Skip to content

Pergerakan Huatuan dan Ketuanan Politik Melayu

July 3, 2011

Ketuanan Politik Melayu, Pandangan Kaum Cina oleh Thock Ker Pong , Penerbit Universiti Malaysia, Cetakan kedua 2007.

Beberapa intipati ditampilkan.

Hampir kesemua di bawah adalah petikan-petikan dari buku di atas.

Persatuan dan Pertubuhan sosial masyarakat Cina dilabelkan secara kolektif sebagai Huatuan.   Antara yang mendapat perhatian ialah Dongjiaozong, Dewan Perhimpunan Cina, Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia (GPCM), Gabungan Dewan-Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCIM) dan 15 dewan-dewan perniagaan Cina yang lain.

Thock Ker Pong meneliti gerakan dan respons yang dilancarkan oleh Huatan dari tahun 1969 hingga 1999 untuk menghadapi cabaran yang dibawa oleh hegemoni politik Melayu.   Beliau meneruskan pengkajian yang berkaitan sehingga awal 2000 yang membabitkan perjuangan Huatuan menerusi gerakan Suqiu.

Di peringkat awalnya Huatuan dibentuk untuk memelihara kebajikan dan kepentingan orang Cina.   Dalam proses perjuangannya, unsur-unsur dari pandangan dan pemikiran Gramsci dijadikan antara panduan.   Gramsci menganjurkan Negara idealistiknya sebagai Negara Sempurna (Integral State) yang merupakan gabungan masyarakat politik dan masyarakat sivil.   Dalam gagasan Gramsci, masyarakat sivil adalah suatu lokasi yang membolehkan Negara beroperasi untuk memperkukuhkan kedudukan dan mencapai hegemoni kelas pemerintah.   Beliau mencanangkan kepimpinan moral dan intelektual yang berasaskan persetujuan sebagai pendekatan yang unggul dalam mencapai matlamat di atas. (dalam konteks kotemporari, prinsip-prinsip dan amalan tata kelola baik atau good governance.   Masyarakat madani atau masyarakat sivil seperti saya fahami mempunyai beberapa ciri:  iaitu, sebuah masyarakat yang menjamin keadilan untuk semua ahlinya, menjunjung prinsip-prinsip perlembagaan, mengukuhkan institusi kehakiman, dan mengangkat darjat kemuliaan insan, kebebasan dan haknya. – Rozaini).   Kepimpinan yang sedemikian harus diamalkan sebelum memperoleh kuasa kerajaan dan diteruskan juga walaupun telah memegang tampuk kuasa kerajaan (Carnoy 1984:57-58).

Gambar Hiasan

Gambar Hiasan

Pergolakan politik tanahair telah menyaksikan anjakan Huatuan dari landasan kepentingan komunal ke arah perjuangan non-komunal yang bersifat civic.

Perjuangan menerusi Suqiu telah meraih sokongan 2095 buah Persatuan Cina dari seluruh Malaysia dan telah menampilkan kuasa NGO daripada masyarakat Cina.   Gerakan Suqiu telah mendokong Manifesto Barisan Alternatif (PAS-KEADILAN-DAP) ketika itu, “Ke Arah Masyarakat Adil” yang memberi penekanan terhadap soal nepotisme, kronisme, rasuah, penindasan, dan kepincangan dalam sistem pentadbiran negara dengan menyeru agar keadilan, ketelusan, dan akauntabiliti diutamakan.

Dalam bukunya juga, Thock Ker Pong telah menyingkap bagaimana MCA berperanan memecah-belahkan pergerakan Huatuan (m.s. 201).

Dengan pengaruh yang Huatuan yang semakin meningkat ketika itu, MCA mencuba untuk menguasai Huatuan, bermula pada tahun 1990.   MCA dikatakan pernah mengeluarkan arahan sulit kepada ahli-ahlinya yang menganggotai Huatuan supaya merampas pucuk pimpinan persatuan Cina (Shue 1992:40).   Cubaan itu mendatangkan hasil apabila kumpulan Lim Geok Chan yang pro-MCA berjaya menguasai DPCS (Dewan Perhimpunan Cina Selangor) pada 7 Mei 1990 dengan mengalahkan Lau Sik Thong, timbalan presiden sebelum pemilihan itu.   Akibat penyerapan parti itu, pergerakan Huatuan mula ditimpa pergolakan dan perpecahan.   (Selebih penelitian menarik Thock Ker Pong boleh didapati dari buku beliau – Rozaini)

Gambar Hiasan

Gambar Hiasan

Buku ini menjelaskan aliran pemikiran kepimpinan NGO Cina dalam jangkamasa yang disebutkan.   Ia boleh diambil pengajaran dan manafaat oleh lain-lain ras dan NGO dalam rangka mereformasi dan mentransformasi pentadbiran negara Malaysia menerusi sistem demokrasi, yang malangnya tidak tulin.   Perapatan saf perjuangan menjadi intipati utama; tidak dilupai sikap kewaspadaan terhadap elemen politik durjana pemerintah yang ingin memusnahkan saf perjuangan rakyat – Rozaini

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: