Skip to content

Ada apa pada ketuanan Melayu?

December 2, 2010

Khamis, 2010 Disember 02

KETUANAN MELAYU – NIK AZIZ PERTAHAN PRESIDEN (KEADILAN)

PASIR MAS – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertahankan kenyataan Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail mengenai konsep ketuanan Melayu di negara ini.

Menurutnya, memperteguh agama Islam adalah lebih penting berbanding mempertahankan konsep ketuanan Melayu yang digunakan oleh pihak-pihak tertentu sebelum ini.

“Menggunakan nama Islam ini lebih mustahak dan diterima oleh bangsa lain serta tidak menimbulkan permasalahan. Bangsa Cina atau India dan sebagainya yang masuk Islam boleh menerima agama ini berbanding ketuanan Melayu yang hanya menunjukkan kepada satu bangsa sahaja,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika melawat mangsa kebakaran di Kampung Ubi Keling, Nibong Lemal di sini, semalam.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tuku, Abdul Fatah Harun, ADUN Chetok, Abdul Halim Abdul Rahman dan Ketua Jajahan Pasir Mas, Nik Kazim Nik Yusoff.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas ucapan dasar Wan Azizah pada Kongres Nasional PKR Ahad lalu yang mahukan konsep ketuanan Melayu dihapuskan supaya anak dapat membesar dengan visi ‘ bangsa bermaruah atau Melayu bermaruah’.

Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, sekiranya masyarakat sering menggunakan perkataan ketuanan Melayu, sudah tentu bangsa lain mahukan bangsa mereka diangkat seperti mana bangsa Melayu.

“Dengan menggunakan ketuanan Islam ini, tidak akan timbul sikap dengki dari bangsa lain sebaliknya diterima baik oleh mereka. Itulah kelebihan Islam yang boleh diterima semua bangsa tanpa ada sebarang masalah,” katanya.

Mengenai ketuanan Melayu yang ditinggalkan Pakatan Rakyat (PR), Nik Aziz berkata, “Bumi yang dipijak hari ini adalah Tanah Melayu dan kini sudah ditukar kepada Malaysia serta pertukaran nama itu sudah lama berlaku,” katanya.

Dalam pada itu, Nik Aziz menegaskan bantuan yang mahu diberi kepada mangsa yang menerima bencana tidak mengira kebakaran ataupun banjir ini, tidak boleh meletakkan sepenuhnya daripada Kerajaan Negeri.

“Bantuan ini haruslah datang dari ahli keluarga, jiran dan sebagainya dan kerajaan ini adalah pihak yang ketiga memberi bantuan.

“Kita perlulah menghulurkan bantuan sesama manusia dan berkorban dalam membantu mereka yang menghulurkan serta tidak mengharapkan sumbangan daripada kerajaan semata-mata,” katanya ketika menyampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran di Kampung Banggol Ubi Keling, Nibong Lemal di sini, semalam.

Beliau berkata, hidup susah dan senang adalah lumrah manusia dan bagi mereka yang mempunyai rezeki yang lebih, boleh disumbangkan kepada mereka yang ditimpa bencana.

Katanya, memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan adalah persediaan untuk akhirat./Sinar

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: