Skip to content

New arrests under ISA?

February 22, 2010
GMI, Suaram desak peguam dibenar jumpa tahanan ISA
Hazayani Zakaria
KUALA LUMPUR, 22 Feb: Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) dan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) hari ini ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman bagi menuntut pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) khususnya pihak Cawangan Khas membenarkan ahli keluarga menemui tahanan warga asing yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) baru-baru ini.GMI dan Suaram juga menuntut agar pihak polis membenarkan para peguam berjumpa dengan sembilan tahanan itu dengan serta merta memandangkan pihak polis masih melengahkan pemberian hak tersebut meskipun Majlis Peguam telah mengemukakan permohonan ke mahkamah untuk mendengar permohonan habeas corpus.

Dua lagi tuntutan mereka, agar pihak polis membuat pengesahan mengenai nama-nama tahanan dan keadaan keselamatan dan kesejahteraan mereka serta menuntut mereka dibicarakan dengan mengemukakan bukti atau dibebaskan segera.

Empat tuntutan tersebut diserahkan melalui satu surat yang diserahkan oleh Setiausaha GMI, Nalini Elumalai yang juga Penyelaras Suaram kepada Cif Inspector Unit Penerbitan Cawangan Perhubungan Awam Bukit Aman, Mohd Zaki Abu Bakar di hadapan ibu pejabatnya, di sini. (gambar kanan)

Selain tuntutan tersebut, mereka turut membantah penahanan terbaru di bawah ISA yang didakwa melanggar prinsip asas hak asasi manusia, keadilan dan piawaian antarabangsa berhubung hak asasi.

Tujuh wakil GMI dan Suaram tidak dibenarkan masuk untuk bertemu dengan Ketua Polis Nagara, Tan Sri Musa Hassan atas alasan beliau mempunyai temujanji lain.

Mereka sebaliknya hanya berunding dengan Mohd Zaki di hadapan ibu pejabat lebih kurang 15 minit sebelum surat berkanaan diserahkan pada jam 11.15 pagi tadi.

Bercakap kepada media selepas penyerahan itu, Pengerusi GMI, Syed Ibrahim Syed Noh kecewa terhadap keengganan pihak polis dan kerajaan membenarkan ahli keluarga bertemu dengan tahanan walaupun kerajaan belum mempunyai bukti kukuh bahawa kesemua tahanan itu bersalah.

“Kita rasa kecewa jugalah kerana selama 33 hari mereka ditahan, mereka langsung tidak dibenarkan bertemu dengan ahli keluarga mereka,” ujarnya.

Syed Ibrahim turut menyelar sebuah akhbar arus perdana yang melaporkan bahawa mereka yang ditahan itu terlibat dengan rangkaian keganasan serta memetik sumber yang tidak diketahuai kebenarannya.

“Laporan berita berhubung tahanan dengan mengaitkan mereka dengan rangkaian keganasan tanpa bukti haruslah dihentikan. Ini merupakan satu tuduhan dan fitnah besar tanpa tahanan berkenaan berpeliuang membela diri.

“Akhbar juga seolah-olah melupakan etika pelaporan dengan memetik sumber yang tidak diketahui kebolehpercayaannya sedangkan tuduhan yang dinyatakan amatlah berat seolah-olah mahu mengukuhkan alasan penahanan di bawah ISA. Ini satu kezaliman yang dikutuk,” tegasnya.

Beliau bagaimanapun mengucapkan terima kasih kepada pihak polis yang menerima surat tuntutan berkenaan.

Turut hadir dalam penyerahan tersebut ialah dua peguam yang mewakili tahahan, Syahredzan Johan dan Danial Albert.

Syahredzan (gambar sebelah) memaklumkan, pihaknya telah mengemukakan permohonan habeas corpus ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan mahkamah menetapkan tarikh 10 Mac untuk mendengar perbicaraaan.

Pihaknya, bagaimanapun sedang berusaha memohon tarikh itu diawalkan kerana khuathir mereka akan dihantar pulang ke negara masing-masing sebelum sempat perbicaraan dilakukan serta mendesak pihak polis memberikan kebenaran kepada pihaknya untuk bertemu kesemua tahanan.

“Kami sedang cuba mempercepatkan proses ini kerana kami rasa terlalu lambat 10 Mac. Kami harap pihak polis dapat bagi kebenaran kepada kami untuk jumpa dengan tahanan secepat mungkin.

“Kami telah berjumpa dengan pihak polis sebelum ini dan pihak polis kata bahawa mereka akan beri kebenaran untuk kami bertemu tahanan tapi sampai sekarang kami masih tidak dapat berjumpa dengan tahanan.

“Kami khuathir mereka akan dihantar pulang ke negara masing-masing sebelum kami dapat berjumpa mereka untuk ambil proses undang-undang. Kami perlu berjumpa mereka untuk mengetahui keadan mereka,” katanya.

Sementara itu, Mohd Zaki selepas menerima surat tuntutan berkenaan berjanji akan memanjangkan perkara itu kepada Musa Hassan dengan kadar segera.

Pada 21 Januari lalu, seramai 50 orang warga asing ditahan selepas serbuan dilakukan ke atas mereka yang sedang mengikuti satu kuliah agama di sebuah apartmen di Gombak, Selangor. Tiga puluh lapan daripadanya sudah dibebaskan.

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: