Skip to content

Eksklusiviti=Politik Perkauman

April 22, 2011

Lumrahnya, dalam pergelutan dan percaturan politik, akses terhadap informasi yang tepat menjadi imperatif dalam pembuatan keputusan yang betul.   Kesilapan disitu akan mengakibatkan rentetan kecundang dalam mengekalkan kuasa, kerusi dan pengaruh.
Angota parti yang celik wajar mendahului rakyat yang diharapkan supaya celik politik nilai/politik baru.
Budaya berterusan “Politik Ambek Hati” yang diselubungi pendewaan terhadap pemimpin dan kepalsuan adalah sesuatu yg akan menghancurkan, bukan saja parti yang terlibat tetapi juga akhlak masyarakat dan generasi masa depan negara.
Rakyat perlu pemimpin yang boleh membawa semua jenis manusia, bukan saja kroni-kroninya, dalam satu saf, yang digembleng ke arah mencapai kebaikan bersama.
Eksklusiviti samalah seperti politik perkauman yang cenderong kepada mendiskrminasi,memimggir dan menzalimi kumpulan lain; lebih parah bila penganut eksklusiviti ini tidak sedar bahawa mereka sedang menzalimi orang lain dengan cara yang halus dan tidak kelihatan langsung di mata kasar.
Tapi, duit syiling itu ada dua muka, kan (every coin has two sides)?
Apa puncanya pula golongan itu bersikap eksklusif?
Risiko tinggi bagi pemimpin yang ingin membawa semua jenis manusia dalam satu saf, kerana beliau sendiri mungkin dikecundangkan oleh elemen-elemen yang dibawa ke dalam satu saf itu.
Apakah penyelesaiannya?
Saya belum nampak penyelesaiannya…tapi proses ke arah mencapainya mudah dan mungkin boleh mendekati formula-formula penyelesaian yang hampir sempurna…
Rakyat & anggota-anggota parti sangat perlu kepada pemimpin yang boleh memberi penumpuan untuk mendengar dengan adil…rakyat dan anggota parti inginkan pemimpin yang memahami, bukan yang bersifat seperti tahu segalanya…
Rakyat dan anggota parti perlu panduan yang jelas untuk mereka bertindak dalam batas2 peraturan yang jelas jua agar konsisten dalam langkah2, tindakan dan pembuatan keputusan kerana di atas itulah kepercayaan dibina…iaitu, kepercayaan yg akan mengolah formula2 penyelesaian dalam semua perkara berdasarkan kesepakatan yg bersifat inklusif.

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: