Skip to content

Money for the People

March 9, 2010

KENYATAAN MEDIA

8 MAC 2010

SELANGOR TUBUHKAN PROGRAM PINJAMAN MIKROKREDIT

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor akan membangunkan Program Pinjaman Mirokredit bagi membantu rakyat miskin dan berpendapatan rendah di negeri bagi mengeluarkan golongan ini dari garis kemiskinan.

Program Mirokredit ini akan berkonsepkan perbankan Islam, Qardhul Hassan iaitu sistem yang sama diguna pakai oleh sebuah bank di Bangladesh, Grameen Bank, yang telah berjaya membantu golongan miskin di negara itu.

Dana permulaan untuk Program Pinjaman Mikrokredit ini akan menggunakan hasil kutipan hutang yang telah berjaya dikutip setakat ini dari syarikat Talam Corporation Berhad (Talam) yang berjumlah RM50 juta.

Sehubungan itu, sebuah Jawatankuasa Khas akan ditubuhkan bagi menentukan proses dan pendekatan program itu. Jawatankuasa Khas ini akan diketuai oleh Exco Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Asas negeri, Datuk Dr Hasan Mohamad Ali.

Beberapa pakar perbankan Islam tempatan dan antarabangsa akan dilantik dalam Jawatankuasa khas yang akan memberi khidmat nasihat dan bimbingan bagi memastikan program itu menepati matlamat penubuhannya.

Kerajaan Negeri memberi jaminan pemilihan bagi penerima pinjaman mikrokredit akan dibuat secara telus dan adil tanpa wujud unsur-unsur kronisme atau kepartian.

Kerajaan negeri yakin akan mengutip keseluruhan hutang Talam yang berjumlah sebanyak RM392 juta sepanjang tahun ini dan kutipan ini akan digunakan untuk program-program yang  selari dengan agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor.

SEKRETARIAT AKHBAR

PEJABAT MENTERI BESAR SELANGOR
————————————————————————————————————————————————————–

PRESS STATEMENT

MARCH 8, 2010

SELANGOR SETS UP MICROCREDIT FINANCING PROGRAMME

The Selangor Government will set up a Islamic microcredit programme to help the poor and marginalized in Selangor improve their income.

The microcredit programme will be based on the concept of Qardhul Hassan – a similar concept that was adopted by Bangladeshi’s Grameen Bank founded by Professor Muhamad Yunus who was awarded the Nobel Peace  Prize for his efforts in helping thousands of poor people in Bangladesh.

The microcredit financing programme will be allocated an initial fund of RM50 million which was collected from Talam Corporation Berhad.

A taskforce will be set up to finalise the concept and approach of the programme before it is officially launched. The taskforce will be headed by Datuk Dr Hassan Mohamad Ali, the state executive councilor for Islamic affairs, Malay customs, Infrastructure and Public Utilities.

A few Islamic banking experts will be appointed to advise and guide the taskforce thus ensuring that the programme will meet the objectives of its establishment.

The state assured that the selection of the receipients of the microcredit programme will be done in a fair, transparent and free of cronyism and political affiliation.

The state is confident that it will be able to acquire the RM392 million debt from Talam within a year and the fund collected will be used for programmes which are inline with the state’s agenda of “Merakyatkan Ekonomi Selangor”.

PRESS SECRETARIAT

SELANGOR MENTERI BESAR’S OFFICE

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: