Skip to content

KERANGKA TIPU HELAH

October 17, 2011

In the eyes of empire builders men are not men but instruments : Napoleon Bonaparte : (1769-1821)

Dunia politik mengenepikan elemen-elemen emosi dan melihatnya sebagai sesuatu yang tiada nilainya dalam mengejar dan memperagakan kuasa.

Setiap insan dan kemudahan adalah alat yang dipergunakan untuk lebih hampir kepada pemilikan kuasa yang disangka akan menjamin longgokkan kemewahan di dunia ini.

Emosi insan dipermainkan dan dieksploitasikan untuk kepentingan mencapai sesuatu agenda.   Dengan sebab itu, adalah disengajakan supaya rakyat, khususnya orang Melayu, memang kurang arif mengendalikan emosi dan sering mudah diperdayakan oleh anasir-anasir yang lebih berilmu dan bijak memperdaya orang lain.   Satu kajian berkaitan dengan industri jualan langsung lama dahulu menyebut bahawa orang Melayu adalah golongan yang paling mudah percaya dan mudah diperdaya.   Sebab itulah jualan langsung (direct selling) sangat maju di Malaysia pada suatu ketika dahulu sehingga undang-undang mengenai industri tersebut diperketatkan.

Selain itu, kebanyakan orang Melayu cepat merajuk, patah hati dan putus asa.

Para ahli spiritual dari pelbagai agama senantiasa memberi amaran terhadap tipu daya yang memperdayakan.   Ia berkaitan dengan keinginan nafs (desires) yang mencengkam hati dan nurani sehingga sanggup melaksanakan sesuatu tanpa batas dan sempadan.  Apa yang penting ialah mencapai hasrat dan tujuan keduniaan tadi.   Dalam proses tersebut, akan ada yang tertepis dengan hati dan perasaan yang hancur luluh – tidak pernah dalam mindanya terfikir akan berlaku pengkhianatan yang cukup besar sehingga ada di anataranya kini hidup seperti orang yang merempat.   Adakah begitu kejamnya para politikus yang melegari arena politik?   Tidak berhati perut (heartless), samseng, bertindak ganas dan tanpa nilai dan prinsip.   Bagaimanakah untuk melawan arus budaya politik yang sedemikian?

Sebahagian besar rakyat telah membiarkan politikus-politikus ini berkuasa dan berpengaruh dalam menguasai segala sudut pentadbiran negara.   Sekali lagi, status sebahagaian besar rakyat itu adalah disengajakan kerana itu memudahkan elitis yang tidak berhati perut, samseng, bertindak ganas dan tanpa nilai dan prinsip untuk berbuat sesuka hati mereka dan menggobrol khazanah negara semahu mereka dan dengan apa cara yang dikehendaki, dan memerenjarakan mereka yang utuh dengan pendirian yang berbeza.   Itulah natijahnya bila kita membiarkan orang politik menguasai segalanya dan tidak diaudit tindakan dan operasi mereka.

“It should be no surprise that when rich men take control of the government, they pass laws that are favourable to themselves. The surprise is that those who are not rich vote for such people, even though they should know from bitter experience that the rich will continue to rip off the rest of us. Perhaps the reason is that rich men are very clever at covering up what they do.” –  Andrew Greeley (Chicago Sun-Times, February 18, 2001)

Perasaan, kekecewaan, kesusahan rakyat bukanlah yang utama dalam lubuk hati ramai orang-orang yang berkuasa.   Bahkan mereka menjauhi rakyat dan apa yang dideritai oleh mereka kerana tidak dapat mendidik diri untuk merapati rakyat dengan sepenuh hati, jiwa dan raga mereka.   Rakyat yang datang mengadu dianggap menyusahkan hidup dan mencuri masa untuk mereka bersantai, bersenang lenang bersama kenamaan-kenamaaan lain yang kegemaran mereka lazimnya menceritakan dan berkongsi maklumat tentang peluang-peluang untuk menggandakan khazanah masing-masing.

Apakah kelemahan orang-orang yang baik sehingga orang-orang yang sedemikian tetap memegang tampuk pemerintahan sebegitu lama?

Apakah yang belum dibereskan dalam urusan kelengkapan, persaudaraan dan kepercayaan untuk menjana kekuatan dan menghapuskan kezaliman?

Ataukah rasa melawan itu tipis dan tidak akan terdaya menangkis walau seinci pencerobohan?

Atau sudah selesa dengan apa yang ada sehingga merasa tidak perlu tindakan yang dikira berlebih-lebihan?

Atau menganggap memang status kegilaan umat manusia sudah tidak boleh diubah lagi, hanya menunggu seorang saviour seperti Imam Mahadi untuk melaksanakan reformasi total?

Kerengka tipu helah meliputi mereka yang berada di luar lingkungan kezaliman kerana mereka yang di luar lingkungan itu pula telah tertipu oleh diri mereka sendiri.

Dengan itu, berlakulah kezaliman dan pencerobohan di sana sini tanpa sekatan.

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: