Skip to content

Konvensyen Pakatan Rakyat Selangor 2010

March 7, 2010

Ada kelaianan bila memasuki Dewan Jubli, Bangunan Sultan SalehuddinAbdul Aziz Shah pagi tadi. Bunting besar yang tergantung di atas pentas kelihatan dihiasai oleh wajah-wajah rakyat – tidak seperti kebiasaannya dihiasi oleh gambar-gambar Ahli-Ahli Yang Berhormat Selangor.

Dalam majlis-majlis politik yang mendokong politik baru, ketelitian tentang banyak perkara perlu diambilkira.   Tapi pada hari itu bagusnya tiada protokol yang boleh ditentukan oleh jentera peninggalan Umno-BN.

Saya suka melihat bagaimana para pemimpin memahami dan memenuhi minimum 30% kedudukan kepimpinan dalam apa jua majlis dan keraian.   Tadi hanya Teresa Kok duduk dibarisan hadapan.   Saya menyangkakan bahawa ketiga-tiga Ketua Wanita PAS, KEADILAN & DAP akan duduk sebaris dengan pemimpin parti utama lain.   Wanita adalah golongan penting, kalau tidak terpenting dalam semua lapangan kegiatan politik, khususnya dalam pra, pasca dan ketika pilihanraya.   After all, it is a Pakatan Rakyat affair…sekarang ni sudah ada pula yang menyebut Parti Pakatan Rakyat.

Konvensyen PR Selangor ini telah memuatkan pembentangan yang cukup menarik dengan topik dan kupasan yang bermutu juga.   Tajuk-tajuk seperti laporan kepimpinan Pakatan Rakyat dalam  menerajui Selangor, isu-isu politik semasa, peranan ahli dalam pemantapan parti, pengukuhan Pakatan Rakyat dalam situasi di mana ia sedang diserang bertubi kali, persiapan pilihanraya dan banyak lagi menjadikan bekalan cukup baik bagi perwakilan membawa balik ke cabang masing-masing dan berusaha melaksanakannya sebaik mungkin selepas syura yang wajar.

Haniza Talha memperingatkan agar ahli-ahli Pakatan Rakyat tidak besar kepala dengan segala pencapaian pentadbiran Kerajaan Selangor sehingga kini kerana sebenarnya masih banyak lagi perkara yang belum dicapai dan dilaksanakan.

Sangat ketara dalam pembicaraan tokoh-tokoh politik Pakatan Rakyat Selangor di Konvensyen tersebut bahawa rakan-rakan Pakatan Rakyat melihat isu melompat parti sebagai sebahagian dari proses pengislahan dalam dunia kepartaian dan tidak sedecitpun keluar sindiran atau kata-kata menista KEADILAN yang sedang dilanda banyak masalah Ahli-Ahli Yang Berhormat keluar dan lompat parti.

Masa terlalu singkat maka tiada perbahasan berlangsung.   Walau bagaimanapun adalah wajar Pakatan Rakyat Selangor menyediakan suatu mekanisme dan platform yang sesuai agar segala maklum balas ahli-ahli parti dapat diselami dan diambil tindakan.

Turut hadir ialah Mahfuz Omar, wakil MB Kelantan, Dr  Chen Man Hin, Penasihat seumur hidup DAP, dan Presiden KEADILAN, Wan Azizah Wan Ismail.

Ustaz Nasaruddin, Lim Kit Siang dan Anwar Ibrahim telah mengakhiri tirai Konvensyen Pakatan Rakyat Selangor yang pertama petang tadi.

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: