Skip to content

Permit Melombong Pasir di Selangor kpd 158 syarikat antara 2005 – 2007

July 16, 2010

KENYATAAN AKHBAR

16 JULAI 2010

KERAJAAN SELANGOR KELUARKAN SENARAI PEMEGANG PERMIT  MELOMBONG PASIR SEBELUM 2008

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor hari ini menyiarkan senarai nama syarikat dan individu yang diberikan permit melombong pasir di negeri ini yang  dikeluarkan pada 2005, 2006 dan 2007.

Sebanyak 158 permit melombong pasir telah dikeluarkan untuk tiga tahun  iaitu 49 permit  pada 2005, 48 permit pada  2006 dan 61 permit pada 2007.  Daripada jumlah ini, 33  permit dikeluarkan kepada individu dan selebihnya atas nama syarikat.

Permit-permit  ini dikeluarkan oleh enam Pejabat Tanah iaitu Kuala Langat,  Hulu Langat,  Sepang, Kuala Selangor,  Petaling, Hulu Selangor dan Gombak.

Sebelum 2008, prosedur pengeluaran permit ialah  Pejabat Tanah Daerah  membuat kertas  ringkasan mengenai permohonan yang dibuat untuk melombong pasir dan dihantar ke Pejabat Tanah dan Galian (PTG).

Permohonan ini kemudian dihantar ke Jawatankuasa Teknikal Permit Bahan Batuan untuk ulasan dan syor. Permit hanya dikeluarkan selepas mendapat kelulusan  Jawatankuasa Tetap Pembangunan Tanah (Pasir).

Selepas Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB), milik penuh kerajaan Selangor  ditubuhkan, permit permohonan masih dikeluarkan oleh Pejabat Tanah Daerah tetapi hanya kepada KSSB.

KSSB akan membuat permohonan kepada pentadbir tanah dan selepas permohonan ini mendapat kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN), barulah KSSB membuka tender secara terbuka kepada syarikat-syarikat yang berpengalaman dan mempunyai jentera yang mencukupi untuk menjalankan kerja perlombongan pasir.

Hasil kutipan penjualan pasir ini, KSSB membuat pembayaran royalti kepada Kerajaan Negeri menggunakan perkiraan yang telah ditetapkan.

Dengan cara ini, perlombongan pasir di atas tanah milik kerajaan lebih terkawal berbanding sebelum 2008 apabila hanya KSSB diberikan permit oleh pentadbir tanah.Langkah kerajaan Selangor ini bukan saja berjaya mengurangkan aktiviti curi pasir yang telah berleluasa sebelum 2008 malah telah meningkatkan kutipan hasil dan royalti.

SEKRETARIAT AKHBAR

PEJABAT DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR

Sekretariat Akhbar
Pejabat Dato’ Menteri Besar Selangor
Tel: 03 5544 7452 Fax: 03 5510 9686
www.selangorkini.com.my
www.tvselangor.com
http://www.youtube.com/user/mbselangor

SELANGOR Senarai Pemegang Permit Tahun 2005 Hingga 2007

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: