Skip to content

STOP LYNAS!: SURAT TERBUKA DARIPADA YB FUZIAH SALLEH, AHLI PARLIMEN KUANTAN KEPADA YAB MB PAHANG 1 APRIL 2011

April 1, 2011

LYNAS: SURAT TERBUKA DARIPADA YB FUZIAH SALLEH, AHLI PARLIMEN KUANTAN
KEPADA YAB MB PAHANG 1 APRIL 2011

Surat terbuka                                                               Tarikh: 1 April 2011

Kepada YAB Menteri Besar Pahang

Daripada Hjh Fuziah Salleh, Ahli Parlimen Kuantan

Saya mengalu-alukan kenyataan YAB MB Pahang berkenaan pembinaan logi pemprosesan Lynas di Gebeng serta pengiktirafan YAB terhadap status keselamatan logi tersebut. Ianya menunjukkan bahawa YAB MB prihatin terhadap keselamatan rakyat Pahang amnya dan rakyat Kuantan khususnya.

Namun saya berpendapat bahawa penerangan yg diterima oleh YAB MB darirpada LPTA merupakan taklimat yg tidak cukup menyeluruh kerana industri pemprosesan ‘rare earth’ ini merupakan industri yg melibatkan pelbagai bidang kepakaran dan juga melibatkan pembuatan dasar dari pelbagai kementerian.

YAB MB seharusnya telah berusaha mendapatkan  satu kajian dan pandangan dari satu badan bebas berkenaan impak pembinaan  logi Lynas serta juga impak operasi pemprosesan  nanti kepada keselamatan awam, kesihatan, kehidupan kekeluargaan dan sosial, ekonomi dan mata pencarian rakyat setempat, alam sekitar serta kesan terhadap kualiti kehidupan bagi rakyat di kawasan Kuantan.

Antara persoalan yg harus telah ditanya oleh YAB MB kepada pihak pakar ialah  kenapa tiada negara di dunia melainkan negera Cina telah bersetuju untuk membenarkan logi pemprosesan ‘rare earth’ di bina di negara mereka sejak 3 dekad (30tahun) kebelakangan ini.

YAB MB juga harus bertanya kepada jiran kita, MB Trengganu berkenaan pendirian Kerajaan Negri Trengganu berkaitan permohonan Lynas Corporation untuk membina logi yang sama di Teluk Kalung dalam tahun 2007.

YAB MB juga harus bertanya berkenaan sisa pepejal (leach purification solids) hasil dari pemprosesan yang akan  mengandungi bahan Thorium – bagaimanakah ianya akan diuruskan dan peraturan apakah yg akan di gunapakai oleh Lynas. Adakah  Solid Radiactive Waste Management yg akan diamalkan oleh Lynas apabila bermula operasi akan menepati piawaian negara Cina atau piawaian British atau piawaian Australia? Piawaian mana yang akan diguna pakai nanti?

YAB MB juga harus bertanya kepada pakar, apa kesan sisa yg mengandungi radioaktif  kepada alam sekitar dan seterusnya terhadap industri perikanan di kawasan Kuantan, memandangkan Sungai Balok berada di persekitaran Gebeng.

YAB MB juga harus meminta kajiselidik dijalankan tentang bagaimanakah nanti persepsi pelancung terhadap keselamatan mereka sekiranya mereka memilih Kuantan sebagai destinasi percutian. Samada mereka akan masih tertarik dan berminat untuk datang ke Cherating  bercuti di sebelah logi pemprosesan ‘rare earth’?

Memandangkan logi  pemprosesan ini nanti akan menjadi logi terbesar di dunia selain yang ada di negara Cina (yang kita semua tahu tidak mengambil berat tentang piawaian pemeliharaan alam sekitar.), persoalan di atas adalah amat penting.

Bagaimana pula impak terhadap industri keropok lekor dan ikan bakar serta industri ikan masin di Kuantan? Adakah akan lebih semarak atau nanti akan juga mengalami impak negatif daripada kekurangan kunjungan pelancong?

Saya jangka YAB MB hanya boleh berpuas hati setelah mendapat jawapan yg menyenangkan dari kesemua persoalan diatas.

Amanah kepimpinan ialah amanah besar dan rakyat mengharapkan pemimpin untuk bertindak telus serta bertanggungjawab.

Fuziah Salleh
Ahli Parlimen Kuantan
1 April 2011

————————————————————————————————————————————————–

Anti-Lynas group tells MB to back them in rare earth fight

By Shannon Teoh
April 01, 2011 Malaysian Insider
 

March 20, 2011 file photo of Kuantan residents signing a petition against the Lynas plant.

KUALA LUMPUR, April 1 — Kuantan residents campaigning against the rare earth refinery being built in their backyard hit back at Datuk Seri Adnan Yaakob today, challenging the Pahang mentri besar to lead their fight to halt the construction of the plant.

“We are not against the government but we are wondering if the government is against us,” said Vincent Jiam, chairman of the local residents group that calls itself Save Malaysia, Stop Lynas.

“If he (the Pahang mentri besar) himself wants to lead us in the petition against Lynas, then we will all sign up with him,” he added.

Adnan said yesterday that the state government had given Australian miner Lynas Corp approval to construct the plant after a series of strict screening processes, and gave an assurance that it would not produce radiation once it begins operations in September.

“The proposed construction of the plant was politicised by certain quarters, masterminded by opposition parties,” he said.

Two years after the green light was given to build the plant in the Gebeng industrial zone, rising fears over the potential radiation hazard have forced the Pahang government into holding a series of townhall talks later this month to safeguard the RM700 million project.

The current radiation crisis in Japan after a nuclear power plant was crippled by the recent tsunami has compounded worries that the Lynas plant will be a repeat of Malaysia’s last rare earth project which has been blamed for causing at least eight leukaemia cases, with seven resulting in death.

 

March 20, 2011 file photo of Fuziah speaking at a forum against the plant in Kuantan.

The plant in Bukit Merah, Perak, operated by Mitsubishi Chemicals from 1985 to 1992, is still carrying out a massive RM300 million clean-up, nearly two decades after being shuttered.

Jiam also accused the mentri besar of dragging politics into the matter when, in fact, the protesters were willing to work with anyone to achieve their target of stopping the project.

“But we know he is not willing to help us stop the plant,” he said.

The group’s communications manager, Jonathan Wong, said both the state and federal governments were not willing to engage the local residents.

“So then who is going to help us? We go to Fuziah Salleh because she is our MP,” he said, referring to the PKR vice-president.

“If anyone wants to politicise the issue, then please play your ball game elsewhere,” Wong added.

Lynas has repeatedly stressed that its rare earths ore is obtained from its mine in Mount Weld, Australia and contains only trace amounts of the radioactive element thorium which, it said, is roughly 50 times less than those found in Bukit Merah.

It expects to receive a preliminary operating licence from the Atomic Energy Licensing Board (AELB) before September to begin refining the rare earth metals.

The company hopes the plant will bring in RM8 billion a year from 2013 based on current prices for the refined metals that are crucial to the manufacture of high-technology products such as smartphones, hybrid cars and bombs.

—————————————————————————————————-

Lebih 100 anjur demo anti-sisa radioaktif
Abdul Rahim Sabri
Mac 30, 11
10:02am
Malaysiakini.com
Kira-kira 100 orang berkumpul di depan simpang masuk ke bangunan Parlimen kerana membantah pembinaan pusat pemprosesan nadir bumi (rare earth) yang paling besar di dunia di Gebeng, Kuantan.

NONEMereka terdiri daripada beberpa penduduk sekitar Kuantan dan aktivitis termasuk dari NGO, Save Malaysia.

Mereka bimbang kemungkinan penyebaran sisa radioaktif yang bakal dihasilkan selepas projek bernilai RM700 juta itu beroperasi.

Kumpulan yang membantah pusat penapisan yang sedang dibina oleh syarikat Australia, Lynas Corp itu datang dengan empat buah bas.

Mereka tiba di persimpangan parlimen sekitar jam 9.20 pagi dan kemudiannya mengadakan perbincangan dengan seorang pegawai polis.

Hasil perbincangan tersebut, 10 orang dibenarkan masuk ke bangunan Parlimen bagi menyerahkan memorandum bantahan mereka kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

NONEPenyokong lain pula dibenarkan berbaris di sepanjang jalan tanpa menganggu lalulintas dengan polis membuat barisan bagi membuat sekatan sekiranya mereka terus mara.

Kelihatan juga sekurang-kurangnya dua pacuan empat roda di simpang masuk ke parlimen dan tidak kurang 40 anggota polis di kawasan sekitar.

Aktivis pada hari ini juga mengibarkan poster dan kain rentang yang berbunyi: “Stop Lynas”, “Hentikan Lynas”.

Tidak selamat

Kira-kira jam 9.40 pagi, ahli parlimen Kuantan, Fuziah Salleh keluar berbincang dengan seorang pegawai polis dan mendakwa kawasan tempat penyokong berkumpul adalah tidak selamat.

NONESehubungan itu, beliau mencadangkan supaya mereka berpindah ke tempat yang lebih selamat iaitu di atas pembahagi jalan masuk menuju ke parlimen.

Pihak polis membenarkan mereka menukar lokasi tetapi dengan syarat beberapa kain rentang tidak diboleh dikibarnya.

Sebaliknya mereka hanya dibenarkan membawa sepanduk dan poster.
Antaranya berbunyi ” Stop Lynas”, “Selamatkan Kuantan”.

Penunjuk perasaan akur dengan arahan tersebut.

NONEBeberapa minit kemudian, polis mengarahkan mereka pula supaya tidak lagi mengibarkan poster. Sekali lagi, aktivis berkenaan akur dengan larangan berkenaan.

Kumpulan itu berbaris sehingga jam 10 pagi.

Semua aktivis yang membantah pembinaan loji penapisan itu kemudiannya mula bersurai dan menuju ke hadapan pintu masuk tugu negara – tempat mula-mula mereka berkumpul.

Perhimpunan aman

Sebelum bersurai, mereka melaungkan “Stop Lynas, Selamatkan Kuantan, Stop Radioactive dan Selamatkan Malaysia”.

NONEHadir sama, adalah lima anggota Suruhanjaya Hak Asasi Malaysia (Suhakam) yang diketuai oleh pesuruhjayanya, Mohamad Shaani dan perwakilan daripada Majlis Peguam turut hadir bagi memantau keadaan.

Perhimpunan hari ini diadakan secara aman. Tiada insiden yang tidak diingini dilaporkan.

Sementara itu Fuziah ketika ditemui pemberita berkata beliau telah membangkitkan isu berkenaan sejak 2008.

NONEMenurutnya, selepas tsunami di Fukushima, Jepun, bulan lalu, rakyat kini lebih menyedari bahaya bahan radioaktif.

“Pembuangan radioaktif itu di Kuantan, walaupun lima peratus, tetapi ia (boleh) memberi kesan seperti kanser dan kecacatan,” katanya.

Pada 23 Mac lalu, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Maximus Ongkili berkata kerajaan memberi jaminan bahawa pembinaan loji pemprosesan logam radioaktif di Gebeng, itu adalah selamat dan tidak membahayakan kesihatan awam.

Katanya, sisa-sia yang akan dikeluarkan atau terhasil daripada pengilangan bahan mentah daripada loji Syarikat Lynas itu hanya mengandungi tahap bahan radioaktif yang rendah.

NONE“Berdasarkan piawaian antarabangsa yang dikeluarkan oleh Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), sisa seperti ini ditakrifkan sebagai bukan sisa radioaktif tetapi merupakan sisa industri yang mengandungi bahan radioaktif semulajadi,” kata Ongkili.

[GALERI FOTO]

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: