Skip to content

Presiden Parti Keadilan Rakyat: TAHNIAH SELANGOR!

November 14, 2011

 

Kenyataan Media

Tahniah Selangor!
Keadilan mengalu-alukan Belanjawan Selangor 2012 yang bertemakan Selangorku: Hasil Negeri Untuk Rakyat yang dibentangkan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.

Bagi pihak Kepimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat, saya mengucapkan tahniah kepada kerajaan pimpinan Tan Sri Khalid yang berjaya meningkatkan hasil negeri serta memastikan pengagihan khazanah negeri secara adil dan prihatin. Anggaran peningkatan hasil cukai (8.23%) dan hasil bukan cukai (40.12%) untuk tahun 2012 menampakkan pengurusan ekonomi negeri yang menjanakan pembangunan yang cukup pesat.
Dengan peningkatan hasil yang cukup baik ini, kerajaan negeri perlu berhemah dalam berbelanja. Simpanan tunai kerajaan Selangor kini telah mencecah RM 1.2 bilion – jumlah tertinggi sejak 28 tahun. Pengurusan wang yang beramanah ini adalah bukti komitmen Pakatan Rakyat terhadap pemerintahan berintegriti yang tidak berbelah bagi.
Jumlah simpanan wang ini harus dibandingkan dengan hutang kerajaan persekutuan yang telah mencecah RM 400 bilion. Jumlah hutang ini amat membimbangkan; tanpa reformasi yang mendalam, Malaysia mungkin akan menghadapi masalah yang sama dengan negara-negara Eropah yang berdepan dengan krisis ekonomi yang cukup parah.

Tidak seperti kerajaan sebelumnya, kerajaan negeri Pakatan Rakyat pimpinan Tan Sri Khalid berusaha untuk membasmi ketirisan dan rasuah yang merugikan rakyat sehingga ratusan juta ringgit. Sebagai contoh, apabila Pakatan Rakyat mengambil alih pada Mac 2008, tiada sebarang rekod berkenaan hutang RM 391 juta Syarikat Talam kepada kerajaan Selangor. Walaubagaimanapun, pimpinan baru kerajaan negeri yang meneliti setiap aspek pengurusan wang rakyat berjaya mengenalpasti serta mengutip balik wang yang dihutang oleh pihak swasta kepada rakyat.

Hasil pembasmian ketirisan dan rasuah ini, ratusan juta ringgit telah berjaya dijimatkan dan dibelanjakan balik demi kebajikan rakyat. Bagi 2012, kerajaan Selangor akan menyambungkan segala inisiatif kebajikan di bawah program Merakyatkan Ekonomi Selangor, serta menambah sebanyak RM 300 juta lagi (hampir 15% belanjawan sepenuhnya) di bawah Geran Selangorku untuk meningkatkan lagi dana dan meringankan beban ekonomi rakyat.
Kita mengalu-alukan semua progam kebajikan ini yang memanfaatkan rakyat yang menghadapi cabaran ekonomi yang semakin perit. Sasaran bantuan negeri termasuk rakyat berpendapatan rendah di kawasan bandar dan luar bandar, golongan petani dan nelayan, serta orang kelainan upaya.

Program kebajikan kerajaan Selangor bersifat menghakupayakan rakyat supaya mampu berdikari, bukannya bersifat pertolongan ‘one-off’ sepertimana yang dilaksanakan oleh kerajaan persekutuan. Pendekatan ini menunjukkan komitmen Pakatan Rakyat untuk memastikan setiap rakyat berpeluang mencari pekerjaan bermaruah dan pendapatan yang mencukupi serta setara dengan kos sara hidup.

Keadilan mengucapkan tahniah kepada kerajaan negeri Selangor dan Menteri Besar Tan Sri Khalid atas kejayaan dalam pengurusan hasil negeri untuk rakyat dan harap kerajaan persekutuan akan meneladani pendekatan yang memprioritikan rakyat ini.

DR WAN AZIZAH WAN ISMAIL

PRESIDEN

PARTI KEADILAN RAKYAT.

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: