Skip to content

December 8, 2014

He who has health has hope, and he who has hope has everything.”

- Thomas Carlyle

#persempadananSPR

December 7, 2014

Kesan persempadanan semula SPR jika kaedahnya tidak adil dan seimbang.

Beberapa scenario:

klik di sini – https://www.youtube.com/watch?v=Mky11UJb9AY#t=128

December 6, 2014

Friendship

Politik Usah (Unnecessary Politics) : Realiti Sebenar

September 19, 2014

19 September 2014

Hari ini dicatat supaya ia diulangi bacaannya sebagai sejarah oleh sekelian yang masih hidup di dunia ini kelak.   Saya, jika mengikut sunnah, hanya ada 13 tahun saja lagi hayat di dunia ini.

Bagaimanakah untuk menghadapi suatu realiti yang telah dirancang lebih awal?

Tetapi alternatifnya tidak pula dapat diterima kerana prinsip yang menyanggahi asas perjuangan?

Tetapi adakah realiti itu hakiki?

Dalam dunia politik di Malaysia, di mana lazimnya ada jurang di antara apa yang tanggapi dengan apa yang akan berlaku, hanya apabila sesuatu itu benar-benar berlaku maka ia barulah disahkan sebagai realiti sebenar.   Amat buruk ungkapan itu, “realiti sebenar” sebenarnya.

Sehingga disaat akhirpun, segala bentuk kekeliruan dikemukakan, dengan alasan supaya tidak diporakporandakan rancangan asal.    Apakah rancangan asalnya?

Kita tunggu saja realiti sebenarnya untuk diperhalusi.

Allah sahaja yang tahu segalanya

August 12, 2014

We don’t have all the answers.
But we don’t rush into things and decisions.
We stand by those we love and trust.
May Allah guide us.
May He forgive our shortcomings and weaknesses.
We try the best we can in the space, time, resources and understanding that we possess. We only have those. We cannot be accountable for things we do not know and understand.

Denggi? hahaha

June 4, 2014

Seumur hidup saya, tidak pernah masuk wad di hospital kecuali ketika melahirkan keempat-empat cahayamata.

Entah…mungkin beberapa sebab, kesihatan saya dalam sebulan ini terabai dan itulah balasannya…kena masuk wad kerana beberapa komplikasi…

Selang tiga hari berada di wad, doktor hairan kerana demam saya turun naik, tak berapa ada selera makan oleh kerana rasa loya dan sangant letih sentiasa…seluruh sendi terasa sakit.   Banyak ketika sakit kepala yang teramat sangat.   Dalam situasi sedemikian memang tak boleh tidur yang menambah derita.

Pagi ketiga itu doktor kata dia akan periksa darah untuk denggi.   Saya memang hairan…”Denggi, doktor?   Mustahil…Di mana pula saya mendapatinya?   Saya jarang dirumah dan sebahagian besar masa di pejabat.”

Doktor kata,” This is no laughing matter, you may get into a shock…people die of dengue.   I will have you tested for it.”   Saya ingat dah boleh keluarlah esoknya.   Nampak gayanya tambah beberapa hari lagi di hospital.

Keputusan pemeriksaan darah saya mendapati positif denggi.   Platlet saya telah menurun dari 239 menjunam ke 103, dan setiap hari terus menurun sehingga ke paras 60.   Saya memangnya tak bermaya selama seminggu di wad.   Semua pergerakan membebankan.   Dan saya baru terasa mungkin akan melalui fasa “shock” yang disebutnya itu dan mungkin juga maut.   Setiap hari saya rasa keadaan saya semakin teruk.   Saya diberi berbagai jenis ubat berdadah…dan drip.   Saban hari diambil darah empat kali sehari…banyak bekas-bekas jarum yang dicucuk tu sehingga hari ini belum hilang.   Allah telah menarikbalik anugerahNya…dan Dia boleh berbuat apa saja…perancanganNya untuk saya sakit tentu ada maksud-maksud yang tertentu.   Dan saya perlu menelitinya…kerana tiada jaminan dalam fasa saya sakit itu, akan terus berada dalam alam yang fana ini.

Tetapi manusia ini dididik untuk mencari ikhtiar bagi memperbaiki diri…saya mengambil keputusan untuk menggunakan rawatan alternatif  selain ubatan doktor (of courselah tanpa pengetahuan doktor).   Anak-anak saya telah membantu untuk mendapatkannya.   Allah itu Maha Pengasih dan Penyayang…anak-anak saya telah berjumpa secara kebetulan dengan individu yang paling arif tentang rawatan alternatif  itu dan saya telah diberi maklum dosage yang perlu untuk memulihkan diri dari penyakit denggi ini.   Saya perlu mengambilnya setiap tiga jam.   “Anak-anak saya akan mengingatkan saya…dah minum Myung ke ummi?”

Selepas 24 jam, saya rasa keadaan saya lebih bertenaga…selepas dua hari…platlet saya meningkat kepada 130 dan terus meningkat dan doktor berpuashati, tiada demam dan keputusan darah semuanya kembali normal dengan platlet terus meningkat…keadaan lemah saya masih terasa dan akan mengambil masa tiga minggu lagi untuk kembali pulih seperti sediakala, kata doktor.   Saya telah diberi MC untuk seminggu dan diminta berehat secukupnya di rumah (uhuh…bagaimana nak rehat, ya, dengan Pemilihan 2014 ini tak selesai-selesai).   Post denggi checkup selepas seminggu.

Ketika post denggi appointment, doktor menyarankan cuti rehat lagi selama seminggu…pemeriksaan darah mendapati semuanya normal…hanya masih rasa sedikit keletihan dan sakit kepala berkala.   Semoga saya beroleh kesihatan seperti biasa tidak lama lagi.

 

 

 

 

 

 

 

PRU N25 : HARAPAN WANITA

March 22, 2014

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 4,195 other followers

%d bloggers like this: