Skip to content

Kenyataan Media Majlis Presiden KEADILAN Sabah/Press Statement Sabah’s KEADILAN Presidential Council

February 15, 2011

MAJLIS PRESIDEN PKR SABAH

Majlis Presiden telah mengadakan mesyuarat pertamanya hari ini di ibu pejabat PKR Sabah di Kota Kinabalu. Ia adalah langkah pertama untuk membina asas kepimpinan yang lebih kukuh di Sabah dengan memberi penekanan kepada pendekatan konsensus dalam isu-isu utama.

 

Majlis Presiden telah meluluskan pembentukan jawatankuasa-jawatankuasa yang akan diketuai oleh ahli-ahli Majlis Presiden seperti berikut:

 

1.                       Kewangan, Keselamatan dan Imigrasi – Ahmad Thamrin Jaini

2.                       Pembangunan Luar Bandar – Datuk James Ghani

3.                       Pembangunan Infrastruktur – Christina Liew

4.                       Kerajaan Tempatan dan Perumahan – Saidil Simoi

5.                       Pembangunan Perindustrian dan Perhutanan – Awang Tengah Awang Amin

6.                       Pembangunan dan Pengurusan Tanah – Datuk Kong Hong Ming

7.                       Kesihatan, Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna – Stephen Sandor

8.                       Belia dan Sukan – Jafery Jomion

9.                       Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar – Lukiah  Indan

10.                   Pendidikan, Pembangunan Sumber Manusia dan Kemajuan Teknologi Maklumat – Datuk Hallik Zaman

11.                   Pertanian dan Industri Makanan – Datu Mustapha Hj Tambuyong

 

Ali Majlis Pimpinan Pusat dari Sabah, Saudara Roland Chia dan Saudara Darell Leiking dan Naib Ketua Wanita Pusat, Puan Sakinah Yusuf akan dipertanggungjawabkan sebagai ahli ex-officio Majlis Presiden dengan tugasan menguatkan kerjasama di antara kepimpinan Sabah dan pusat.

 

Setiap jawatankuasa ditugaskan untuk menghasilkan kerangka dasar utama PKR Sabah di dalam bidang pentadbiran masing-masing. Pimpinan PKR Sabah melalui Majlis Presiden akan memperhebatkan usaha dalam masa terdekat untuk membawa suara rakyat Sabah mengenai isu-isu yang dekat dengan Sabah di peringkat negeri dan pusat.

 

Majlis Presiden juga membincangkan beberapa program dalam bulan Februari dan Mac untuk meningkatkan momentum kempen PKR Sabah menjelang Pilihanraya Umum ke-13 (PRU13). Pada 26 Februari 2011, PKR Sabah akan mengetuai pelancaran Buku Jingga peringkat negeri Sabah di Kota Kinabalu. Ini akan diikuti dengan seminar mengenai dasar-dasar PKR Sabah untuk menangani pentadbiran tanah, perhutanan dan pembangunan ekonomi di Sabah pada 5 dan 6 Mac 2011.

 

Pada 17 Mac 2011, PKR Sabah akan menganjurkan satu forum awam mengenai integrasi nasional di Kuala Lumpur. Ia bertujuan untuk meningkatkan kesedaran rakyat mengenai beberapa isu yang dekat dengan rakyat Sabah yang mempunyai kesan kepada integrasi nasional, termasuk perspektif rakyat Sabah yang mahukan hubungan negeri-persekutuan yang lebih adil. Siri program rakyat ini akan menemui kemuncaknya dengan penganjuran Konvensyen PKR Sabah pada 2 April 2011.

 

Saya sendiri akan mengetuai barisan kepimpinan PKR Sabah dalam satu rangka lawatan menjelajah Sabah untuk menemui anggota parti dan rakyat sebagai persediaan awal menghadapi pilihanraya umum.

 

Saya percaya penyusunan semula PKR Sabah bagi tempoh interim ini akan memberikan fokus baru yang akan menguntungkan rakyat Sabah menjelang pilihanraya umum akan datang.

 

 

DATO’ SERI DR WAN AZIZAH WAN ISMAIL

PRESIDEN

15 FEBRUARI 2011


PKR SABAH’S PRESIDENTIAL COUNCIL

PKR Sabah’s Presidential Council convened its first meeting today in the party headquarters in Kota Kinabalu. It is a first step towards building a stronger leadership foundation for the party in Sabah with greater emphasis on reaching consensus on key issues.

 

The council has endorsed the formation of the following committees led by key leaders from amongst its ranks:

 

1.      Finance, Security and Immigration – Ahmad Thamrin Jaini

2.      Rural Development – Datuk James Ghani

3.      Infrastructure Development – Christina Liew

4.      Housing and Local Government – Saidil Simoi

5.      Industrial Development and Forestry – Awang Tengah Awang Amin

6.      Land Development and Management – Datuk Kong Hong Ming

7.      Health, Family Development and Consumer Affairs – Stephen Sandor

8.      Sports and Youth – Jafery Jomion

9.      Tourism, Culture and Environment – Lukiah  Indan

10.  Education, Human Capital Development and IT – Datuk Hallik Zaman

11.  Agriculture and Food Security – Datu Mustapha Hj Tambuyong

 

Two MPP members from Sabah, Roland Chia and Darell Leiking and the vice chief of the national women’s wing (Hajjah Sakinah Yusuf) will be given the responsibility as ex-officio members of the Presidential Council to strengthen the liaison between central and Sabah leadership.

 

Over the course of the next few months, each portfolio is tasked to come up with a blue-print of Sabah PKR’s policies and programs in the respective area of administration. The rakyat of Sabah can expect our party leaders to play more active roles in local and national public discourses to highlight the pleas and woes of Sabahans.

 

The council also discussed a few programs in February and March to spearhead Sabah PKR’s campaign for the 13th General Election. On 26th February 2011, Sabah PKR will lead the launching of Pakatan Rakyat’s Buku Jingga for Sabah in Kota Kinabalu. This will be followed with a seminar on Sabah PKR’s policies regarding the administration of land, forestry and economic development in Sabah scheduled on 5th and 6th of March 2011.

 

On 17th of March 2011, Sabah PKR will convene a public forum on national integration in Kuala Lumpur. This is intended to promote discourses at the national level on several issues that Sabahans feel strongly about, including their perspective on a new deal to reflect fairer state-federal relationship within the Federation. The series of public engagements will culminate in Sabah PKR Convention scheduled on 2 April 2011.

 

I will also lead the state leadership on a state-wide roadshow to meet party members and the public as an early start of the election campaigning in Sabah.

 

I believe the interim restructuring of Sabah PKR will provide a new focus that will benefit the Sabahans at large, in anticipation of the next general election.

 

 

DATO’ SERI DR WAN AZIZAH WAN ISMAIL

PRESIDENT

15 FEBRUARY 2011

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: