Skip to content

News disseminated earlier was incorrect?

March 16, 2010

KENYATAAN AKHBAR

MAC 6, 2010

TIADA ANGGOTA MENINGGALKAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PARTI KEADILAN RAKYAT CABANG KUALA SELANGOR

Terdapat beberapa isu yang telah ditimbulkan beberapa pihak berhubung perjalanan Mesyuarat Agung Tahunan Keadilan Cabang Kuala Selangor yang telah di adakan pada 14 Mac 2010.

Sebagai ketua wakil pemantau dari Majlis Pimpinan PKR Negeri Selangor , saya ingin membuat penjelasan agar ahli parti dan rakyat dapat gambaran jelas tentang apa sebenarnya yang telah berlaku. Penjelasan kami adalah seperti berikut:

1. Notis Mesyuarat Agung

Isu yang di bangkit semasa Mesyuarat tersebut adalah berkaitan  ketiadaan salinan notis tersebut dalam Laporan Tahunan yang diedarkan.

Notis bertulis bertarikh 25 Februari  2010 telah di keluarkan kepada semua ahli. Selain itu Cabang juga mengambil inisiatif mengeluarkan iklan di akhbar (Sinar Harian) bagi memastikan semua ahli maklum tentang tarikh dan tempat mesyuarat yang ditetapkan. Langkah ini juga diambil bagi menangani masalah notis yang tidak dapat di sampaikan melalui pos.

2. Kehadiran ahli

Kehadiran yang dicatitkan adalah seramai 241orang dan ini lebih dari cukup untuk memenuhi kehendak Pelembagaan di mana Mesyuarat Agung mesti di hadiri sekurang-kurangnya 30 ahli yang telah membayar yuran tahunan mereka. Jumlah ini jauh lebih baik dari kehadiran sebelum ini.

3. Ahli meninggalkan Mesyuarat Agung

Sepanjang pemerhatian kami, kejadian meninggalkan dewan semasa mesyuarat berlangsung tidak pernah berlaku. Meraka yang mendakwa ‘meninggalkan’ mesyuarat ini, tidak berada didalam dewan ketika mesyuarat berlansung. Kenyataan bahawa 50 orang terlibat adalah tidak benar.

4. Dakwaan bankrap

Terdapat dakwaan bahawa seorang AJK Cabang adalah bankrap. Ini adalah tidak benar sama sekali. Semakan di Jabatan Insolvensi pada 21 Januari 2010 telah mendapati AJK yang dimaksudkan bukanlah seorang bankrap.

Kami berharap penjelasan kami memberi sedia maklum tentang perkara yang sebenar.

HAMIDI HASSAN

SETIAUSAHA KEMPIMPINAN NEGERI SELANGOR , PARTI KEADILAN RAKYAT MALAYSIA DAN WAKIL PEMERHATI UNTUK PRR SELANGOR

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: