Skip to content

“Skandal NFC hasil budaya meminggir rakyat, yang seharusnya paling berkepentingan dalam urusan kewangan negara”

December 3, 2011

Wang rakyat wajar memenuhi keperluan rakyat ramai, bukan untuk memenuhi citarasa segelintir mereka yang berkuasa atau intim dengan mereka yang berkuasa.  Justru, status sifar konflik kepentingan-kepentingan (zero conflict of interests) bagi mereka yang berkuasa menjadi wajib dalam pengurusan kewangan, bajet dan kekakyaan negara milik rakyat sepenuhnya.

Firman Allah swt: “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasul dan janganlah kamu mengkhianati amanah-amanah yang dipercayakan kepadamu, sedang kamu mengetahui.” (Maksud Surah Al Anfal :27).

Jelas bahawa skandal NFC yang ditimbulkan oleh Laporan Audit Negara 2010 memberi persepsi bahawa ianya hanyalah secebis hasil dari budaya pecah amanah yang berlaku dalam pentadbiran negara.   Kelulusan amaun yang begitu besar (RM250 juta) tentunya mengalami berbagai proses – dari pemilihan projek, pemilihan entiti pelaksana, kelulusan pinjaman, hingga kepada pemantauan dan penilaian – yang melibatkan beberapa kementerian dan menteri yang telah diamanahkan untuk memelihara kepentingan rakyat.   Apakah mekanisme bagi memastikan kejayaannya?   Bagaimana pula boleh sebahagian wang ratusan juta itu digunakan untuk tujuan selain dari yang ditetapkan dan wewenang menghambur wang (membeli kondominium mewah, kereta mewah dan tanah prima  serta kunjungan ke luar negara)?

Wang diraih di atas keringat dan darah rakyat, yang bertungkus lumus siang dan malam membangunkan negara sehingga mencapai tahapnya kini, dengan itu kerajaan mudah beroleh pinjaman, demi pinjaman dari dalam dan luar negara; hanya untuk dibazirkan dan memenuhi kehendak hati segelintir manusia.

Amalan politik yang memberi habuan kepada kroni didapati langsung tidak sesuai lagi di era rakyat semakin celik dan berinformasi.   Tiada sezarah maknapun transformasi yang diheboh-hebohkan jika tidak disusuli oleh tindakan tegas membasmi penyelewengan dan salah guna kuasa dalam membelanjakan wang rakyat.  Skandal ini hanya akan selesai dengan rakyat diberi hak mereka untuk dimaklumkan segala perincian tentang projek NFC ini sehingga mereka yang bersalah didakwa dan diambil tindakan seadilnya.

Di sebahagian negara-negara maju, skandal serupa ini akan menyaksikan menteri-menteri kerajaan berkenaan meletakkan jawatan mereka masing-masing tanpa disuruh.   Kerana mereka mempamerkan imej tidak kompeten, tiada mengamalkan tata kelola baik dan mengabaikan ketelusan.

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: