Skip to content

Judges withdraw from Anwar’s case

March 2, 2010

2 Panel Hakim Tarik Diri, Permohonan Anwar Ditunda

Dua panel daripada panel 3 hakim  yang bersidang menarik diri  bagi mendengar rayuan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar ibrahim terhadap pembatalan notis rayuan berhubung kes saman fitnah terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad.

Hakim Datuk Zulkifli Ahmad Makinuddin dan Datuk Hashim Yusoff berbuat demikian selepas peguam, Karpal singh memfailkan permohonan supaya mereka menarik diri dari mendengar rayuan itu kerana mereka terlibat dalam perbicaraan pemecatan Anwar sebagai Timbalan Perdana Meneteri pada 1998.

Hakim Tan Sri Ariffin Zakaria menangguhkan prosiding sehingga minggu hadapan bagi mencari hakim untuk menggatikan tempat 2 panel hakim itu.

Mahkamah Rayuan pada 2 November lalu menolak rayuan Anwar dalam saman fitnah RM100 juta terhadap Dr Mahathir atas alasan penggunaan bahasa Malaysia dalam prosiding mahkamah.

Rayuan itu dibuat selepas panel tiga hakim Mahkamah Rayuan pada 10 Oktober lalu membenarkan permohonan Dr Mahathir untuk membatal rayuan itu dan memerintahkan Anwar membayar kos.

Pada 4 Julai 2007, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak saman itu dengan kos selepas membenarkan permohonan Dr Mahathir untuk membatalkan saman itu.

Anwar memfailkan saman pada 26 Januari 2006, mendakwa kenyataan Dr Mahathir yang menggelarnya sebagai seorang homoseksual adalah fitnah, bertujuan mengaibkannya secara peperibadi dan kapasitinya sebagai bekas menteri kewangan dan timbalan perdana menteri.

http://tvselangor.com/v2/news-section?t=2485

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: