Skip to content

Selangor sedia RM5 bilion pulih rumah terbengkalai

February 21, 2010
|
Harakahdaily
GOMBAK, 20 Feb: Kerajaan Negeri Selangor menyediakan RM5 bilion bagi memulihkan projek perumahan terbengkalai sebagai salah satu daripada enam fokus utama melalui Pakej Rangsangan Ekonomi negeri yang diumumkan pada 2009.Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan negeri, Ir Iskandar Abdul Samad, berkata pemulihan itu akan dapat membantu rakyat di samping menjana ekonomi negeri.

Menurutnya, langkah memulihkan perumahan terbengkalai dilihat sebagai usaha murni membantu pembeli yang kebanyakannya golongan berpendapatan sederhana dan rendah yang tidak dibela sejak sekian lama, akibat menanggung hutang pinjaman walaupun rumah belian mereka tidak dapat disiapkan.

Pada masa yang sama, katanya, aktiviti pemulihan yang melibatkan kos sebanyak RM5 bilion serta kesan gandaannya dijangka akan dapat merancakkan ekonomi negeri dengan menggerakkan kembali sektor pembinaan, terutamanya di kalangan kontraktor kecil dan sederhana.

“Ini selaras dengan usaha kerajaan negeri mengambil pendekatan merakyatkan ekonomi dengan memastikan aktiviti ekonomi melibatkan golongan terbesar iaitu golongan berpendapatan rendah dan sederhana,” katanya kepada Harakahdaily.

Beliau berkata, program pemulihan itu juga merupakan salah satu bukti kejayaan pendekatan kerjasama kerajaan swasta (private finance initiatives) yang diambil oleh kerajaan negeri, yang memainkan peranan memudahkan kelulusan, mengemaskini pantauan dan mengukuhkan pertanggungjawaban di pihak kontraktor, sementara pihak swasta menyumbangkan modal dan kepakaran untuk memulihkan projek perumahan.

Majlis pelancaran Program Pemulihan Perumahan Terbengkalai Negeri Selangor diadakan hari ini di perkarangan perumahan penduduk Taman Ukay Bistari, Hulu Kelang.

Pada majlis itu, Penasihat Ekonomi negeri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menyerahkan kunci kepada 300 pembeli unit-unit yang berjaya disiapkan di Ukay Bistari dan Saujana Puchong di bawah skim itu (gambar).

Selain beliau, hadir sama di majlis itu ialah Pengerusi Jawatankuasa Khas Pemulihan Perumahan Terbengkalai negeri, Saari Sungib, Ahli Parlimen Gombak yang juga Adun Bukit Antarabangsa, Azmin Ali dan Adun Lembah Jaya, Haji Khasim Abdul Aziz.

Iskandar yang juga Adun Chempaka berkata, beberapa insentif baru kerajaan negeri dalam usaha mempercepatkan pemulihan perumahan terbengkalai seperti mewujudkan satu jawatankuasa induk yang akan memantau kemajuan setiap projek yang diambil alih dan memastikan semua projek berjalan lancar mengikut jadual.

Menurutnya, perjumpaan mesyuarat bulanan akan dipengerusikan sendiri oleh Anwar yang dianggotai Exco, Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS), Jawatankuasa Khas Pemulihan Perumahan Terbengkalai Kerajaan negeri, majlis-majlis berkuasa tempatan, wakil penduduk dan semua pihak yang terlibat.

“Penubuhan Jawatankuasa Induk akan mempercepatkan keputusan dan kelulusan dalam usaha memulihkan perumahan terbengkalai,” ujarnya.

Katanya, kerajaan negeri juga akan menyuntik bantuan dalam bentuk underwriting atau jaminan bayar balik bagi projek yang tidak dapat dipulihkan oleh pihak swasta dengan melibatkan kontraktor baru melalui tender terbuka.

Tambahnya, kerajaan negeri menyediakan geran bayar balik kepada perunding-perunding perumahan yang berminat untuk menyelamatkan projek perumahan yang terbengkalai.

—————————————————————————

By Neville Spykerman

HULU KLANG, Feb 20 — Datuk Seri Anwar Ibrahim moved today to dispel any notion that his role as Selangor economic advisor was being derailed by his sodomy trial by officiating a state programme to rehabilitate abandoned housing projects.

“It’s good the trial has been delayed so I can be here today,” said the 62-year-old opposition leader, who is accused of sodomising his one-time aide Mohd Saiful Bukhari Azlan.

He has denied the allegations and is facing trial, the second time in 12 years he has faced similar charges.

The PKR leader adopted a business-as-usual posture while handing over keys to homeowners of Taman Ukay Bistari flats, a project which is being revived and in various stages of completion after a four-year delay.

The rehabilitation of abandoned housing projects is among six focus areas announced by state government last year as part of efforts to stimulate Selangor’s economy.

Anwar pointed out that the state government “inherited” 141 abandoned housing projects from the previous Barisan Nasional (BN) administration but would make efforts to revive the projects for the sake of buyers.

“The previous government made a pact with developers rather than the people and now these houses are not built.”

He lamented the lack of political will by the Housing Ministry and unfair laws which favour developers over homebuyers.

“What’s needed is political will and a change in laws,” he said.

He added that at least RM5 billion was needed to revive all the abandoned projects.

However, he said the state would not run away from the responsibility of helping home owners.

Anwar said he would soon meet Selangor Mentri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim to discuss what funding could be obtained for the purpose of reviving projects which are viable.

Officials from the state government today said at least 40 per cent of the 141 housing projects have been revived and are in various stages of development.

(Source: The Malaysian Insider)

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: