Skip to content

Blacklisting sexist MPs

March 23, 2010

Kenyataan Media

Wanita Pakatan Rakyat

23 Mac 2010

MENYENARAIHITAMKAN AHLI PARLIMEN SEKSIS

Wanita Malaysia tidak akan memilih calon-calon Ahli Parlimen yang seksis dalam pilihan raya akan datang.

Anutan seksisme (sexism) membawa pemikiran bahawa satu gender adalah lebih inferior atau lemah dari yang lainnya.   Ia juga bermaksud mendiskriminasi gender dan tidak mempeduli soal memelihara maruah dan martabat gender, lelaki atau wanita.

Seksisme adalah berlawanan dengan Perlembagaan Malaysia dan pengakuan Malaysia dalam mendukung tuntutan untuk menghapuskan sebarang bentuk diskriminasi terhadap wanita (CEDAW).

Seksisme dalam Parlimen sering berulang kerana tiada pengharaman terhadap pengujaran dan kelakuan seksis dalam Peraturan Mesyuarat.   Ahli-Ahli Parlimen yang seksis yang sepatutnya dihukum, bebas lepas begitu saja (scott free).

Seksisme adalah penghalang besar terhadap pencapaian keadilan dan kesetaraan gender.

Seluruh rakyat Malaysia wajar berasa sangat bimbang jika AhliAhli Parlimen menganggap isu seksisme ini sesuatu yang remeh dan tiada nilai sedikitpun. Ahli-Ahli Parlimen yang seksis tidak akan mampu membawa keadilan untuk semua – lebih-lebih kepada wanita yang sentiasa menjadi golongan yang didiskriminasi dan dipinggir. Menurut satu kajian, lebih 60% rakyat miskin adalah terdiri dari wanita.   Wanita masih ketinggalan dalam sektor ekonomi, pekerjaan dan keimpinan pentadbiran dan politik.   Dan wanita belum berasa selamat dan aman dari penganiayaan dan keganasan yang masih berterusan berlaku.

Ahli-Ahli Parlimen yang seksis dikhuatiri tidak akan dapat menghayati situasi bahawa wanita perlu diberdaya (empowered) dalam menghasilkan sumbangan terbaik untuk negara dalam kesemua ruang lingkup kehidupan masyarakat dan negara.   Dengan itu, segala keputusan utama untuk kepentingan umum dikhuatiri akan meminggirkan keperluan khusus wanita juga.

Wanita Pakatan Rakyat akan menyenaraihitamkan para pemimpin yang bersikap seksis kerana individu seksis tidak mampu memberi pertimbangan yang adil dan saksama terhadap wanita.

Di antara KPI calon-calon Ahli Parlimen akan datang ialah mereka mestilah bebas dari sebarang bentuk amalan seksis sepanjang keahlian mereka dalam Dewan Rakyat ke-12 ini.

WANITA PAKATAN RAKYAT

One Comment leave one →
  1. warlord permalink
    March 23, 2010 2:09 PM

    Who knows what they’re saying, but when you look at the picture you think about getting a blowjob from a Muslim bitch in a hijab.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: