Skip to content

Pemilihan 2010: Ketua Wanita KEADILAN

November 6, 2010

Ah,saya didesak & diasak lagi untuk menyatakan pendirian dalam Pemilihan2010 supaya saya dimasukkn dlm cai-cai yg ada supaya kononnya boleh meningkatkan bilangan undi saya dalam jawatan yg dicalonkan.Saya ditanya lagi siapa yg akan saya pilih sebagai Ketua Wanita KEADILAN.Seingat saya,saya telah lama menyatakan pendirian saya – jadi nampaknya…sama ada (1) ianya masih tidak difahami sbg suatu pendirian atau (2)wujudnya budaya mesti jadi kroni baru dipilih dlm cai. Dari awal saya menyanggah cai yg jumud, yg tidak menggalakkan langsung ahli berfikir, lebih2 lagi jika ianya dipakturuti tanpa langsung mengenali calon2 yg diutarakan.Anggota wajar meletakkan individu pada tempatnya yg terbaik dalam parti – sebaiknya bertanya pada mereka yg sering didampingi calon dan mereka yg menjadi saingannya.Keduanya boleh menjadi prelude kpd interaksi langsung dgn calon yg terlibat dan sebagai usaha mendapat gambaran wawasan dan pandangan mereka terhadap berbagai perkara, khususnya mengenai pelan tindakan kesejahteraan gender di Malaysia.Saya telah mengambil keputusan setakat ini utk tidak memangkah mana2 nama yg tersenarai sebagai calon Ketua Wanita KEADILAN kerana belum berpuashati sepenuhnya dengan apa yg calon-calon kemukakan dan menjadikan amalan dalam organisasi.

Tentunya dari perspektif aktivisme penglibatan diri dalam Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin adalah terkehadapan sekali. Bahkan tiada saingannya. Jika ini menjadi kriteria utama, saya akan memilih beliau kerana dua calon yg lain, Animah Ferrar sudah lama detached dari Wanita KEADILAN dan Dr Suraya belum terbukti aktivisme beliau dalam pelbagai gerak kerja utama Wanita KEADILAN.   Zuraida Kamaruddin telah terbukti pengorbanan dan prestasi beliau dalam organisasi Wanita KEADILAN dan memegang amanah sebagai seorang wakil rakyat Parlimen.Terlalu ramai insan yg telah dibantu beliau dan saya sendiri pernah bertugas menyelesaikan beberapa kes serius pengabaian rakyat di peringkat Parlimen.Tiada yg setara dengan beliau dari hal pengendalian kawasan dan urusan rakyat kecuali seorang wanita lain, Fuziah Salleh.

Saya berpandangan bahawa persetujuan Majlis Pimpinan Wanita Pusat untuk meneruskan kepimpinan sedia ada Wanita KEADILAN di peringkat top three adalah wajar dengan jawatan2 lain dibincangkan semula selepas tamat pencalonan; tetapi telah tidak dilaksanakan.

Saya ingin seterusnya dahulu menyentuh mengenai Animah  Ferrar…seorang yg banyak pengalaman dan berpegang kpd prinsip2 perjuangan dan boleh bersama membincangkan berbagai perkara secara baik dan mendalam, mungkin kerana latarbelakang beliau dididik sedemikan.Tapi kekuatan bersama akar umbi, khususnya anggota parti belum kelihatan dimiliki oleh beliau.Mungkin itu tidak menjadi masalah besar kerana beliau mempunyai sokongan yg kuat dari berbagai pihak utk membantu beliau.Saya ingin berperasangka baik – bahawa beliau & teman2nya telah melalui proses evolusi pemikiran politik sehingga sudah bersedia utk mendamba sifat inclusivity dalam setiap gerakan dan aktiviti politik, khususnya apabila dipilih sebagai Ketua Wanita…jika ditakdirkan demikian.Itu bermakna bahawa beliau mempunyai team yg dipilih dari berbagai golongan dalam parti bagi memastikan bahawa setiap golongan diwakili dan barisan kepimpinan Wanita KEADILAN yg dicita2kan adalah dari kalangan terbaik anggota dan kepimpinan wanita yg boleh sentiasa melonjakkan aktivisme Wanita KEADILAN dan meminimakan percaturan politik yg sia2 lagi merugikan semua. Ia juga bermaksud memberi tumpuan dlm membentuk kabinet Wanita KEADILAN yg terdiri daripada anggota wanita yg mempunyai kerengka minda memerintah & mentadbir Malaysia, di samping memelihara kebajikan anggota dan merealisasikan Agenda Pemberdayaan Wanita Malaysia, yg saya belum pasti teserlah dalam ucapan2 beliau. Tetapi saya masih terbuka untuk memilih beliau sekiranya beliau memberi isyarat yg jelas mengenai kesedian mendamba politik baru yg mengamalkan sikap inclusivity dan permusyawarahan yg luas, berpegang utuh kepada keperluan perlembagaan dan peraturan tetap Wanita KEADILAN, teliti dalam mendokong tadbirurus baik dan telus dalam semua tindakan dan keputusan yg diambil serta komited dalam meneruskan Agenda Pemberdayaan Wanita Malaysia.

Dr Suraya…Wawasan yg didokongi beliau masih samar bagi saya.   Apa yg diperlukan oleh Wanita KEADILAN ialah  seorang pemimpin yg jelas wawasan & misinya utk memimpin Wanita Malaysia.

Saya masih perlu diyakinkan tentang kelayakan ketiga-tiga calon Ketua Wanita KEADILAN.   Semuga Allah memberi saya petunjuk dan mempermudahkan saya menjelaskan segalanya di hadapanNya nanti.

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: