Skip to content

Kenyataan Media: Pembentukan Majlis Presiden KEADILAN Sabah

February 7, 2011

PEMBENTUKAN MAJLIS PRESIDEN PKR SABAH DAN PENGANJURAN KONVENSYEN PKR SABAH

Kepimpinan ketua-ketua cabang PKR di Sabah telah mencapai konsensus dengan Majlis Pimpinan Pusat untuk menubuhkan Majlis Presiden PKR Sabah yang dianggotai 11 ahli untuk memimpin PKR Sabah buat sementara waktu bermula hari ini. Pendekatan baru ini diambil untuk memastikan sumber dan gerakkerja PKR Sabah ditumpukan kepada usaha mewujudkan satu agenda rakyat yang lebih adil kepada rakyat Sabah, memandangkan Pilihanraya Umum 13 dijangka akan dipanggil dalam masa beberapa bulan lagi.

Majlis Presiden ini diamanahkan untuk menghasilkan dokumen manifesto pilihanraya yang menggarab dan melambangkan komitmen PKR Sabah untuk mengembalikan maruah, keadilan dan pembelaan kepada rakyat Sabah. Dokumen akhir itu akan menyenaraikan dasar dan janji PKR Sabah dalam isu-isu penting yang dekat dengan rakyat Sabah mencakupi keseluruhan aspek politik, ekonomi dan sosial. Majlis Presiden juga dipertanggungjawabkan untuk menjelajah seluruh Sabah dalam bulan Februari dan Mac untuk mendapatkan maklumbalas rakyat untuk digarab di dalam dokumen tersebut; yang akan dibentangkan di dalam Konvensyen PKR Sabah pada akhir bulan Mac 2011.

Tugas dan tanggungjawab ahli Majlis Presiden didasarkan kepada isu-isu besar dan fungsi Kerajaan Negeri Sabah, bertujuan untuk memberikan fokus dan latihan kepada pimpinan negeri memantau prestasi pentadbiran kerajaan sedia ada dan membina kemahiran pentadbiran yang diperlukan untuk melaksanakan dasar-dasar yang dicadangkan. Usaha mewujudkan pemantauan yang tersusun seperti ini diharap akan membawa era baru arus politik yang lebih sihat dan menguntungkan rakyat.

Saya dengan ini mengumumkan pembentukan Majlis Presiden PKR Sabah berdasarkan pendekatan isu (issue based portfolios) seperti berikut:

1.                       Kewangan, Keselamatan dan Imigrasi

2.                       Pembangunan Luar Bandar

3.                       Pembangunan Infrastruktur

4.                       Kerajaan Tempatan dan Perumahan

5.                       Pembangunan Perindustrian dan Perhutanan

6.                       Pembangunan dan Pengurusan Tanah

7.                       Kesihatan, Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna

8.                       Belia dan Sukan

9.                       Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar

10.                   Pendidikan, Pembangunan Sumber Manusia dan Kemajuan Teknologi Maklumat

11.                   Pertanian dan Industri Makanan

Ahli-ahli Majlis Presiden dan portfolio yang dipegang akan diumumkan dalam masa yang terdekat.

Saya juga ingin mengumumkan pembentukan Sekretariat Penganjur Konvensyen PKR Sabah yang akan bertanggungjawab mengatur aktiviti dan seminar sepanjang bulan Februari dan Mac, dengan tujuan membina momentum politik ke arah Konvensyen PKR Sabah pada akhir Mac.

Makanya, fokus PKR Sabah akan terus diperkuatkan untuk membela kebajikan rakyat Sabah, dengan pendekatan berganda menawarkan dasar-dasar baru untuk membasmi kemiskinan dan mengangkat taraf hidup rakyat; di samping usaha mewujudkan kebertanggungjawaban kerajaan sedia ada kepada rakyat Sabah.

Fokus saya dalam tempoh interim ini adalah untuk mewujudkan struktur organisasi yang berkesan untuk mencapai potensi PKR Sabah sebagai pembela rakyat Sabah.

DATO’ SERI DR WAN AZIZAH WAN ISMAIL

PRESIDEN

6 FEBRUARI 2011


PKR SABAH’S PRESIDENTIAL COUNCIL AND SABAH CONVENTION

The leadership of PKR’s divisions in Sabah had reached a consensus with the Central Leadership Council to set up an 11-member Presidential Council to lead PKR Sabah effective from today. This interim measure is put in place to bring about a concerted effort to focus PKR Sabah’s resources and work on setting up a fair agenda for the people of Sabah, in light of the expected 13th General Election due to be called within months.

The 11-member Presidential Council is mandated to finalise the election manifesto and PKR Sabah’s commitment to restore the dignity, fairness and justice to the people of Sabah in the form of a set of offerings and policies on a wide range of political, economical and social issues affecting the people of Sabah. They will tour the whole state of Sabah in February and March to engage the public and gather the feedback to be incorporated in a final document to be unveiled at the next PKR Sabah’s State Convention; planned for the last week of March 2011.

The functions and responsibilities of the Presidential Council are mapped to the issues that are of major importance to the people of Sabah and are partly designed to match the State Cabinet, in order to provide the focus and early training for our state leaders to press accountability on the present state government and develop the skills and acumen necessary to bring about change in the state. It is hoped that this form of structured monitoring and issue-based approach will signal a beginning of healthier political culture in Malaysian politics.

I hereby announce the portfolios of the PKR Sabah’s Presidential Council; based on the major issues in Sabah as follows:

1.                       Finance, Security and Immigration

2.                       Rural Development

3.                       Infrastructure Development

4.                       Housing and Local Government

5.                       Industrial Development and Forestry

6.                       Land Development and Management

7.                       Health, Family Development and Consumer Affairs

8.                       Sports and Youth

9.                       Tourism, Culture and Environment

10.                   Education, Human Capital Development and IT

11.                   Agriculture and Food Security

The announcement of the membership of the council and their respective portfolios will be made in the near future.

I would also like to announce the setting up of an Organising Secretariat of PKR Sabah’s State Convention with the strict terms of reference to coordinate the activities and seminars to be held by the party in February and March to build the political momentum towards the State Convention.

Thus, PKR Sabah’s focus shall be on the welfare of the people, with two prongs approaches of promoting new policies to eradicate poverty and improving the living standards of Sabahans; while keeping the present state government accountable to the public.

My focus in this interim period is to put in place the necessary organisational structure to allow PKR Sabah to function as a formidable champion of the people of Sabah.

DATO’ SERI DR WAN AZIZAH WAN ISMAIL

PRESIDENT

6 FEBRUARY 2011

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: