Skip to content

Korupsi menyubur pemerdagangan manusia di Malaysia?

July 18, 2010

DARI ABDUL AZIZ ISMAIL, Aktivis anti-pemerdagangan manusia, eksploitasi pekerja dan perhambaan moden…

————————————————————————————————————————-

17hb. Julai 2010

Tuan Timbalan Pendakwa Raya

Jabatan Peguam Negara Cawangan Selangor

Tingkat 4, Bangunan SUK

Shah Alam Selangor.

u/p: Puan Erwani

Puan,

Per: Penahanan & Pedakwaan Terhadap Mangsa Pemerdangan Orang Tasya @ Tasiah No. Repot KLIA 7271/2010.

1. Dengan segala hormatnya perkara diatas dirujuk.

2. Pada 12.7.2010 saya telah mendapat aduan dari Indonesia bahawa penama diatas telah ditahan di pintu keluar lapangan terbang KLIA pada 10.7.2010.

3. Dari informasi yang dimaklumkan, saya dapat mengesan majikan penama tersebut.

4. Pada 14.7.2010 saya bersama-sama majikan telah pergi ke Jabatan Imigresen KLIA Bahagian Penguatkuasa dan bertanya kepada Pegawai Penyiasat En. Eng Choon, apakah kesalahan penama tersebut.

5. En. Eng Choon dan seorang lagi pegawai En. Suhaimi menyatakan paspot yang digunakan penama ini adalah palsu, akan tetapi Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) no. kelulusan BPR/16031-616159 dan Memo Periksa Keluar no. memo 16031933412 bertarikh 28.62010 adalah tulen yang dikeluarkan oleh Ibu Pejabat Imigresen Malaysia Bahagian Pembantu Rumah.

6. En. Suhaimi juga memaklumkan penama ini akan didakwa pada 15.7.2010 di mahkamah Sesyen Sepang atas memiliki paspot palsu.

7. Ringkasan kronologi yang diterima dari Indonesia adalah saperti berikut:-

(i) Penama ini telah datang ke Malaysia untuk bekerja sebagai Pembantu Rumah kepada sebuah keluarga etnik Tionghua yang bukan Beragama Islam dan pihak keluarga beliau telah membelanjakan Rp. 15 juta bagi mendapatkan pekerjaan di Malaysia.

(ii) Beliau telah diperdaya dengan janji bahawa beliau dibenarkan melaksanakan cara hidup beliau sebagai seorang Islam dengan gaji sebesar Rp 1.5 juta sebulan.

Wisma MTUC, 10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 UEP Subang Jaya Selangor.

Tel: 603-80242953 Fax: 80243224/5 Mobile: +6012-3584644 email: azizbeeeye@yahoo.com

website: www.mtuc.org.my

(iii) Sesampai beliau disini paspot beliau ditahan dan ketika bekerja beliau didera termasuk tidak dibenarkan mengamalkan cara hidup sebagai seorang Islam.

(iv)Penderaan yang dialami saperti memasak daging babi, dipukul dan merampas sejadah dan tidak dibenarkan solat.

(v) Oleh kerana tidak tahan penyiksaan yang diterima beliau telah mengambil keputusan melarikan diri dari majikan berketurunan Tionghua ini.

(vi) Dalam pemelarian, beliau bertemu seseorang dan membantu beliau, dalam masa yang sama  bertemu juga seseorang  yang mengaku Agen Pembantu Rumah.

(vii) Kebetulan abang kepada orang yang membantu beliau memerlukan Pembantu Rumah.

(viii) Orang yang mengaku dirinya Agen Pembantu Rumah telah memperolehi paspot yang lengkap dengan Kelulusan serta Pas Lawatan Kerja Sementara dari Jabatan Imigresen Malaysia.

(ix) Atas rasa keraguan majikan baru beliau telah membuat pengesahan di Jabatan Imigresen akan ketulenan Kelulusan dan Pas Lawatan Kerja Sementara tersebut.

(x) Ternyata Kelulusan dan Pas Lawatan Kerja Sementara tersebut adalah tulen.

(xi) Pada 23.6.2010 penama yang tersebut diatas mendapat kabar dari keluarga di Indonesia, anak beliau jatuh sakit.

(xii) Atas rasa perikemanusiaan pada 28.6.2010 majikan baru beliau memohon sendiri memo periksa keluar ‘ check-out memo’ dari Jabatan Imigresen Putrajaya kerana agen yang membantu mendapatkan kelulusan tidak dapat dihubungi.

8. Dari ringkasan kronologi ini saya berpendapat beliau adalah mangsa Pemerdagangan Orang melalui Tenaga Kerja dan wajib disiasat dibawah Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007 dengan persoalan dan tandatanya saperti berikut:-

a) Bagaimana Jabatan Imigresen Malaysia meluluskan permohonan Pembantu Rumah dan Memo Periksa Keluar  keatas paspot palsu?

b) Kenapa Pegawai yang meluluskan permohonan Pembantu Rumah keatas paspot palsu tidak disiasat?

c) Kenapa Pegawai yang meluluskan Memo Periksa Keluar tidak disiasat?

d) Adakah pegawai-pegawai di Jabatan Imigresen Malaysia terlibat dalam kegiatan Pemerdagngan Orang dan Rasuah?

e) Kenapakah orang yang diyakini adalah mangsa Pemerdagangan Orang dituduh atas kesalahan yang tidak wajar keatasnya.

Akhir sekali atas perikemanusiaan dan tanggungjawab sosial, saya bagi pihak keluarga mangsa merayu agar pertuduhan keatas beliau digugurkan. Seterusnya  dibenarkan pulang ke Negara asal untuk menjaga anak beliau yang sedang sakit.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

Abdul Aziz Ismail

One Comment leave one →
  1. Bei suu lan permalink
    July 22, 2010 9:24 AM

    Sabah bin Musa Aman has gone bankrupt.The Sabah economy is suffering from AIDS<AIDS<AIDS..which is Acute Income Deficiency Syndrome. Parents are sending their youthful children to West Malaysia as beggars.The money which they earned from begging is send back to their parents in Sabah. With this money the Sabah economy moves slowly like a man suffering from AIDS.
    I am from Kulim and I have stayed in KK for 20 over years.Sabah is my second home.The youths of today are the leaders of tomorrow.What kind of Sabah leaders are we going to have in future if our Sabah youths start their career begging in the streets of West Malaysia.They beg alongside with beggars from India,Bangladesh and Pakistan.
    I have taken numerous videos of them for many years.In the videos you can hear them speaking in the languages of Sabah.If any one of you wants to see them you can always come to my office in KK.I am in the hotel management software line and you can get my name and address in all the 5 star hotels.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: