kerana ini maklumat tidak diperolehi daripada secara cepat di sini, saya

berjanji untuk membekal saudara Yang Berhormat Ipoh Barat dalam perkara ini. Akan tetapi saya

peringkat kami belum menerima apa-apa walaupun katakan tadi bahawa ada laporan leakage dan

seterusnya dan maklumat yang terperinci nanti saya bekal kepada Ahli Yang Berhormat.

Tuan Pengerusi, bahan radioaktif dari ARE yang disimpan dengan engineered cell yang

selamat ini bermakna bahan radioaktif ARE disimpan di tempat yang selamat dan tidak berasap.

Jadi jika ada betul laporan yang dikatakan tadi ada leakage dari pihak awam, saya akan siasat

perkara ini dan minta laporan khusus daripada Agensi Nuklear Malaysia.

DR 14.11.2011

166

Saya hendak kembali akhirnya kepada perkara berkaitan dengan perihal…

Tuan M. Kula Segaran A/L Murugesonl [Ipoh Barat]: Ya, penjelasan.

Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili: Ya.

Tuan M. Kula Segaran A/L Murugesonl [Ipoh Barat]: Saya ada bagi tahu bahawa tahun

dulu Tun Mahathir ada mengaku kali pertama bahawa ada nuclear waste yang tidak diketahui oleh

sesiapa di negara ini, tersimpan di Bukit Merah. Adakah ini benar dan berapakah kuantum dia.

Apakah kawal selia yang sedia dibuat oleh kementerian.

Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili: Sebenarnya saya telah pun meminta penyelidikan

lanjutan, siasatan lanjutan. Akan tetapi pihak agensi mengatakan mereka tidak berapa pasti apa

yang disentuh ataupun beliau ini perlu berbincang dengan pihak ARE juga. Oleh sebab adakah

perkara yang sama yang dirujukkan yang berkaitan dengan ARE punya sisa-sisa dahulu.

So, dalam perkara ini dia hanya menyentuh tetapi tidak menetapkan di mana sebenarnya

ini. Mengenai dengan maklumat yang saya terima setakat ini bahawa lokasi yang dimaksudkan itu

kemungkinan dia perkara yang sama seperti mana Yang Berhormat bangkitkan. So, I’ll follow up

with you dengan izin. Okey, saya hendak kembali kepada perihal Lynas yang dibincang oleh sekali

lagi…

Tuan M. Kula Segaran A/L Murugesonl [Ipoh Barat]: Yang Berhormat saya ada tanya

mengenai Jabatan Kimia.

Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili: Jabatan Kimia… soal mineral meteorologi itu di luar

bidang kimia. Mereka membuat perihal sahaja perkhidmatan yang berasas kepada chemical akan

tetapi bukan dengan perihal meteorologi. Apa-apa metalskah ataupun apa-apa mineral itu di

bawah kementerian, jabatan yang lain. Di bawah kawan saya tadi, Yang Berhormat daripada

Bentong.

Agensi itu yang mengawas kini termasuk perihal mining dan seterusnya adalah di bawah

tanggungjawab di situ dan bukan Jabatan Kimia. Jabatan Kimia berasas kepada perihal chemical

mahupun chemical dari industri ataupun chemical dari segi tumbuh-tumbuhan dan kandungan

dalam tumbuhan dan seterusnya.

Jadi saya sampaikan pesanlah untuk direct tujukan Yang Berhormat Ipoh Barat punya

pertanyaan kepada pihak beliau.

Mengenai dengan yang disentuh oleh Yang Berhormat daripada Kuantan, perkara yang

dibangkitkan ada dua. Itulah saya katakan sebenarnya soal potong gaji sama itu kita pun melihat

argument-argument itu kita telah jawab bersama, akan tetapi barangkali kita tidak memuaskan

ataupun kita sengaja tidak menerima secara memuasnya.

_2110

Akan tetapi, saya ingin katakan bahawa nombor satu seperti mana yang dibangkitkan oleh

Yang Berhormat mengenai dengan standard ini yang kita gunakan apa yang kita kemukakan

kepada pihak lain adalah China standard. Bagi negara Malaysia, no place for China standard. Kita

DR 14.11.2011

167

punya standard antarabangsa, standard IAEA. Okey itu vernacular card. Kalau China katakan 60

lebih di sini kita katakan satu sahaja okey per gram one thousand per kilogram okey. Australia

actually 4,000 you know untuk per gram okey. Satu per empat juta satu kilogram and we don’t

tolerate that…

Puan Fuziah Salleh [Kuantan]: Pohon Yang Berhormat Menteri dekat sini sekejap saya

tanya sikit…

Datuk Seri Dr. Maximus Johnity Ongkili: Okey.

Puan Fuziah Salleh [Kuantan]: On the Australian standard ini.

Datuk Seri Dr. Maximus Johnity Ongkili: Ya.

Puan Fuziah Salleh [Kuantan]: Saya di sini bersama dalam tangan saya ini ada renewal

license kepada a Lynas Concentration Plan di Mount Well bertarikh 1 April 2011. Saya bacakan

pada muka surat tiga daripada 21 “The telling contain 500 part of million thorium of side and 30

part of million uranium of side which translate into radiation specific activity of 1.8 becquerel per

gram and 0.32 becquerel per gram respectively”.

Laporan ini terus menyambung “this exceed the limit of one becquerel per gram set for non

radioactive telling set by Department of Industry and Resources (DOIR).” Maksudnya di dalam

dokumen ini renewal license bertarikh 1 April 2011 terhadap concentration plan. Concentration

plan ini dia 100 kali lebih tidak berbahayalah kalau dibandingkan dengan dekat Gebeng itu Yang

Berhormat Menteri. Akan tetapi, di sini EPA menegur Lynas kerana tidak comply. Di sini dikatakan

bahawa the lining of the residue telling facilities tidak cukup tebal dan Lynas ditegur. Tangan apa –

they will given the slaplah oleh EPA di dalam dokumen ini. Jadi saya mohon Yang Berhormat

Menteri check DOIR ini is one becquerel per gram becquerel per gram . Terima kasih.

Datuk Seri Dr. Maximus Johnity Ongkili: Yes, terima kasih di atas maklumat itu. Akan

tetapi, maklumat itu dan standard itu tidak diguna pakai di sini kerana background reading di sini is

1.6 bacarel per gram okey. Kita ikut standard yang telah pun ditetapkan oleh pihak IAEA iaitu satu

becquerel per gram. So, apa dia sahaja penjelasan…

Puan Fuziah Salleh [Kuantan]: [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Datuk Seri Dr. Maximus Johnity Ongkili: Pardon. Okay, is more than lebih daripada itu

tetapi di Malaysia one sahaja. So, they will have to process.

Puan Fuziah Salleh [Kuantan]: [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Datuk Seri Dr. Maximus Johnity Ongkili: Okey, so apa masalahnya.

Puan Fuziah Salleh [Kuantan]: Masalahnya tadi Yang Berhormat Menteri kata lebih

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Datuk Seri Dr. Maximus Johnity Ongkili: No, tetapi Australian…

Puan Fuziah Salleh [Kuantan]: [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Datuk Seri Dr. Maximus Johnity Ongkili: Tidak laporan yang kita terima okey adalah

4,000 becquerel per gram.

DR 14.11.2011

168

Puan Fuziah Salleh [Kuantan]: Saya bacakan Yang Berhormat Menteri…

Datuk Seri Dr. Maximus Johnity Ongkili: Okey untuk EIA.

Puan Fuziah Salleh [Kuantan]: Ini adalah renewal license oleh EPA bertarikh 1 April

2011.

Datuk Seri Dr. Maximus Johnity Ongkili: Yes, of course.

Puan Fuziah Salleh [Kuantan]: EPA Australia kepada Lynas Concentration Plan.

Datuk Seri Dr. Maximus Johnity Ongkili: I know.

Puan Fuziah Salleh [Kuantan]: Di Australia.

Datuk Seri Dr. Maximus Johnity Ongkili: Okey.

Puan Fuziah Salleh [Kuantan]: Ya dan diguna pakai satu becquerel per gram.

Datuk Seri Dr. Maximus Johnity Ongkili: Okey. Maybe the…

Puan Fuziah Salleh [Kuantan]: Mereka di tegur 1.8 pun cukup tinggi kalau berbanding

dengan satu. Saya tanya tadi.

Datuk Seri Dr. Maximus Johnity Ongkili: Ya.

Puan Fuziah Salleh [Kuantan]: EIA kata Lynas di Gebeng six. Jadi itu soalan saya Yang

Berhormat Menteri tadi.

Datuk Seri Dr. Maximus Johnity Ongkili: Tidak ada six make sure is one and below

because condition kita dia mesti…

Puan Fuziah Salleh [Kuantan]: So, if it 6 is radioactivelah.

Datuk Seri Dr. Maximus Johnity Ongkili: Ha!

Puan Fuziah Salleh [Kuantan]: Maksudnya it’s radioaktif.

Datuk Seri Dr. Maximus Johnity Ongkili: Of course ada radioaktif tetapi between the

tolerable level.

Puan Fuziah Salleh [Kuantan]: Why done it can be scattered anywhere?

Datuk Seri Dr. Maximus Johnity Ongkili: Background reading is a .16 which is 16 per –

yes background reading.

Dr. Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor]: Yang Berhormat Menteri…

Datuk Seri Dr. Maximus Johnity Ongkili: You ambil…

Puan Fuziah Salleh [Kuantan]: Saya baca dalam RIA report background reading di

Pahang is less than 1.6. It is a 0.03 becquerel per gram.

Datuk Seri Dr. Maximus Johnity Ongkili: You go to…

Puan Fuziah Salleh [Kuantan]: Background reading di Pahang…

Datuk Seri Dr. Maximus Johnity Ongkili: Well of course different state…

Puan Fuziah Salleh [Kuantan]: Dalam RIA report Yang Berhormat Menteri refer balik

arahan RIA report.

Datuk Seri Dr. Maximus Johnity Ongkili: Okey, different state barang kali berbeza. You

go to kuari semua ini it will be around 1.6.

DR 14.11.2011

169

Puan Fuziah Salleh [Kuantan]: Then in Pahang so much less. Kenapa hendak bawa

Lynas lamp ke Gebeng.

Datuk Seri Dr. Maximus Johnity Ongkili: That’s why we want to make sure and be the

lost acceptable to the international communities. Okey, akan tetapi background reading may defer

dan kita mahu insist supaya ia hendaklah satu. Okey, di bawah satu khas international standard.

Kalau hendak buat China memang 20, Australia I will consist with you…

Puan Fuziah Salleh [Kuantan]: Ya, okey. Tadi soalan saya dua Yang Berhormat Menteri.

Satu China, satu lagi IAEA. IAEA punya report muka surat 18 sebut bahawa of the WLP residue

solid radioactivity iaitu at about six becquerel per gram. Jadi saya tanya adakah itu diklasifikasikan

sebagai radioactive waste atau industrial waste containing normal occurring radioactive material

seperti yang dikatakan oleh kementerian sebelum ini. Itu soalan saya tadi.

Datuk Seri Dr. Maximus Johnity Ongkili: Ya, bagi Malaysia seperti mana kalau di USA

ini this is not even classified does ordinary way, it is discharges on the drain. Di sini satu pun we

will classified it as a radioactive waste and that’s why we threat it to make sure that will be false

below itu yang pertama. It as good as dengan izin hanya the background reading on the country.

We will ensure that itu akan terjadi. Itu condition telah kita tetapkan sebahagian daripada condition

nanti untuk pre operating license ataupun operating license nanti. Saya rasa…

Dr. Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor]: Yang Berhormat Menteri sikit.

Datuk Seri Dr. Maximus Johnity Ongkili: Yang Berhormat sudah bahas tadi mahu tanya

juga?

Dr. Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor]: Okey, terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Terima kasih Yang Berhormat Menteri, saya cukup memahami apa

yang disebutkan oleh Yang Berhormat Menteri sebentar tadi. Namun kalau saya bawa Yang

Berhormat Menteri kepada perhatian yang dirakamkan sendiri oleh MMA. Mereka juga

menyatakan dengan izin grave concern on the possible hazardous effect of the plan Lynas rare

earth refiner project in Gebeng Pahang.

Persoalannya ringkas kalau boleh sebutkan bukan hanya kepada perkara yang

dibangkitkan oleh Yang Berhormat Menteri sebentar tadi tetapi lebih penting daripada itu adalah

juga fenomena apa yang dikatakan sebagai internal emitters. Saya kira saya tidak perlu bersyarah

panjang tentang perkara itu lalu persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Menteri

sebentar tadi tentang yang dikatakan sebagai safe level. Saya tidak perlu mengingatkan Yang

Berhormat Menteri dalam persoalan casino genesis dalam lock those response curve kalau boleh

saya sebutkan dengan izin di sana tidak ada satu save level especially kalau yang cuba dibawa

dalam apa yang dikatakan sebagai persepsinya that perkara itu dianggap sebagai safe level and

tolerable limits.

Yang Berhormat Menteri sedia maklum sebagai human carcinogens perkara ini sudah

sememangnya menjadi establish that there is hardly any harmless when it comes to thorium

DR 14.11.2011

170

partially. Dengan 14 bilion half life Yang Berhormat Menteri. Jadi perkara inilah yang kami

nyatakan dan saya bercakap ini atas dasar by partisan, nothing against mana-mana pihak tetapi

atas pertanggungjawaban knowledge atau ilmu supaya perkara ini jangan diambil mudah begitu.

Especially Yang Berhormat Menteri, ketika license diberikan sebelum daripada perkara-perkara itu

dibuat lebih awal, ke semua ini sangat-sangat mengecewakan.

Saya juga mengingatkan Yang Berhormat Menteri bahawa dalam isu bukan hanya nuklear

saintis. Assessment on level sahaja tetapi perlu penglibatan epidemiologist, public health,

toxicologists, jadi oleh kerana itu disiplin kita ini mestinya multi disiplin dan atas perkara ini juga

saya minta supaya sebarang isu dan projek ini diambil dipertimbangkan dengan segala

pertanggungjawabannya. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Datuk Seri Dr. Maximus Johnity Ongkili: Terima kasih Yang Berhormat Kuala Selangor.

Perihal internal emitters itu telah pun dibangkitkan sebelum ini juga dalam perbahasan peringkat

dasar. Saya maklumkan kepada pihak Dewan yang mulia ini bahawa dalam pertimbangan perihal

pre operating dan actual operating license kita akan pastikan bahawa kawalan mengenai perkaraperkara

ini hendak concerns dengan izin if I may will make our hunt and the only way dengan izin

to handle this to use international standards. Buka kilang itu, buka diri kita to the exposure of the

world atau … and that part I beri jaminan kepada pihak Parlimen.

_ 2120

Memang dalam perkara ini ada keraguan, saya rasa pihak MOSTI telah berbincang

dengan Kementerian Kesihatan supaya MAA terlibat dalam perbincangan-perbincangan

termasuklah nanti dari segi penelitian internal emitters dan seterusnya untuk mengawal selia

supaya teknologi digunakan untuk kawalan di dalam dari segi jumlah radiation dikeluarkan itu

adalah yang terbaik di dunia dan we expose ourselves dengan izin to the world authority dalam

perkara itu.

Itulah jaminan yang kita telah beri sampai sekarang ini dan itulah saya rasa keraguan

Yang Berhormat Kuantan ini kita harus I think berbicara dengan bukan sahaja pemikiran yang

tajam tetapi hati yang tepat. Ini kerana the end of the day when dealing with radiation dealing

dengan perkara semua seperti ini. The best way is to let science take care of this thing and then

use international standard. Kerajaan ini dan pihak kementerian akan beri jaminan bahawa apa-apa

juga ketetapan yang dibuat itu adalah bukan sekadar standard Malaysia tetapi standard yang

dihormati oleh pihak antarabangsa.

Maknanya Yang Berhormat Kuantan ini – terima kasihlah setelah teguran-teguran dan

semuanya input yang diberi. Akan tetapi saya rasa perlu juga kita meneliti ini Pejabat MOSTI,

pejabat kedua-dua agensi di bawah MOSTI, LLB dan Agensi Nuklear Malaysia sentiasa terbuka

untuk perbincangan untuk penelitian. Banyak program untuk penjelasan kepada rakyat telah pun

diadakan dan seterusnya. Misalnya ada yang dianjurkan pada 23 Julai yang lalu dan beberapa Ahli

Parlimen daripada bukan kerajaan telah pun datang untuk datang tetapi Yang Berhormat sendiri

DR 14.11.2011

171

tidak datang untuk berinteraksi dan memberi input-input yang perlu. Saya rasa ruang lebih luas

untuk bekerjasama dalam bidang perkara ini.

Puan Fuziah Salleh [Kuantan]: Mohon Yang Berhormat Menteri saya tidak tahu tentang

program tersebut. Adakah yang dibuat di Kuantan?

Datuk Seri Dr. Maximus Johnity Ongkili: I give you the…

Puan Fuziah Salleh [Kuantan]: Jikalau yang dibuat di Kuantan sepatutnya ada lapan

sesi dan sewaktu itu Parlimen sedang bersidang.

Datuk Seri Dr. Maximus Johnity Ongkili: 23 Julai 2009, di negeri Pahang.

Puan Fuziah Salleh [Kuantan]: Oh! Waktu 2009 wakil saya ada pergi sebab waktu itu

saya ada di luar negara dan saya beri maklum balas. Wakil saya pergi Yang Berhormat Menteri

tetapi…

Datuk Seri Dr. Maximus Johnity Ongkili: Akan tetapi Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain

semua itu you know telah pun hadir.

Puan Fuziah Salleh [Kuantan]: Ya, tetapi saya tiada kerana saya berada di luar negara

tetapi wakil saya pergi Yang Berhormat Menteri. Ya, you have to note that down. Please note that

down.

Datuk Seri Dr. Maximus Johnity Ongkili: Saya memperakui itu tetapi Yang Berhormat

sekadar hantar wakil di situ.

Puan Fuziah Salleh [Kuantan]: Yes.

Datuk Seri Dr. Maximus Johnity Ongkili: Akan tetapi saya rasa perlu ada perhubungan

yang lebih rapat. Kita terbuka we have nothing to hide on this.

Puan Fuziah Salleh [Kuantan]: Yes and then saya ingat juga kerana pada Yang

Berhormat Menteri saya tanya berkenaan dengan proposal, Yang Berhormat Menteri kata nanti

you akan beri saya satu salinan tetapi sehingga hari ini saya tidak terima juga. So I don’t want lip

services, orang Kuantan hendak tengok real sincerity pihak MOSTI untuk selesaikan masalah ini.

Datuk Seri Dr. Maximus Johnity Ongkili: Yes, yes. Ini yang kita beri jaminan juga. Kita

berjumpa di tangga sana dan Yang Berhormat sentuh dengan saya dan saya katakan perkara ini

masih lagi dalam perhatian pihak LLB kerana lembaga belum lagi bertemu. Akan tetapi as pada

recommendation, cadangan oleh pihak IAE di bawah sembilan itu adalah bagi maklumat

perkukuhkan lagi pengedaran maklumat dan seterusnya. Akan tetapi maklumat yang telah pun

menjadi sah kita tidak boleh edarkan kepada pihak awam yang baru dimasukkan untuk

pertimbangan lembaga kerana Akta 304 tidak membolehkan ini.

Jadi kita sentiasa engage kalau masih ada keraguan kita hendak beri maklumat yang tepat

kepada semua dan banyak program yang telah dikendalikan oleh pihak MOSTI dan kementerian

yang lain dan ingat apabila Yang Berhormat misalnya hendak potong gaji biarkan itu Tuan

Pengerusi sudah putuskan tetapi ini bukan jagaan MOSTI sahaja daripada enam licenses, tiga

licenses di bawah MOSTI. Sekarang ini gerakan di bawah MITI, di bawah Kementerian Kesihatan

DR 14.11.2011

172

dan MOSTI serta jabatan-jabatan yang lain NRE untuk membolehkan rakyat mendapat maklumat

yang benar.

Untuk mengatakan misalnya Lynas itu tutup di sini ialah saya rasa ahli-ahli pakar di dalam

parti Yang Berhormat pun cukup banyak. They can give you all the baseline data, you know? Saya

terkejutlah pada masa Yang Berhormat berbahas pada 18 hari bulan apabila diganggu oleh Ahliahli

Yang Berhormat yang lain dan dikatakan Yang Berhormat Hulu Langat itu adalah pakar

sebenarnya PhD dalam bidang nuclear sciences ini. Yang Berhormat katakan itu nuklear, ini rare

earth you know. I mean that’s amazing answer to say itu dia pakar nuklear tetapi ini rare earth

count under 304 kerana ada nuclear content that’s why the skill required, you see.

Puan Fuziah Salleh [Kuantan]: Yang Berhormat Menteri yang saya marah sangat

kenapa Ahli-ahli Parlimen sebelah sana menggunakan isu Ahli Parlimen Hulu Langat sedangkan

Presiden PAS menyebut Ahli Parlimen Hulu Langat serta Ahli Parlimen Kuala Selangor, dua nama

yang disebut dan Yang Berhormat Kuala Selangor sudah pun mengatakan bahawa isu ini

multifaceted, multidisciplinary.

Saya sentiasa berbincang dengan Yang Berhormat Hulu Langat dan Yang Berhormat Hulu

Langat kata tidak apalah kalau hendak lihat dari aspek alam sekitar, kalau hendak lihat dari aspek

public health, kalau hendak lihat dari aspek ground water dan kalau hendak lihat dari aspek

internal emitters dia kata yang itu dia tidak ada kepakaran. Tidak apalah teruslah dia kata.

Dia hanya bercakap dari aspek radiasi luaran dan itu yang dia cakap. Oleh sebab itu saya

sentiasa mengatakan bahawa kadang-kadang yang saya dengar tadi Ahli Parlimen daripada

sebelah BN cakap bulat-bulat apa yang Lynas bagi. Jadi ini Yang Berhormat Menteri tolonglah beri

sedikit pendidikan dan sedikit penjelasan kepada mereka itu.

[Dewan riuh]

Datuk Seri Dr. Maximus Johnity Ongkili: Saya rasa Yang Berhormat, the baseline

akhirnya ialah the fear berasas kepada jumlah radiation yang akan timbul daripada situ that’s the

baseline, that’s the scientific bases. Sememangnya untuk tujuan lesen keseluruhan kita ada AIA

lagi yang lain kerana ada lagi kelulusan dari segi DOSH, keselamatan pekerja – We ambil kira

semuanya ini. Akan tetapi adalah penting bahawa maklumat yang kita gunakan itu adalah

maklumat yang tepat dan dihormati supaya soal menakut-nakutkan pihak awam ini tidak timbul dan

ini satu bidang memerlukan sains. Bidang ini saya rasa penekanan bukan kepada pakar dalam

psikologi dan sebagainya kerana akhirnya ini adalah kepakaran dalam bidang sains.

Puan Fuziah Salleh [Kuantan]: Yang Berhormat Menteri saya minta maaf ya. Saya lihat

ini sebagai satu cara untuk menyelewengkan dan untuk menjatuhkan saya. Ini kerana Yang

Berhormat Menteri Ahli Parlimen yang bertanggungjawab ialah Ahli Parlimen yang buat

researches. Mesti baca, mesti study, mesti tanya pakar dan bukan buat atas dasar kepakaran

masing-masing, impossible – mustahil. Setiap Ahli Parlimen dalam Dewan mempunyai kepakaran

dalam semua bidang.

DR 14.11.2011

173

Datuk Seri Dr. Maximus Johnity Ongkili: Ya saya setuju.

Puan Fuziah Salleh [Kuantan]: Akan tetapi Ahli Parlimen yang bertanggungjawab buat

researches, Ahli Parlimen yang bertanggungjawab tanya pakar, Ahli Parlimen yang

bertanggungjawab duduk dengan pakar dan akhirnya Ahli Parlimen yang bertanggungjawab kena

berdasarkan hujah dan akhirnya buat keputusan yang bertanggungjawab and to insinuate bahawa

seorang yang pakar dalam bidang lain tidak ada hak untuk bercakap dalam satu bidang lain, that is

wrong.

Datuk Seri Dr. Maximus Johnity Ongkili: Yang Berhormat saya tidak bercakap itu.

Puan Fuziah Salleh [Kuantan]: Ini kerana masalah dalam satu-satu, masalah dalam

mana-mana kawasan boleh melibatkan macam-macam masalah Yang Berhormat Menteri.

[Dewan riuh]

Dato’ Ismail bin Abd. Muttalib [Maran]: [Bangun]

Datuk Seri Dr. Maximus Johnity Ongkili: No, ini salah. So ini putar-belit juga. Saya tidak

katakan tiada ruang.

[Dewan riuh]

Puan Fuziah Salleh [Kuantan]: Saya rasa Yang Berhormat Menteri, saya cukup kawan

baik dengan Yang Berhormat Menteri but you don’t have insinuated.

Dato’ Ismail bin Abd. Muttalib [Maran]: Yang Berhormat Menteri.

Datuk Seri Dr. Maximus Johnity Ongkili: No.

Puan Fuziah Salleh [Kuantan]: Ini kerana we did research, kita tanya pakar dan Yang

Berhormat Menteri tidak boleh kata bahawa kita tidak boleh pakar dalam semua bidang.

Datuk Seri Dr. Maximus Johnity Ongkili: So, betul.

Dato’ Ismail bin Abd. Muttalib [Maran]: Tuan Pengerusi.

Puan Fuziah Salleh [Kuantan]: So it is multidisciplinary jadi kita kena tanya semua

disiplin.

Dato’ Ismail bin Abd. Muttalib [Maran]: Tuan Pengerusi. Yang Berhormat Menteri.

Datuk Seri Dr. Maximus Johnity Ongkili: Betul, kita akan pastikan maklumat yang ada

itu jangan kita salah gunakan untuk menakutkan rakyat dan seterusnya.

Puan Fuziah Salleh [Kuantan]: Jadi itu silap juga hendak kata menakutkan. Saya ada

dokumen-dokumennya di sini. Saya yakin Yang Berhormat Menteri kalau hendak tengok boleh kita

sama-sama kongsi.

Dato’ Ismail bin Abd. Muttalib [Maran]: Terima kasih Tuan Pengerusi, Yang Berhormat

Menteri.

Puan Fuziah Salleh [Kuantan]: Mungkin all these licenses pun…

Datuk Seri Dr. Maximus Johnity Ongkili: Tidak ada, standard yang kita gunakan

standard antarabangsa. World class punya dan kita boleh sama-sama membantu.

DR 14.11.2011

174

Puan Fuziah Salleh [Kuantan]: Ya. Okay then saya hendak dengar Yang Berhormat

Menteri kata the ways in land is classified of radioactive wave ikut antarabangsa punya standard.

Dato’ Ismail bin Abd. Muttalib [Maran]: Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Menteri.

Datuk Seri Dr. Maximus Johnity Ongkili: Okey hendak habis sudah.

Dato’ Ismail bin Abd. Muttalib [Maran]: Sedikit, sedikit Yang Berhormat Menteri. Saya

kadang-kadang saya tidak pakar, saya mengaku saya bukan pakar. [Ketawa] Sama sahaja kalau

kita bukan pakar kita akui kita bukan pakar. Saya rasional Tuan Pengerusi. Ini saya hendak minta

pandangan kita ini Ahli Parlimen kadang-kadang bila pakar jawab betul dan tidak memihak kepada

kita, kita tidak terima. Ini hakikatnya yang melemahkan kita. Apa salahnya walaupun kita

pembangkang kita Barisan Nasional kalau benda itu betul kita terima yang betul. Ini tidak bila

benda itu betul tidak memihak kepada kita, kita tidak terima.

_2130

Ini satu kelemahan. Beliau takut Kuantan ini, – Saya orang Kuantan ini. Beliau kalau kalah

kes ini, malu beliau. Jangan bela. Ini bila walaupun… [Dewan riuh]

Saya tahu pakar kita ada. Saya boleh cakap di sini, beliau kata seolah-olah saya jadi

bebas sekarang kerana bila saya katakan yang benar, orang akan kata saya ini sudah pro Barisan

Nasional. Ini hakikat yang perlu kita terima kalau kita Ahli Parlimen Tuan Pengerusi. Terimalah!

Kalau yang betul, kita terima betul walaupun bukan belah kita. Oleh sebab itu kita tidak ini…

Datuk Seri Dr. Maximus Johnity Ongkili: Okey. Terima kasih atas input itu kepada

semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah memberi…

Dr. M. Jeyakumar Devaraj [Sungai Siput]: Yang Berhormat Menteri…

Datuk Seri Dr. Maximus Johnity Ongkili: Input dan cadangan. Mana yang saya belum

siap untuk mengulas semuanya, kita balik ke MOSTI, Kementerian MOSTI terbuka untuk

berbincang bila-bila masa. Sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi: Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang

sejumlah RM775,204,300 untuk Maksud B.30 di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi

jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.

Masalah dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan.

Wang sebanyak RM775,204,300 untuk Maksud B.30 diperintahkan jadi sebahagian

daripada Jadual.

Tuan Pengerusi: Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM512,818,400

untuk Maksud P.30 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan bagi tahun 2012 hendaklah

diluluskan.

Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.

Wang sebanyak RM512,818,400 untuk Maksud P.30 diluluskan jadi sebahagian daripada

Anggaran Pembangunan 2012.

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: