Skip to content

STOP LYNAS! NOW! SAVE MALAYSIA (updated : Rodziah Ismail, ABIM)

March 31, 2011

At the Parliament, 30 March 2011.

Kenyataan Media, 31 Mac 2011

Pengerusi Jawatankuasa Tetap
Sains, Teknologi & Inovasi Negeri Selangor,
Y.B. Rodziah Ismail

STOP LYNAS

Kerajaan Selangor pimpinan Pakatan Rakyat adalah komited dalam menegakkan dasar negeri yang bebas dari risiko radioaktif.   Ia merangkumi dasar pencarian dan penggunaan sumber tenaga alternatif selain kuasa nuklear dan juga menghalang wujudnya terbitan hasil sisa yang beradioktif yang boleh mengancam nyawa dan kesejahteraan fizikal rakyat.

Kerajaan Selangor samasekali tidak akan mensia-sia, mengorbankan dan menganiaya kesejahteraan dan masa depan rakyat dan akan sentiasa menghormati hak rakyat dalam proses membuat keputusan-keputusan utama.

Justru, Kerajaan Negeri Selangor menyokong tuntutan rakyat yang terkandung dalam Memorandum “Save Malaysia”, STOP LYNAS yang ditujukan kepada Perdana Menteri Malaysia, di Parlimen semalam. Memorandum itu menuntut KerajaanMalaysia supaya:

1.      Mendengar kehendak rakyat agar rakyat diberi hak mereka untuk memilih corak masa sekarang dan depan mereka.

2.      Memastikan rakyat berisiko sifar dari sebarang terbitan sisa radioaktif.

3.      Menghalang Lynas Corp. dari beroperasi memproses rare earth, …di mana-mana saja di Malaysia.   Pemprosesan rare earth diketahui dengan jelas menerbitkan sisa radioaktif yang tiada jaminan keselamatannya, iatu berrisiko menghasilkan kesan-kesan negatif radioaktif kepada penduduk.

4.      Menghentikan pembinaan loji pemprosesan Lynas Corp(Australia) dengan serta-merta dan menghala-arahkan Lynas kembali ke Australia.

Projek pemprosesan rare earth oleh Lynas di Pahang memiliki kepastian risko rakyat terdedah kepada sisa radioaktif, adalah dianggap tidak wajar dan tentunya tidak akan dibenarkan berlaku di bawah Pentadbiran Persekutuan Pakatan Rakyat Malaysia.

——————————————————————————————————

Untuk sebarang pertanyaan bagi kenyataan di atas, sila hubungi:
Setiausaha Akhbar YB Puan Hajah Rodziah Ismail, Wan Muhammad
email: abu.itqan@gmail.com Tel.:012-661 5745
——————————————————————————————————–

Lynas: ABIM sedia jadi orang (perantara), gesa Pahang faham penduduk risau

March 31, 2011

KUALA LUMPUR, 31 Mac – Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menggesa kerajaan negeri mengadakan dialog dengan masyarakat setempat dan pertubuhan bukan kerajaan yang membantah pembinaan kilang pemprosesan nadir bumi di Gebeng dekat Kuantan.

ABIM berkata, pihaknya memandang berat kenyataan Menteri Besar Pahang hari ini yang menyatakan bahawa pembinaan kilang pemprosesan sisa radioaktif di Gebeng, adalah selamat serta tidak menjejaskan keselamatan penduduk persekitaran.

“Dialog ini amat perlu untuk mencari titik persefahaman di sebalik percanggahan serta perbezaan pandangan yang diutarakan kedua-dua pihak.

“ABIM turut menyarankan agar pihak kerajaan negeri memahami kerisauan dan kebimbangan rakyat terutama sekali di kawasan Perindustrian Gebeng dan kawasan sekitarnya,” kata Timbalan Presiden ABIM Amidi Abd Manan dalam satu kenyataan hari ini.

Kata beliau, kerisauan ini  sebenarnya tidak boleh diketepikan begitu sahaja terutama sekali setelah tragedi kebocoran radioaktif di Jepun baru-baru ini, dan suatu ketika dahulu,kawasan Tasik Bukit Merah di Perak.

“Merujuk konteks tragedi Bukit Merah, kita telah menyaksikan kesan-kesan yang terpaksa dihadapi oleh masyarakat setempat meskipun pada satu ketika telah menerima jaminan keselamatan daripada pihak-pihak berkenaan terutama sekali kerajaan negeri Perak,” katanya.

Kata beliau, menjadi harapan menerusi pertemuan itu nanti, kedua-dua pihak akan sama-sama menemukan kebenaran untuk membolehkan keputusan akan diambil dapat menjamin kepentingan bersama dan yang paling utama kepentingan generasi akan depan.

Dalam hal ini, kata beliau, ABIM sedia menawarkan diri sebagai platform perantaraan dan perbincangan antara kedua belah pihak.

Kelestarian alam dan kelangsungan generasi bukanlah satu isu yang sewenangnya boleh dijadikan modal politik untuk pihak tertentu mengejar dan mempertahankan kepentingan pihak tertentu, tambah beliau.

“Justeru,proses dialog dan perbincangan seharusnya dibudayakan agar sebarang perancangan serta pelaksanaan sesebuah dasar dapat dilaksanakan tanpa mengabaikan kepentingan pelbagai lapisan masyarakat,” katanya.

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: