Skip to content

Lemahnya Menteri Wanita…

April 21, 2011

Lemahnya Shahrizat dlm memenuhi permintaan sebahagian wanita…untuk wujudkan Bank Wanita. Permintaan utk wujudkan Bank Wanita itu kerana kajian yg telah dibuat. Seingat saya dahulunya…asalnya dicadangkan oleh pihak PAS.Apapun, memang tiada gunanya jika Bank Wanita yg nak diwujudkan itu diurus oleh

Wanita Umno atau Umno-BN.Imej Umno memang buat semua sesuatu tanpa ketelitian & kesepakatan di kalangan mereka2 yg wajar, seperti Menteri2/EXCO Wanita dari setiap negeri, khususnya dari negeri2 pimpinan Pakatan Rakyat, yg kebiasaannya dipinggirkan, mengambil input keprluan wanita secara keseluruhan.Apakah bentuk bank ini seperti Bank konvensional/Islamik?   Tup-tup aje ulang cakap pasal Bank Wanita…apa nih? nak sedapkan hati pengundi wanita menjelang pilihan raya ke?

Tengoklah betapa lemahnya Menteri Wanita ini(hanya seperti seorang Setiausaha, bukan seperti wakil kepada lebih 12.5 juta perempuan seluruh negara yg punya kuasa politik).

Tengoklah betapa lemahnya Menteri Wanita ini(hanya seperti seorang Setiausaha, bukan seperti wakil kepada lebih 12.5 juta perempuan seluruh negara yg punya kuasa politik).

Cadangan diwujudkan bank wanita diteruskan – Shahrizat

21/04/2011 2:56pm

KUALA LUMPUR 21 April – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan terus mencadangkan kepada kerajaan supaya menubuhkan bank wanita bagi membantu usahawan-usahawan wanita di semua sektor.

Menterinya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, walaupun kerajaan ketika ini beranggapan penubuhan bank itu bukan keperluan mendesak, pihaknya tidak akan berputus asa sehingga matlamat itu tercapai.

“Saya sebenarnya sudah pohon beberapa kali kepada pucuk pimpinan (Perdana Menteri) sebelum ini, tetapi jawapan yang diberikan ialah ketika ini kerajaan merasakan belum tiba masa untuk bank itu diwujudkan kerana konsep perniagaan adalah konsep yang terbuka untuk semua.

“Tetapi, oleh kerana belum diwujudkan bank untuk wanita ini, kami di kementerian tidak akan berputus asa dalam usaha ini dan akan terus mendesak untuk meminta supaya ia ditubuhkan,” katanya. – Bernama

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: